Mungkinkah DAP Akan Ulang Babak Potong Kaki Kg Buah Pala.?
Bila dah banyak sangat pendedahan pasal DAP yang kasi marah orang Melayu dan rakyat jelata, ada juga kebimbangan tindakan agresif ala geng kapak yang mungkin sedang direncanakan oleh supporter DAP.
Kebanyakan supporter ini daripada kumpulan gelap bawah tanah yang banyak membantu DAP menang besaq PRU lalu. Balaci Melayu macam Mansor dan Malik juga perlu juga diperhatikan gerik geri depa.
Stail DAP yang tak boleh terima komplen orang lain apatah lagi yang hentam itu orang Melayu sangat tidak kena pada prinsip perjuangan depa. Orang Melayu perlu tunduk pada kehendak DAP. Itu strateginya.
Lihat bagaimana isu SDO, penampor, kepala surat, pasir di Selangor semuanya membangkitkan amarah DAP. Penat-penat depa berlakun depa rakyat kononnya, depa parti yang paling bagus, tidak rasis, telus, tidak menyamun, tidak rasuah, amal kepimpinan Islam, tolenrasi dan senang cerita hangpa tambah sendiri untuk jenamakan parti komunis itu.
Kita bimbangkan apa yang pernah berlaku pada mangsa Kg. Buah Pala yang dihijack DAP kononnya atas alasan pembangunan mungkin boleh berulang. Contohnya macam ini:-
Lelaki Terlibat Dalam Demonstrasi Sidang DUN P.Pinang Cedera Diserang
BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.
S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.
Beliau berkata kumpulan itu kemudiannya bertindak menghalang perjalanannya dengan alasan mahu berbual.
"Saya kata pada mereka jika mahu sembang mari kita pergi minum atau balik rumah tetapi mereka tidak mahu dan terus menyerang saya dan lari," katanya.
Krishnan berkata beliau terus menelefon seorang rakannya untuk mendapatkan pertolongan yang kemudian membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.
Pada 30 Nov lepas, sekumpulan 100 penduduk Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang.
Perhimpunan yang disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala itu menyaksikan potret Ketua Menteri Lim Guan Eng dibakar dan gesaan supaya beliau meletak jawatan.
Bloger Pisau dalam temubualnya dengan Krishnan Nair menceritakan detail pasal kejadian itu. Boleh juga sambung disini
Motif serangan disebabkan beliau terlibat semasa demo di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mencetuskan tindakan membakar dan memijak gambar Khalifah sosialis cina melaka Lim Guan Eng.
Di Pulau Pinang,jika sesiapa yang menyuarakan bantahan,nyawa akan menjadi taruhan, DAP mengupah dan mengarahkan agar menghapuskan sesiapa yang menentang mereka.Samseng upahan diarah memotong kaki mangsa kerana dikatakan memijak gambar dan membakar gambar Khalifah cina melaka Lim Guan Eng.
Kerja jahat ini memang bermotifkan politik,jika dilihat dari latar belakang mangsa,beliau seorang yang baik,berpengaruh dan dikenali oleh penduduk tempatan.Memegang naib pengerusi rukun tetangga selama 14 tahun dan banyak berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Ini yang kita bimbangkan, DAP baru mempunyai 28 wakil dalam Parlimen. Depa kontrol Penang, taiko besaq di Perak dan Selangor tapi sikap dan kepimpinan sudah membimbangkan kita. Jangan kita menafikan samseng pasir mengingatkan kita watak DAP yang agresif.
Jika sudah begini monopoli depa, bayangkan jika depa membentuk kerajaan persekutuan dengan lebai PAS jadi boneka di kerusi Ketua Kerajaan.
Fikirkan
Kalau nak tambah lauk dipersilakan...
No comments:
Post a Comment