Thursday, August 12, 2010

KHALID IBRAHIM BERLAKON DAN BERBOHONG : PENEMUAN KAMERA DI PEJABAT MB SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam. Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata Tambahnya, pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri.beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

“Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” katanya.

Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya.

APA JAMES BOND 007 KHALID KATA

1. Pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri - Diakan James Bond Tak Perlu Polis
2. B
eliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis - Maksudnya Polis tak penting semua kerja polis dia boleh buat.
3. “Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis - bukan bagi senang... nak delete lah tu rakaman kantoi dia he he he
4. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis - kalau dah terdesak baru lapor dan jadikan polis kambing hitam

5.
Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu - belum lapor sebab nak suruh CIA teliti dulu rakaman tu untuk trace dan cuba kaitkan dengan UBN serta kerajaan agar dapat modal fitnah
6. Meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu - nak pastikan sapa pasang and kalau boleh kaw tim dulu jgn bocor rahsia yang 'pemasang' dapat.

KERAGUAN YANG TIMBUL

Camera di sembunyikan dalam pejabat Khalid Gagap MB Selangor bagi merakamkan aktiviti harian Khalid Gagap? Benar kah Camera tersebut di sembunyikan???

Ya Allah, agak agak lah hang nak menipu Khalid Gagap oi? Kalau Camera di sembunyikan dan selepas itu anda menjumpainya yang hang pi Pegang buat apa? Kenapa tak terus panggil Polis untuk jalankan siasatan dan seterusnya lakukan ujian Forensik sama ada terdapat cap jari pada Camera tersebut.

Camera tersebut merupakan satu satunya bukti penting dalam Dakwaan Khalid Gagap ini. Bukan kecik punya hal ini Camera, bukti terpenting dalam mencari siapa dalangnya yang meletakkan Camera tersebut. Ini pun dah di kira satu Jenayah kerana Menceroboh premis dan juga melakukan Intipan terhadap peribadi seseorang.

Tapi pasal Apa hang ni Khalid GAGAP pi pegang Camera tu???
Apa ke Bodoh sangat Khalid Gagap ni?


RUMUSAN TEMAN


Mungkinkah ada cerita lain yang di simpan Khalid Gagap? Kita boileh rumuskan beberapa fakta yang mungkin boleh memberikan jawapan dalam Isu Camera tersembunyi dalam Pejabat Khalid Gagap ini.
Siapa Pasang Kamera???

1. Isteri 1 Khalid - nak buktikan kecurangan Khalid... Siap kau!
2. Isteri 2 Khalid - sebab cemburu khalid asyik cover line dengan dia tapi tidak bila dengan isteri pertama... takut khalid nak pasang lagi dan cari yang ketiga... risau gitu!
3. Azmin Ali - sebab nak dapatkan senjata terhebat menggugurkan khalid dari tapuk kuasa selangor dan dia naik jadu MB...
4. CIA & Agen suruhan Anwar Ibrahim - nak pantau pergerakan YB Khalid dan dapatkan rahsia untuk ugut Khalid sebab takut lompat UMNO
5. Agen JI & PAS - untuk dapatkan bukti dan senjata untuk berunding dengan khalid bagi tegakkan serambi PAS ke dua di Selangor dan ketepikan DAP yang berkuasa keatas khalid ketika ini.
6. Agen China & DAP - untuk perangkap Khalid bagi khalid terus lentok ikut cakap DAP.
7. Mossad Yahudi - sebab nak dapatkan senjata ugutan agar Anwar & PKR terus menyokong Yahudi dan Rejim Zionis Israel.
8. Gangster Pasir -
sebab nak dapatkan senjata ugutan bagi memastikan Pasir terus dikeluarkan tanpa halangan HALAL atau HARAM yang penting masyuk!
9. Gangster Rumah Urut, Pelacuran dan kegiatan haram keseluruhan di selangor -
sebab nak dapatkan senjata ugutan agar Khalid merestui perniagaan mereka yang dinaungi DAP sebagai sumber dana tambahan politik nanti.
10. Sendiket CD "blue VIP" - nak merakam aksi Khalid seperti yang mereka berjaya lakukan pada Presiden MCA
11. UMNO DAN KERAJAAN - mungkin tidak!.. setakat letak camera cabuk UMNO dan Kerajaan ada 1001 alatan pengintipan yang jauh lebih baik... lagipun bukti dan dokumen penyelewengan Pakatan Selangor kini dah dalam genggaman tak perlu lah setakat kamera cabuk tu mainan budak-budak... sapa yang mahir dalam Gerak Saraf & Perang Saraf (GSPS) tau mengarut benda kemera camtu...

TAPI YANG PALING DIYAKINI

12.
Khalid Gagap sendiri yang meletakkan Camera tersebut - Tujuan dengan sengaja mengada adakan cerita ini kononya bagi menarik simpati rakyat terhadap dirinya dan Pakatan Haram seolah olah ini semua kerja jahat UMNO/BN dan kerajaan...

Kalau ada yang Percaya teman tak taulah... pengalaman daripada Pilihan Raya Kampus, Pilihan Raya Kecil sampai Pilihan Raya Umum dan kerja-kerja Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) inilah taktik amalan pembangkang... taktik murahan tapi berkesan keatas orang yang tak berfikir panjang, emosi terlebih dan hati yang dah hitam pekat Allah tutup dari kebenaran...

Fikrikanlah... Kepada Allah Berserah.
.

3 comments:

Anonymous said...

kah...kah..kah...punya le besor camera nak buat intipan. Siapa yang pasang camera tu untuk buat intipan mesti bodoh dunggu.

Anonymous said...

busuknya...

Anonymous said...

ha ha ha... biar betik bang... ha ha ha...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.