Wednesday, July 15, 2009

KENAPA PAS MENANG TIPIS 65 UNDI : KIFARAH UNTUK PAS - PENDEDAHAN PETUGAS PAS MANIK URAI

Salam Perjuangan...
.
Ikuti luahan rasa serta pendedahan kenapa PAS hanya menang 65 undi dipilihanraya manik urai oleh petugas PAS di Manik Urai Sendiri... Sumber Boleh Dibaca Di Sini
Oleh Ketam Batu
.
"65 undi, itulah jumlah majoriti yg dimenangi oleh PAS di dalam pilihanraya kecil Manek Urai. Majoriti PAS merosot jauh lebih kurang 1287 undi berbanding Pilihanraya Umum. Saya adalah salah seorang petugas PAS yang bertugas di salah satu peti undi di dalam Manek Urai.
.
Teringat saya semasa bermesyuarat bersama dgn Hj Apandi Mohamad dan YB Hj Wan Ismail. Di dalam mesyuarat itu, Hj Apandi ada mengingatkan bahawa, kita ingin menang di dalam pilihanraya ini, tetapi bukan sahaj menang, tetapi ingin majoriti kita meningkat,sekiranya majoriti kita menurun, PAS di kira kalah!

Di sini, saya senaraikan beberapa sebab Allah turunkan Kifarah kepada PAS di dalam pilihanraya Manek Urai ini ;

1) Pimpinan PAS Kelantan, sebelum pilihanraya ada usaha menghalang Pimpinan2 PAS yang menyokong Tuan Guru Hj Hadi dari hadir ke Manek Urai.

2) PAS Kelantan juga membuat kenyataan bahawa Poster Tuan Guru Hj Hadi tidak akan di naikkan di Manek Urai. Cikgu Wan Rahim menyatakan bahawa Poster Tok Guru Nik Aziz lebih komersial dr Poster Tuan Guru Hj Hadi. YB Takiyudin menyatakan, PAS Kelantan akan menang hanya dengan menunjukkan Poster Tok Guru Nik Aziz berdoa sambil menitiskan air mata.

3) PAS Kelantan membuat pendirian sendiri tanpa merujuk kepeda PAS Pusat dengan terus menamakan Tok Guru Nik Aziz yg akan mengumumkan nama calon pd hari Pengisytiharan Calon. Sudah menjadi tradisi PAS apabila hendak mengumumkan Nama Calon, Presiden diberi keutamaan utk mengumumkan nama calon. Rujuk Pengisytiharan Calon Pas Parlimen Kuala Terengganu & Bukit Gantang.

4) PAS Kelantan telah menghantar SMS kepada Ust Nasa, menyatakan bahawa Ust Nasa tidak dibenarkan hadir ke Manek Urai sepanjang Pilihanraya Kecil ini berlangsung. Penarikan terhadap arahan ini tidak pernah di tarik balik sehingga Pilihanraya ini tamat.

5) PAS Kelantan juga telah menghantar SMS yg sama dihantar kepada Ust Nasa, kepeda Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi. Namun begitu, Tuan Guru Hj Hadi bertegas, akan hadir juga ke Manek Urai walau apa pun berlaku. Ini menyebabkan PAS Kelantan menghantar SMS penarikan balik larangan tersebut 2 Hari sebelum hari Penamaan Calon.

6) PAS Kelantan memfitnah Ust Nasa. Abdul Fatah Harun memberitahu bahawa Ust Nasa "MALU MATA" utk turun ke Manek Urai. Cikgu Wan Rahim memberitahu, beliau tak tahu sebab apa Ust Nasa tak turun ke Manek Urai. Bukan kah kita ada h/p untuk mengetahui sebab dr Ust Nasa sendiri??? Hakikat sebenar, PAS Kelantan telah melarang Ust Nasa & Ust Nasa KeUzuran.

Cukuplah saya senaraikan sebahagian tindakan yg sgt bercanggah dgn adab islam yg dilakukan oleh Pimpinan PAS Kelantan. Sedarlah, bahawa PAS adalah Parti Islam, yg tulen. Segala tindakan, wajiblah mengikut Akhlak dan Adab Islam.
Segala tindakan yg dilakukan oleh Pimpinan PAS Kelantan ini, hanyalah bersuluh kepada Strategi Politik semata2 dengan mengenepikan semua yg Disuruh oleh ISLAM. Strategi adalah penting, namun ISLAM adalah yg TERPENTING.

Kifarah ini marilah kita jadikan sebagai pengajaran dan muhasabah bg kita, agar Memperbetulkan semula niat & cara kita berpolitik. Ambil lah ISLAM itu sbg sesuatu yg perlu kita pegang dan genggam secara erat. Gunakanlah kebijaksanaan yg kita ada tanpa mengenepikan Islam.

Biarlah kita muhasabah diri kita secara jujur, bukan seperti statement Husam Musa, bahawa PAS menang majoriti sedikit kerana BN menggunakan WANG. Bukan kah, di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang BN menggunakan Wang yg banyak???? Majoriti PAS tetap meningkat.

Apakah yg menghalang dari PAS kalah di Manek Urai ;

Disini saya perturunkan sedikit pengalaman saya bertugas selama 4 Hari di Manek Urai. Saya kagum dengan ahli-ahli PAS Kelantan yg sangat komited, bersungguh2 adan bertanggungjawab dalam bertugas. Mengenali nama2 seperti Hj Kabir, Pak Nik We, Mak Su, Pak Su dan yg lain2 sgt mengharukan.

Mereka ini umurnya telah meningkat. Kebanyakannya berumur lebih dari 50 Tahun, namun kudrat mereka mengalahkan kami yg berumur 20-an. Mereka boleh dikatakan bekerja 25 jam dalam sehari. Tidak seperti orang2 yang berada dalam PAS yang mereka ini muda2, tetapi hanya tahu memaki, mencemuh, dan memfitnah Pimpinan PAS. Mereka bersungguh2 menjaga kampung mereka dari ditembusi anasir jahat dr Puteri Umno. Mereka ini tidak mengenal erti penat. Mereka ini adalah orang2 yg IKHLAS dalam berjuang.
.
Mereka ini tidak mengharap langsung Jawatan, Wang aatu apa2 habuan pun. Mereka hanya mahu ISLAM itu menang dan ISLAM itu ditegakkan. Mereka langsung tidak mengeluh & kecewa jika tidak diberikan apa2 habuan @ jawatan. Mereka ini lah yg tergolong dikalangan "PEMBANTU2 AGAMA ALLAH".

Saya kira dengan keIKHLASan dan DOA2 dari mereka ini lah yang menyebabkan ALLAH masih memberi kemenangan kepada PAS walaupun dgn majoriti hanya 65 Undi. Jika nak diharapkan kepada PEPIMPINAN2 PAS KELANTAN, saya yakin, Allah akan terus mengalahkan PAS dalam pihanraya Manek Urai ini.

Kepada Pimpinan PAS Kelantan, INSAF lah. Kembali lah merujuk kepada ISLAM. Perbetulkan Niat & Cara anda berpolitik. Jadilah anda seperti Pak Nik We, Hj Kabir, Mak Su, dan Pak Su dan lain2 AHLI@ PAS KELANTAN yg IKHLAS berjuang tanpa mengharapkan JAWATAN, WANG dan HABUAN.

KEPUTUSAN PAS MENANG : PILIHANRAYA N 41 MANIK URAI

.

Salam Pejuangan...
.
Dahsyat dan penuh debaran... 87 % pengundi keluar menunaikan tanggungjawab melebihi daripada jangkaan awal 85% oleh SPR...
.
Tak silap 3 kali pengiraan semula dilakukan sama ada diminta oleh BN atau PAS...
.
Habis je mengundi (pusat undi ditutup) mula-mula PAS declare akan menang majoroti undi dalam 1000-2000 undi... dan sewaktu pengiraan di 9 peti undi keadaan amat mencemaskan dengan BN & PAS saling bertukar untuk mendahului jumlah pengiraan UNDI.... pengakhiran secara tidak rasmi BN menang 30 Undi... kemudia tak puas hati kira semula balik PAS pulak menang 70 Undi... kira balik last sekali PAS menang 65 undi... dahsyat! penuh emosi hinggakan ada penyokong menangis dan hiba melihatkan BN & UMNO hanya tewas 65 undi dan penyokong PAS walaupun gembira tetapi kelihatan muram kerana sokongan padu kepada PAS dengan majoriti lebih 1,300 undi dulu telah dikurangkan lebih 600% hingga hanya tinggal 65 sahaja.
.
KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI
.
Pilihanraya Kecil 2009
Mohd Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
.
Pilihanraya 2008
Ismail Yaacob (PAS) : 5,748
Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352
.
INSIDEN / KEJADIAN
Banyak juga ketegangan berlaku namun kebanyakannya adalah kejadian pertengkaran dan provokasi melampau yang kebanyakannya dilakukan oleh penyokong PAS dengan mengeluarkan sorakan berbaur lucah dan tuduhan kafir... namun begitu pengamatan rakan penulis... kejadiaan ini berlaku akibat kehadiran penyokong PKR yg menjadi dalang yg membawa kepada beberapa insiden pentengkaran dan pergaduhan....
.
Bermula dengan tindakan ganas penyokong PAS/PKR membaling batu dan botol mineral hinggakan 5 anggota puteri cedera dan dimasukkan ke hospital...Berlaku kejadian 300 penyokong BN dan PAS bertempur/gaduh pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari hinggakan sebilangan yang terlibat dihantar ke hospital akibat cedera... sebelum itu 5 orang ahli Puteri UMNO telah dimasukkan ke hospital akibat dibaling batu dan botol mineral (besar). Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang, manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu itu...
.
Penyokong PAS juga tidak bermaruah dan profesional kerana kehadiran pemimpin UMNO/BN akan di ejek dan di "boo" mereka berbeza dengan penyokong BN/UMNO yang lebih spoting dan bermaruah. Mengulas keadaan ini rakan teman kata "itulah contoh penyokong sebuah parti yg menganggap diri merekalah yg paling ISLAM... walhal apakah sikap dan perangai sebegitu yg ISLAM mahukan"
.
Isu kempen saat-saat turut memasukkan unsur-unsur fitnah dengan tuduhan"altantunya", tuduhan kepada TS Khir Toyo - isu harga rumah, tuduhan rasuah - walhal jelas kerajaan dan individu terlibat dah jelaskan dan tidak terbukti kaitan atau penglibatan.....PAS turut memainkan sentimen Islam hingga sesetengah penyokong terbuka bersuara melabel "UMNO Parti Kafir"... PAS lebih ISLAM... Tengok Gambar Nik Aziz "sejuk" dapat pahala... ISLAM dijadikan alat kemenangan politik.... walhal semua tahu PAS menolak penyatuan Ummah (kerajaan perpaduan) demi menjaga hubungan dengan KAFIR HARBI (DAP) yg jelas tolek negara Islam....
.

KESIMPULAN

Apapun tahniah kepada keseluruhan jentera yang telah berusaha keras untuk menjamin kemenangan calon masing-masing...

KEPADA PAS

Tahniah buat PAS walau calon PAS Mohd Fauzi, tokeh ikan menang kali ini pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan (fauzi & ikan tidak dapat dipisahkan)... berkhidmatlah dengan baik kepada masyarakat walaupun "mereka" tidak mahukan kemajuan sekurang-kurangnya masyarakat mahukan pemimpin yang dapat membela mereka bukan pemimpin yang hanya tahu di arah dan diusang seperti boneka (berlaku pada mohd fauzi) untuk mana-mana hatta bercakap sekalipun bukan calon yg bercakap sebaliknya org lain.... fikirlah sendiri bagaimana calon ini mahu menegakkan dan berjuang demi kesejahteraan masyarakat di manik urai nanti...

Terbukti jalan yg dipilih PAS kian tidak disenangi penyokong PAS sendiri & PAS harus memikirkan semula hala tuju mereka sama ada mahu terus menghancurkan dan perpaduan ummah dengan bersama pimpinan ANWAR (PKR+DAP+PAS) dan kerjasama dengan KAFIR HARBI (yg jelas tolak negara ISLAM) atau melakukan sejarah yg akan diingati sampai bila-bila dengan mengutamakan kemaslahatan perpaduan UMMAH dengan kembali ke arah merialisasikan kerajaan perpaduan MELAYU ISLAM...

KEPADA BN

Kepada BN jangan kecewa... ISLAM bagi mereka (pengikut & penyokong PAS) adalah pengisian spiritual semata-mata... jihad ekonomi untuk kemajuan & jihat pendidikan demi ilmu itu KAFIR kerana itulah yang diperjuangkan UMNO & BN... UMNO Bukan Amal Islam sebenar (kata PAS) kerana berani tegak bersuara & berdepan dengan org yg mahu menyamaratakan ISLAM dengan agama lain (DAP)... merendahkan kedudukan agama dan menegur orang yang bukan ISLAM yang menuduh dia lebih faham dan "ISLAM" seperti syaidina umar berbanding sesetengah org ISLAM... berbanding PAS yang lebih ISLAMIK dengan sanggup bertolak ansur walaupun dalam soal ISLAM dengan DAP - KAFIR HARBI yang terang-terang menolak negara ISLAM... hingga sanggup jadi boneka ibarat lembu dicucuk hidung... itukah ISLAM???

Walau kalah harapannya agar calon BN dapat terus berkhidmat kepada masyarakat secara tidak langsung... buktikan anda lebih baik berbanding YB pembangkang yg menang nescaya waktu Pilihanraya akan datang anda akan kembali dicalonkan dan akan masyarakat akan mengundi seterusnya anda memperoleh kemenangan...

Semangat dan keyakinan BN kian tinggi... impak perubahan kepimpinan tertinggi negara mulai menarik keyakinan rakyat... moga momentum perjuangan akan dikekalkan seterusnya ditingkatkan... moga PRU13 nanti kebenaran yang hakiki dapat diterjemahkan sekali lagi demi perjuangan membela ISLAM, MELAYU & MALAYSIA...

Kepada Allah Berserah... Teruskan perjuangan.

Tuesday, July 14, 2009

PILIHANRAYA KECIL N 41: MANIK URAI - RAMALAN & ANALISIS

Salam Perjuangan
.
Panas! hari ini merupakan hari pengundian bagi PRK Manik Urai sehingga kini keadaan terkawal dan sehingga jam 11.30 dimaklumkan hampir 58% pengundi atau 7,085 pemilih telah keluar mengundi menunaikan amanah mereka. Selain kesesakan trafik yang agak teruk (macam di KL pagi-pagi) kedua-dua penyokong PAS & BN sibuk menjalankan kempen saat akhir bagi meraih undi bagi calon mereka.
.
.
Kerajaan Kelantan telah mengumumkan hari cuti bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dan SPR mensasarkan 85% pengundi daripada 12,293 pengundi akan keluar mengundi hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam ini di mana penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
.
.
Berikut adalah senarai pusat pembuangan undi di DUN Manik Urai :-
.
1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SMK Manik Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)
.
Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.
.

Analisis Sokongan

Sebelum penamaan calon rating calon PAS - 60% dan BN-40% manakala 2 hari selepas penamaan maklumat yang diperolehi rating calon untuk PAS-56% dan BN-44%.

Kekuatan Calon :

Jika didilai daripada latar belakang calon, calon BN jelas dilihat memiliki banyak kelebihan berbanding calon PAS berdasarkan kredibiliti, latar belakang pendidikan & keluarga, kebolehan berpidato, pengalaman bekerja dan berkhidmat kepada penduduk, serta pengalaman politik.

Isu yang diketengahkan BN :

BN juga menjadikan isu pembangunan sebagai taruhan utamanya, antaranya, menjadikan Manek Urai anak emas kerajaan pusat, menjadikannnya sebagai kota agropolitan serta membina beberapa kemudahan baru - termasuk jambatan baru dua lorong di Manek Urai Lama, sekolah kebangsaan di Chuchoh Puteri dan masjid baru di Temalir.

Selain itu BN juga cuba menyampaikan mesej kempennya bahawa pembangunan dan kemajuan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, bukan sekadar kejayaan di akhirat semata-mata. BN turut mengadakan majlis solat hajat di semua sembilan peti undi di Manek Urai. Dalam kempennya, BN juga menggunakan isu kerajaan perpaduan untuk menggambarkan wajah sebenar hubungan Pakatan Rakyat dan kedudukan PAS dalam pakatan itu. Selain keretakan dalam pimpinan Pas yang kini seakan terpeson dari landasan sebenar perjuangan untuk ISLAM.

.


Isu yang diketengahkan PAS :

PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion, Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan rumah mewah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Selain menggunkan isu agama Islam dengan mengambarkan bahawa UMNO & BN tidak islamik dan tidak mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar.

Sokongan Ahli Parti

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manik Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN. kerana pemimpin PAS tempatan begitu optimis pengundi luar kawasan, dianggar lebih 1,000 orang, akan mengundi Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan.

Pengundi Cina & India

Bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, kedua-dua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Penguasaan Sepanjang Tempoh Kempen

Kekuatan jentera PAS & BN seimbang di mana poster dan sepanduk dilihat sama banyak serta kedua-dua pihak dilihat sama setanding agresif berkemben untuk menarik undi. Walaupun begitu tiada insiden buruk seperti pergadukan & provokasi agresif diantara kedua-dua pihak PAS atau BN sepanjang kempen. Keharmonian masih terpelihara dengan PAS & BN berbeza dengan kehadiran jentera PKR yg pasti bertukar ganas akibat kempen ala "gengster" yg kerap menjadi taktik penyokong PKR.

Demografi pengundi yang bersifat "homogenus" dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manik Urai.

Beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini.Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan kempen dilihat diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai. Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

RAMALAN KEPUTUSAN PRK MANIK URAI

Maklumat yang diperolehi dan dianalisis daripada pelbagai sumber rujukan sehingga jam 12.30 malam tadi memperlihatkan rating calon PAS masih mendahului calon BN dengan PAS 54% dan BN 46%. Diramalkan bahawa PAS bakal mengekalkan momentum kemenangan walaupun kemungkinan majoriti PAS bakal berkurangan ke sekitar 800 ke 1,000 undi.

Namun begitu faktor kempen saat-saat akhir oleh kedua-dua parti mungkin bakal merubah segala-galanya... sekiranya BN menang di Manik Urai, kemenangan itu mungkin begitu tipis sekali dengan undi majoriti kemenangan sekitar 80 - 200 undi sahaja dan itu adalah merupakan satu yg berada di luar jangkaan sama sekali yang merupakan anugerah maha Kuasa.

Segalanya kita serahkan kepada Allah SWT, kita berusaha Allah SWT menentukan segala-galanya... kepada Allah berserah.

Teruskan Perjuangan

Wednesday, July 1, 2009

TUAN AZIZ DI FITNAH : CALON BN MANIK URAI SALAH GUNA KUASA & RASUAH


Salam Perjuangan...
.
Belum apa-apa Pakatan Rakyat telah melaksanakan perang psikologi jijik dengan menyebarkan FITNAH kepada calon BN DUN Manik Urai. Ini Islam apa ni? PAS tak nak kata apa-apa ke & nasihat sikit stategis pilihan raya Manik Urai supaya jgn guna taktik busuk macam ni... Apa Islam Halalkan Cara Demi Matlamat ke??? Kalau Macam tu SAH! PAS hanya Islam pada kulit bukan pada isinya... Islam hanya alat untuk dipergunakan demi mendapatklan kuasa... (Baca Di sini)
.
Kepada Tuan Aziz sila buat loporan polis biar dihadapkan ke muka pengadilan wajah bangsat yg menaburkan fitnah berkenaan... disamping itu kita berdoa Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada merekayang sebenar-benarnya telah "SESAT" itu.
.
Tuan Aziz sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan fitnah ini yang boleh dibaca di sini. Saya telah mendapat jawapan berkenaan isu fitnah ini dari Blog mymassa (di sini...) berikut adalah intipati jawapan kepada fitnah ini :-
.
Satu yakin bahawa penulis yang melemparkan fitnah tersebut tidak sama sekali mengenali Tuan Aziz dengan lebih dekat.
.
Fitnah 1:
Tuan Aziz didakwa menyalahgunakan kuasanya dan terbabit dalam rasuah
.
Ini adalah satu kenyataan yang "ambigious" bertujuan hanya untuk mengaburkan mata pembaca agar mewujudkan keraguan seterusnya menimbulkan isu/cerita yang tersebar dan disebarkan dengan tujuan membunuh karektor calon menerusi fitnah berkenaan - walaupun berita tersebut tidak benar.
.
Fitnah 2:
Tuan Aziz hidup mewah melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB).
.
Jawatan ini disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di KesedarSetahu saya Tuan Aziz hidup secara sederhana. Walaupun berjawatan sebagai CEO Kesedar, beliau hanya mempunyai rumah papan satu tingkat di Kuala Krai. Isteri beliau bertugas sebagai guru. Pasal kereta pula, beliau memandu Proton Perdana second hand dan isteri beliau memandu Perodua MyV.
.
Fitnah 3:
Beliau melakukan lawatan yang “meragukan” bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailand untuk tujuan pemasaran
.
Lawatan itu dilakukan secara rotation oleh pegawai-pegawai Kesedar selepas mencapai kejayaan memasarkan minyak masak di negara-negara Asean. Tuan Aziz sendiri tidak pernah mengikut serta dalam lawatan tersebut.
.
Fitnah 4:
Beliau menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai
.
Keputusan akhir pemberian kontrak tersebut bukan terletak di tangan Tuan Aziz. Lagipun Tuan Aziz tidak perlu melobi untuk medapat sokongan semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Sokongan beliau pada peringkat akar umbi adalah padu. Lawan Tuan Aziz untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah juga kenalan rapat beliau, Salihin Ismail. Tambahan pula, dari sumber yang telahpun disahkan, Tuan Aziz juga turut berkempen pada peringkat cawangan supaya memilih lawannya Salihin sebagai calon Ketua Pemuda Bahagian. Maka tidak mungkin wujud aksi lobi-melobi seperti dinyatakan.
.
Allah akan bersama-sama orang yang jujur, benar dan ikhlas ... bersama kita mendoakan calon yang terbaik memperolehi kemenangan...
.
Teruskan Perjuangan...
.
.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.