Tuesday, August 10, 2010

SULTAN JOHOR MURKA : PKR KEMPEN BURUKKAN UMNO & PECAH BELAHKAN MASYARAKAT GUNA NAMA BAGINDA

Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Ketua Turus JMF

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini.

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen mereka). Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Mereka ini tiada pendirian hidup. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin semasa pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di JB Sentral

Kebiadapan Chua menggunakan peluang platform politik sebagai pentas untuk ‘menghasut’ rakyat agar ‘bangkit’ dengan ‘memperkudakan emosi’ kunun kununya Tuanku Sultan Johor terpengaruh dengan pemimpin UMNO untuk ‘menghukum’ beliau dan menarik balik darjah kebesaran dan merayu untuk memberikan kuasa kepada PKR juga wajar disiasat bawah Akta Hasutan.

Dikhabarkan darjah kebesaran anugerah Tuanku Sultan Johor keatas Chua semasa beliau menjawat Menteri Kabinet, MP BN untuk Bakri dan Naib Presiden MCA adalah akibat tindakan beliau yang cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor, dalam proses perebutan jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti 2008. Beliau dikatakan mengunakan pengaruh beliau sebagai pemimpin kanan MCA Johor untuk ‘mempengaruhi’ Istana dengan menafikan darjah anugerah kepada masyarakat Cina, kerana dikatakan mereka yang tersenarai ini tidak memihak kepada beliau dalam perebutan jawatan Presiden MCA itu.

Chua dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

Chua menyertai PKR kerana kecewa dalam MCA adalah amat tepat kerana PKR merupakan ‘himpunan politikus kecewa dan terdesak’, yang diketuai Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Beliau juga kini menurut rasmi Anwar dan Anwarista dengan memanipulasikan fakta dan keadaaan, berbohong dan tergamak memperkudakan nama baik Tuanku Sultan sebagai gimik kempen semata mata untuk meraih perhatian rakyat, disamping dengan menyelitkan mesej berbaur hasutan dan politik kebencian.

Sudah tiba masa undang undang dilaksana sebagaimana diperuntukan, demi menjaga kepentingan negara dari usaha untuk membawa rakyat kepada kancah yang mengancam keselamatan negara, demi meraih sedikit populariti dengan perjuangan politik sempit dan mencabar kepentingan majoriti.

Memang biadap ! Memang kurang ajar.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.