Mari kita sama-sama kaji dan buat perbandingan melalui data yang diberikan :- Jumlah Senarai = 50 individu tersenarai Pecahan Kaum Melayu - 5 orang Cina - 39 orang lain-lain - 6 orang Peratusan Kaum Mengikut Yang Tersenarai Melayu - 10% Cina - 78% Lian-Lain -12% Kesimpulan secara mudah setiap 10 individu kaya raya di Malaysia, 8 orang adalah orang cina manakala masing-masing satu untuk Melayu dan lain-lain... KITA TANYA KAUM CINA... MASIH TAK CUKUP LAGI KAH PEMILIKAN EKONOMI CINA??? HINGGAKAN HAK PERUNTUKAN MELAYU YANG BELUM DICAPAI PUN CINA NAK AMBIK???... Firma mampu bayar pengarah gaji besar Genting Bhd mendahului senarai Kajian "Pengarah Yang Menerima Bayaran Tertinggi" oleh Malaysian Business untuk 2009, dengan pembayaran sebanyak RM92.11 juta. Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Malaysian Business berkata Genting juga membayar julat upah tertinggi sebanyak antara RM87.6 juta-RM87.65 juta kepada seorang pengarah. Syarikat itu bagaimanapun tidak menamakan pengarah itu. Majalah itu berkata lain-lain syarikat dengan julat upah tertinggi bagi seorang pengarah ialah unit Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar RM37.25 juta dan lebih kepada eksekutif kanannya. "Bayaran ini, bagaimanapun mungkin telah dibayar kepada individu yang sama dengan mengambil kira kemungkinan perkiraan berganda," katanya. Ia berkata di tempat ketiga adalah IOI Corp Bhd, yang membayar julat upah sebanyak RM25 juta-RM30 juta kepada pengarah peringkat tertingginya. "Ini adalah kurang daripada RM41.10 juta-RM41.150 juta yang dibayar pada 2008. Kami mengandaikan penerimanya ialah pengarah/pengasas IOI Corp, Tan Sri Lee Shin Cheng," katanya. "Daripada lebih 600 syarikat yang dikaji, hampir 240 pengarah mendapat upah lebih RM1 juta tahun lepas di sebalik ketidaktentuan ekonomi," katanya. Kajian Malaysian Business itu menyenaraikan sejumlah 628 syarikat dengan julat pembayaran melebihi RM300,000 seperti yang dicatatkan pada laporan tahunan syarikat. Daripada ini, hanya kira-kira tujuh peratus daripada syarikat telus dalam menyatakan jumlah sebenar gaji eksekutif tertinggi mereka, katanya. "Yang menariknya, beberapa syarikat dengan yang mencatatkan kerugian teruk masih membayar gaji yang besar kepada pengarahnya," katanya. - Bernama |
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Wednesday, August 18, 2010
BUKTI MELAYU KETINGGALAN : SENARAI SYARIKAT BESAR BAYAR PENGARAH BERJUTA-JUTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment