KHALID IBRAHIM BOHONG LAGI
Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah menerima RM 57.88 juta dalam bentuk wang tunai bagi penyelesaian hutang Kumpulan Talam Corporation (yang dikutip oleh Menteri Besar Incorporated – MBI) sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri pada 13 Julai 2010 adalah suatu pembohongan yang besar.
Satu semakan yang dilakukan mendapati tidak ada sesen pun wang hasil pengiktirafan hutang Kumpulan Talam Corporation yang berjaya dikutip oleh MBI setakat ini.
Sekali lagi Kerajaan Negeri Selangor berjaya spinoff fakta dan rakyat terus menerus dipermainkan dengan pembohongan demi pembohongan.
Aset yang didakwa bebas hutang ini membabitkan 400 ekar tanah Ulu Yam (RM 18 juta), saham Ulu Yam Golf Resort (RM 4.2 juta), 12 ekar tanah Puncak Jalil (RM 12 juta), 5 unit ruang pejabat Menara Pandan (RM 11 juta), tunai yang telah diasingkan (RM 5 juta) dan pulangan kerja tanah (RM 7.68 juta).
Media rasmi PKR, Suara Keadilan telah melaporkan Kerajaan Negeri telah menandatangani MOU bersama Kumpulan Talam Corporation bagi mengutip semula hutang hutang lain yang diragui tidak termasuk di dalam jumlah RM 392 juta.
Malangnya Talam Corporation masih membisu sehingga ke hari ini dari megeluarkan kenyataan mengenai pembayaran hutang tersebut. Secara fakta dan sebagai sebuah syarikat PN17, Talam Corporation sudah sepatutnya mengeluarkan pengumuman rasmi beserta pendedahan pembayaran hutang. Namun yang ada hanyalah pengumuman MOU sahaja.
Bagaimana pula dengan dakwaan Khalid Ibrahim bahawa Kerajaan Negeri juga telah berjaya mendapatkan kutipan aset tanah berjumlah RM 290 juta? Implikasi yang paling serius adalah kemana menghilangnya RM 290 juta? Apakah ada unsur unsur urusniaga di bawah meja yang membolehkan Kerajaan Negeri memberi diskaun kepada Talam Corporation.
Dan sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri masih belum mendedahkan siapakah peguam yang dilantik bagi menguruskan pinjaman bank dan yuran guaman ‘round tripping’ sebanyak RM 392 juta?
Sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri pada November 2009, Khalid Ibrahim telah berjanji bahawa hutang Kumpulan Talam Corporation ini akan dapat dibereskan sebelum April 2010. Bermakna ini sudah kali kedua Menteri Besar Selangor ini melakukan pembohongan besar!
Apakah perlu untuk rakyat menunggu sehingga diterbitkan Kertas Putih pada hujung tahun ini? Kerajaan Negeri sudah sepatutnya membuat pendedahan secara rasmi dan bukti kutipan hutang dalam bentuk wang tunai berjumlah RM 57.88 juta.
Ketelusan yang diwar warkan adalah pembohongan dan retorik Pakatan Rakyat dalam mengabui mata rakyat. Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat dicabar untuk mendedahkan bukti kutipan RM 57.88 juta berjaya dikutip oleh MBI.
Apa perlu ditakutkan jika benar dakwaan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim. Atau setakat hanya penyedap mulut dan halwa telinga sebelum pilihanraya umum yang akan datang.
No comments:
Post a Comment