Friday, October 31, 2008

BER ISTILAH POLITIK : BAHASA HARIAN

Salam Perjuangan...

Penulis begitu tertarik dengan artikel berikut yang dipetik dari sini
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2008/10/taktik-politik-ii.html

Hinggakan kadang kala menimbulkan kelucuan dan geli hati yang telah berjaya melupakan penulis seketika akan cabaran dan betapa seriusnya permasalahan masyarakat melayu. Namun apa yang pasti walaupun istilah politik dijadikan bahasa harian namun jika dilihat di sebalik kelucuan yang timbul... dengan sinis mengambarkan realiti keadaan sebenar ahli politik juga situasi sebenar semasa...

Sama-sama kita kongsikan kelucuan ini...

Berikut dari
Dr. RBAONG:

DiANWARkan/MengANWARkan

1. Membenarkan ditipu bulat-bulat dan kemudian malu walaupun fakta tu budak tadikapun boleh kata tak logik.
Contoh: Kawan saya seorang pengikut PKR telah berjaya diANWARkan oleh pemimpin mereka

2. Perbuatan meggunakan pintu belakang.
Contoh 1: Karpal Singh tidak bersetuju PR (Mengikut istilah perubatan, ia bermakna PerRectal) mengambil alih kerajaaan dengan cara pengANWARan

Contoh 2: Pemimpin tersebut telah didakwa dimahkamah kerana mengANWARkan bekas pembantunya.

3. Perbuatan yang tidak sabar dalam mengejar impian dicampur dengan unsur-unsur Mat Jenin.
Contoh: Paklah membidas Mahyudin Yasin kerana dia bersifat KeANWARan

DiTHERESAkan : yang bermaksud diberi makanan yang lebih teruk/sama macam makanan anjing.
Contoh: Suatu masa dahulu seorang pemimpim ABIM telah MengANWARkan penduduk Malaysia dengan berkata penduduk miskin Baling terpaksa menTHERESAkan keluarga mereka sehingga kebuluran.

Ana 5:29 PM mendefinasikan berikut:

Bertaresakokkan = menyalak dengan mendayu-dayu.
Contoh: Selepas azan subuh berkumandang, kebanyakkan anjing-anjing tua yang belum berlaki akan 'bertaresakokkan'. Ini kerana setan-setan yang bertempiaran lari akibat azan subuh tadi akan kembali semula, dan anjing-anjing ini berseronok berkawan dengan setan-setan ini.

Anon 2:57 pm beri definasi lebih kurang macam ini:

Mentony Puakan bermaksud seseorang yang takhenti-henti senyumd an tersengih.
Contoh: Dalam usaha untuk memenangi pilihanraya, calun2 jgn terlalu mentony puakan diri untuk senyum dan tersengih kerana ditakuti lalat masuk mulut dan membawa masuk kuman dalam mulut.

Anon 9:30 am mencadangkan berikut:
MengKhalidkan - Pertama kali seorang calon pilihanraya menyuruh pengundi mengundi parti yang menentangnya bolehlah dirujukkan sebagai mengKhalidkan kekalahan di Ijok.


Menlim kit siangkan : Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya bersopan dalam berbahasa dan tingkah laku.
Ayat: Mereka harus diajar supaya tidak melim kit siangkan nada suara kerana nada yang keras hanya akan menghilangkan kesabaran orang lain dan memulakan pergaduhan.

Bergobala krishnan
Anak2 yang suka bergobala krishnan perlu didisiplinkan supaya besar tidak bersikap kurang ajar dengan speaker dewan.

Mentian chuakan
Kita mahu anak-anak ini besar setia kepada ibu bapa dan guru dan tidak mentian chuakan mengaruk dan meronta diri bila dimarah dan dihukum apabila buat salah.

Mengkarpalkan singkan
Kita mahu anak-anak berani tetapi jangan terlalu berani hingga boleh mencederakan diri dengan mengkarpalkan singhkan diri. Kalau mahu berani dan lawan, pastikan diri boleh berdiri bila angkat sumpah dan kuat untuk enggan keluar dewan.

Mengkhalid Ibrahimkan
Ajar mereka supaya bertutur dengan jelas dan mengelakkan salah faham supaya tidak mengkhalid ibrahimkan diri dengan bercakap gagap.

Dimat sabukan
Mereka perlu difahamkan akan hukum hakam supaya tidak dimat sabukan dalam bilik hotel dengan perempuan yang bukan muhrim atau dikhalid ibrahim (2) kan dengan rahmah setiausaha sendiri.

Meronie liewkan
Anak-anak perlu faham meronnie liewkan diri ke rumah urut sama haram dengan memat sabukan diri kerana masih bersama dengan wanita bukan muhrim di dalam bilik.

mezaid ibrahimkan
Dosa yang paling buruk kesan dan perlu dielakkan adalah suka mezaid ibrahimkan minuman dengan arak dan wiskey. Akibatnya anak itu akan menjadi Menteri penuh paling singkat dan membawa ide2 yang tak masuk akal.

MengHasan Alikan
Anak2 Islam harus dikawal supaya tidak menghasan alikan diri untuk terlebih cakap macam murai hingga merelakan khinzir dibela.

MengHalimah Ali / MenYaacob Saparikan
Tapi kalau dah teruk sangat nilai agama, akhirnya ada yang sampai tidak kisah untuk menghalimah ali atau menyaacob saparikan diri sampai diteresa kokkan untuk membela khinzir di kawasan orang Melayu.

di b.a.b.i
Kita mesti pastikan supaya anak-anak kita tidak di b.a.b.i.kan oleh politik wayang kulit bekas timbalkan perdana menteri yang dipecat.

DiLim guan Engkan
Jadilah anak islam yang bijak dan tidak mudah dilim guan engkan oleh kafir harbi dengan kata2 manis meminati khalifah omar abd aziz, sedia masuk islam jika bapak tiada ada, dan berarak masa perayaan maulud nabi.

Husin nak menambah sedikit:

Diibrahim Alikan - Ahli politik bebas yang tidak menyebelah mana-mana pihak tetapi puas dapat hentam semua.
Contoh: Oleh kerana Ahli Parlimen SAPP tidak setuju dengan pendirian parti, mereka telah mengibrahim alikan diri. Kedua-dua pihak kecewa tetapi Ibrahim Ali yang dapat menambah kerusi parti Bebas dan dengan diam-diam akan menjadi Perdana Menteri.

Dihadikan - Hampir sama makna dengan dipaklahkan dalam erti tidor dalam majlis, meraban bila bercakap dan flip flop seperti di
sini tetapi pakai serban diri dan menantu tidak kelihatan dekat dengan minuman arak. Dia tidak pegang wanita hanya kahwin dengan cara halal.
Contoh: Usahlah kau mengata kita telah dipak lahkan kerana kamu telah dihadikan.


Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding.
Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.

Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap.
Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya.

Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.

Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong.
Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.

Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.

Memusa Hitamkan - 1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua.
Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang.
Maksud 2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi.
Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.

Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan.
Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.

Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban.
Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.

Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik.
1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis.
2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan.
Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.

Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan.
Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.

Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh.
Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah.

Salam Perjuangan, Renung-renungkan...

Thursday, October 30, 2008

SKANDAL KHAIRY JAMALUDDIN (KJ)

Salam Perjuangan

Ditengah kehangatan musim bagi proses pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mana KJ juga turut bertanding sengit dengan Y.B Dato' Mukhriz telah tersebar gambar-gambar skandal KJ yang penulis peroleh dari salah satu blogs
Penulis harus menegaskan bahawa kesahihan gambar ini boleh dipertikaikan... namun berdasarkan maklumat berkaitan gambar ini berserta ulasan dalam blog berkenaan membolehkan penilaian matang dilakukan oleh kita.

Adalah amat mengecewakan jika benar-benar KJ terlibat dalam aktiviti sebegini... namun amat malang lagi jika perkara ini tidak benar dan hanya bertujuan mengenakan beliau... kita harus bertanggung jawab dalam berita yang kita sebarkan agar imej seseorang yang nampak baik dan berwawasan seperti KJ tidak disalah tafsir sebenarnya berkelakuan tidak elok sebegini...

Nanti apakah persepsi pemuda UMNO lain???... mahukan mereka dipimpin oleh KJ yang rupa-rupanya hanya menggunakan retorik pejuangan bangsa dan Islam Hadhari sebaliknya memiliki bahagian diri yang hitam dan tersembunyi...

Walau bagai mana pun diharapkan agar perwakilan pemuda UMNO menilai sematangnya dan usah dipengaruhi unsur-unsur luar yang cuba manggangu gugat proses pemilihan nanti...
Setakat ini belum ada lagi Skandal melibatkan Y.B Mukhriz yang dilihat merupakan seorang pemimpin muda tulen yang berani serta berwawasan yang dijangka mampu membawa pemuda UMNO ke tahap yang tersendiri...
Adalah wajib perwakilan pemuda meneliti latar belakang calon dan "track record" calon-calon ketua pemuda ini... pilih lah yang berjuang ikhlas demi agama bangsa & negara... calon yang bersih dan tiada kontroversi sama ada rasuah, wanita, keperibadian dan skandal melibatkan syarikat kerajaan... ikhlaskan hati... apakah wang yang dicari & lebih penting atau nasib anak, cucu dan generasi kita yang mendatang...
Berikut Petikan dari Blog berkenaan :-

Bagi memastikan maklumat cukup dan kalau mahu jadi kes dan tidak dibuang keluar oleh Mahkamah Persekutuan, ana kena sebutkan tempat, alamat, haribulan dan masa - Heritage Mansion, Jalan Kemunting off Jalan Doraisamy, KL, bulan Jun, lebih kurang hari Khamis 17 haribulan, dan antara waktu pukul 10:00 pm ke pukul 2:00 am

Cukup maklumat kalau mahu buat kes.

Kalau tidak cukup puashati, ana kata kerusi-kerusi itu wujud di Master Lounge Heritage Mansion (kalau hari ini tidak diubahsuai untuk hilangkan bukti) kerana ia kerusi sama yang diduduki artis-artis selebriti dalam gambar di bawah ini. Wow!

Kalau tidak percaya, bandingkan gambar bawah ini dan katakan wujud ke tidak kerusi-kerusi seperti itu. Wow!

Kalau tidak cukup juga, ana beritahu orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William. Wow!

Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.

Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.

Kelab ini memang selalu didatangai penuh dengan selebriti-selebriti, termasuk Maya Karin. Wow!

Gambar ini diambil pada akhir tahun lepas semasa dia belum kahwin. Muga jadi isteri yang soleh dan berpakaian yang sopan macam Ziela ye.

Ada juga Hannah Tan yang menarik orangnya. Wow!

Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?

Ana pun percaya pada keterbukaan. Sekarang malam panas, ana selalu tidor tak pakai baju.Amacam Hannah, nak masuk Islam? Ana boleh ajar bab munakahat.

Boleh cuba-cuba raptai ijab kabul dengan Husin. Wow!Ana sudah tidak terlalu banyak Wow! lah hari ini ...

Nukilan Husin Lempoyang Pada 12:25 PM

Renung-renungkan selamat berjuang

Wednesday, October 29, 2008

PKR SELANGOR : PKNS TERHAKISNYA HAK MELAYU - TAHNIAH PENGUNDI SELANGOR

Sumber Malaysia Kini : http://www.malaysiakini.com/news/92025

Nota : Inilah Pemimpin melayu yang tak mengenang budi dan menunjukkan betapa jijik dan busuknya maruah pemimpin ini apabila sanggup menggadaikan hak & peluang membela melayu demi menjamin survival politik dan meraih sokongan bukan melayu...

lihatlah sejarah hari ini PKNS secara tersusun akan di "liberalkan" hasil idea bernas pengkhianat melayu ini... dan secara senyap-senyap kaum cina akan mendominasi PKNS. Waktu itu dapatkah PKNS menjamin hak melayu di selangor di jamin dan terbela seperti sekarang ini... yang mana jika terdapat ruang & peluang melayu akan dibantu dan dibela... sekarang...

TAHNIAH DAN SYABAS PENGUNDI DI SELANGOR kerana berjaya membawa perubahan YANG MENJAHANAMKAN MASA DEPAN & PELUANG ANAK, CUCU DAN GENERASI BANGSA MELAYU ISLAM MENDATANG... MOGA ALLAH SELAMATKAN BANGSA MELAYU ISLAM & memberikan kekuatan berhadapan dengan ancaman kafir harbi ini... Allah Hu Akbar

Lantik Low: 'Tidak pernah berlaku' dalam sejarah PKNS

Abdul Rahim Sabri Oct 28, 08 6:17pm


kemaskini 9:08pm Pelantikan seorang pegawai kanan bukan Melayu di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat "tidak membaca sejarah" agensi pembangunan ekonomi itu yang ditubuhkan untuk membantu bumiputera.

"Kita berasa amat kecewa kerana perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah PKNS. PKNS ditubuhkan untuk membantu Bumiputera," kata wakil rakyat Kuang, Abdul Syukur Idrus kepada Malaysiakini.

Tambahnya, beliau berasa kesal dengan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut dengan berkata "tiada lagikah orang Melayu yang boleh mentadbir PKNS?".

"Sekiranya mereka (kerajaan Selangor) kurang pemimpin (untuk PKNS), boleh rujuk kepada kita dan kita boleh memberi nama yang bersesuaian," katanya.

Abdul Syukur, yang juga ketua Pemuda Umno Selangor berkata, tindakan menteri besar tersebut dipercayai atas desakan pihak lain, kemungkinannya DAP "untuk menguasai kerajaan."

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu," tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. "Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini)," katanya.

Pergerakan itu juga akan menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi mengkaji kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Beliau juga menyeru orang Melayu di negeri itu tanpa mengira ideologi politik agar bersatu “supaya tidak diperkotak-katikkan”.

Sementara wakil rakyat MCA bagi Sungai Pelek, Yap Ee Wah berkata beliau bersikap berkecuali dalam isu pelantikan Low itu asalkan rakyat miskin di negeri itu mampu memiliki rumah.

Beliau berkata kenaikan pangkat Low, yang disambung perkhidmatan selama setahun, kerana "mungkin (menteri besar) ada alasan tersendiri melantiknya".

"Saya berharap rakyat Selangor dapat manfaat dalam perlantikan tersebut membantu menjadikan Selangor negeri maju," tambah Yap.

Mengulas yang sama, wakil rakyat DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San pula menggesa PKNS melantik seorang tokoh pentadbir yang berwibawa tanpa mengira kaum.

Sambil menyifatkan pelantikan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "tepat pada masanya", Lau berkata:

"Kita perlu memastikan supaya seseorang yang dilantik untuk menyandang jawatan ini merupakan seseorang yang berkemampuan untuk menepati sasaran ini tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan jantinanya."

Tambahnya, PKNS perlu bertanggungjawab kepada semua lima juta rakyat Selangor dan "bukan puak-puak tertentu sahaja".

"Adalah tidak masuk akal untuk kita menjadikan sebuah anak syarikat kerajaan itu sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda-agenda sesetengah masyarakat sahaja padahal separuh daripada rakyat Selangor ialah golongan bukan Bumiputera," kata Lau di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Low bagi menggantikan Datuk Harun Salim yang bersara akhir bulan ini.

Wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS Idris Ishak hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada menteri besar berhubung pemilihan Low.

Sementara itu, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid bagi membincangkan isu tersebut.

Selepas pertemuan itu, Dr Hasan dipetik sebagai berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan bagi mengisi jawatan itu.

Menurut Bernama, setakat ini parti Islam sudah mempunyai dua calon untuk mengisi jawatan itu.

Dr Hasan juga dilaporkan berpendapat timbalan pengurus besar pentadbiran Md Nasir Md Arshad dan timbalan pengurus besar teknikal Abdul Ghani Hassan lebih layak dipertimbangkan kerana mereka berkhidmat lebih 30 tahun berkhidmat bersama perbadanan itu.

SURAT TERBUKA HINA MELAYU & AGAMA ISLAM

Sumber dari :


Penulis telah lama mendapat tahu kewujudan surat ini namun baru kini berpeluang untuk berkongsi dengan pengunjung blog ini. Begitulah beraninya mereka yang tidak tahu dek untung mencaci dan menghina Melayu dan Islam.

Menurut maklumat surat ini diterima oleh pejabat daerah di selangor... ditujukan khas untuk kaum melayu dan beragama Islam... Sampai bila bangsa melayu akan tahan untuntuk terus diperlekehkan... bangkitlah pertahankan hak-hak kita, hanya dengan bersatu kita bertambah kuat dan dipandang mulia...


Apa harus kita buat??? tepuk dada-tanya selera... renung-renungkan selamat berjuang

Tragedi Minyak Malaysia

Salam Perjuangan...

Isu berkaitan minyak dan mudharat yang disebabkannya isu ini jelas merupakan disebabkan kegagalan dan kesilapan pengurusan dan membuat keputusan oleh kerajaan PLah... hasilnya kini walaupun harga minyak dipasaran malaysia sudah diturunkan 2 kali dan namun jika diteliti harga barang tetap mahal dan tidak pun turun-turun hinggakan rakyat terbeban...

Kerajaan pula baru-baru ini membayangkan harga minyak akan diturunkan lebih drastik lagi disebabkan harga minyak di pasaran dunia yang semakin merudum.

Rujuk artikel ini :-

Harga minyak hampiri paras terendah 17 bulan

LONDON 28 Okt. - Harga minyak mentah dunia menghampiri paras terendah dalam tempoh 17 bulan ekoran kebimbangan kelembapan ekonomi global yang bakal melemahkan permintaan terhadap tenaga, kata penganalisis.

Kontrak utama New York , minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Disember menokok AS$0.48 (RM1.71) kepada AS$63.70 (RM227.40) setong dalam dagangan elektronik, selepas mencecah paras AS$61.30 (RM218.84) sejak Mei 2007, pada Isnin lalu.

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Disember naik AS$0.13 (RM0.46), lebih tinggi untuk ditutup AS$61.54 (RM219.69). Isnin lalu kontrak tersebut telah mencecah AS$59.02 (RM210.70) yang merupakan paras terendah sejak Februari 2007.


Walaupun mengalami kenaikan kecil hari ini, harga minyak mentah telah jatuh lebih hampir 60 peratus sejak melepasi rekod tertinggi pada paras AS$147 (RM524.79) setong pada Julai lalu ekoran kebimbangan kekurangan bekalan.

''Minyak telah mencecah paras terendah sejak 17 bulan kerana spekulasi krisis kewangan global yang akan mengurangkan permintaan minyak.

''Minyak telah jatuh lebih 56 peratus sejak paras tertinggi 11 Julai dan harga minyak dalam trend menurun selepas OPEC menurunkan jangkaan permintaan pada tahun 2009,'' kata penganalisis BetOnMarkets, David Evans.

* menurut pengiraan sahabat saya harga minyak Malaysia sepatutnya berada pada paras sekitar RM 1.85 hingga RM 2.05 berdasarkan harga minyak dunia terkini.

KESILAPAN besar kerajaan PLah telah mengganggu-gugat ekonomi negara... polisi menaikkan harga minyak dengan begitu drastik telah menyebabkan inflasi naik hampir 30% dan telah menyusahkan rakyat dan impak negatif pada ekonomi...

Kenapa kerajaan yang memiliki pakar ekonomi dan sebagainya gagal meramalkan trend penurunan harga minyak ini? Lihat saja keadaan sekarang apakah harga yang telah melambung tinggi ini dapat diturunkan oelh kerajaan selaras dengan penurunankembali harga minyak??? cukup kakitangan kah kementerian berkenaan menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan penurunan harga barang???

Jadikanlah ini sebagai ikhtibar kepada kerajaan... sepatutnya pakar-pakar ekonomi kerajaan membuat unjuran dan melihat kesan jangka panjang serta ramalan ekonomi dunia dan serantau... daripada situ barulah membuat keputusan yg menguntungkan negara... kalau dulu kerajaan hanya menaikkan harga minyak sekitar 30 sen saya yakin impak negatif pada ekonomi negara mungkin tidak berlaku... dan kerajaan BN tak lah kalah dengan teruk pada PRU 12 lalu...

Itulah dia gaya kepimpinan PLah and the gang... kadang kala terlalu terburu-buru membuat keputusan hinggakan tersalah membuat keputusan (kenaikan Harga Minyak)... kadang-kadang terlampau takut dan lewat membuat keputusan hinggakan nasi dah jadi bubur baru terhegeh-hegeh nak buat keputusan, bila teruk barulah nak haramkan tu dan ini (HINDRAF & Perkauman)...

Harap kerajaan dibawah pimpinan najib nanti akan menajdi sebuah kerajaan pro aktif dan tegas juga... cekap, pantas dan tepat dalam mengendalihan hal ehwal negara...

p/s : rindu kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir (corak pentadbiran yang menghampiri tahap kesempurnaan & begitu sesuai sekali dengan Malaysia yg berbilang bangsa)

Friday, October 24, 2008

PAK LAH MARAH : TUN TETAP DISANJUNGI

Tun Mahathir Mesra dengan Najib dan Muhyiddin... PLah sahaja yang syok sendiri - rasa dia paling bagus & bijak

Gambar di atas telah menceritakan segalanya... walaupun Tun M diluar UMNO sekalipun beliau tetap dihormati dan disanjungi oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Walau marah macam mana pun PLah, Tun tetap mendapat tempat di kalangan ahli UMNO dan Pemimpin negara...

Begitulah hebatnya Tun M. Lihat sahaja gambar Najib hadir (bakal PM), Muhyiddin (bakal TPM), dan ramai lagi pemimpin high profile UMNO turut hadir... mungkin mereka boleh belajar dari kesilapan PLAH iaitu WAJIB bagi mereka mendapatkan nasihat dan pandangan dari Tun M apabila mereka menjadi peneraju dan pemimpin tertinggi negara nanti...

Sememangnya bukan sahaja PLAH tidak mahu mendapatkan pandangan Tun M malahan berusaha membuang legasi projek Tun M dan merombak keseluruhan landasan yang disediakan Tun M demi menghapuskan pengaruh Tun M yang kononnya mahu mewujudkan ini adalah era PLAH... kesannya lihatlah PLAH telah "dipaksa rela" berundur sebelum tiba waktunya... kerana kegagalan dasar yang kononnya diperkenalkan beliau...


Marah dan terus lah marah wahai PLAH... sebelum marah orang lain marahlah pensihat bijaksana dikeliling PLAH terutama Khairy, Anuar Zaini, Kamaludin, Kalimullah dan Patrick... merekalah sebenarnya yg menjahanamkan dan membawa kehancuran karier politik PLAH...

Mungkin Pak Lah terkurung di dalam kotak dan tidak menyedari impak Tun M pada UMNO & negara... dan tidak sedar kesemua ahli UMNO, BN, rakyat & negara menyanjung Tun M... kini setelah pasti PLAh berundur semakin ramai pemimpin terutama dari tahap Tertinggi dan bawahan UMNO berani berjumpa dan hadir secara terang terangan bersama Tun M... kalau dulu bimbang di "kenakan" kerana menyokong Tun M...

Saya mendokan Tun M dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dan semoga Tun M dapat terus membantu kerajaan baru nanti berhadapan pelbagai cabaran dan isu demi menyelamatkan masa depan negara akhirnya...

Tun juga telah menjawab berkaitan isu PLAH marah-marah ni... di sini http://test.chedet.com/che_det/2008/10/bidas-membidas.html#more

Ikuti Petikan dari akhbar berkaitan isu ini... dibawah

PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.


“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?. (bercakap pun gagap... & tak ada point nak jadi TPM - lucu)

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.


Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya. (Marah Muhyiddin sbb muhyiddinlah dia terpaksa lepas jawatan awal)


– Bernama

ARKIB : 20/10/2008 UTUSAN

PM berhak tegur Mahathir

Perdana Menteri berhak menegur Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ia adalah suatu perkara biasa bagi membetulkan keadaan. – Datuk Seri Syed Hamid AlbarAhli Majlis Tertinggi UMNO

Tidak pernah berlaku orang luar mengatur pemilihan parti dan kalau berlaku pun tak patut benda itu berlaku. – Datuk Seri Mohamed Khaled NordinAhli Majlis Tertinggi UMNO

Tindakan Dr. Mahathir itu hanya akan menjejaskan tanggapan rakyat terhadap beliau sebagai seorang negarawan. – Datuk Ahmad Shabery CheekMenteri Penerangan

Orang luar jangan campur urusan dalaman UMNO dan biarkan orang UMNO sendiri membuat penilaian. – MOHAMED AZIZKetua UMNO Bahagian Sri Gading


ARKIB : 21/10/2008 UTUSAN

Rais kecewa ramai kritik Tun Mahathir


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak-pihak tertentu yang mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan mengenai UMNO. Beliau menyifatkan tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana Dr. Mahathir boleh membuat apa juga kenyataan mengenai UMNO.

‘‘Tun Mahathir sudah menerajui UMNO selama 23 tahun tetapi saya sedih banyak pihak menghentam beliau hanya kerana beliau membuat kenyataan mengenai UMNO.

‘‘Ini tidak sepatutnya berlaku atau menjadi isu kerana beliau berhak untuk menyuarakan apa sahaja mengenai UMNO,’’ katanya kepada pemberita selepas Program Pertukaran Kebudayaan Rakan Malaysia anjuran Kementerian Luar di sini hari ini.

Rais menegaskan, jika ada pihak-pihak tertentu tidak puas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir, mereka boleh bertemu dengan beliau (Dr. Mahathir) secara bersemuka.

Di samping itu, Rais berkata, amalan politik wang masih berleluasa pada persidangan perwakilan bahagian yang sedang berlangsung di seluruh negara.

‘‘Jika amalan itu tidak dibendung ia boleh menjejaskan imej UMNO sebagai parti politik terbesar di Malaysia,’’ jelasnya.

Bagi menangani masalah itu, kata beliau, Akta Suruhanjaya Antirasuah yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hujung tahun ini diharap dapat membendung gejala itu daripada terus berlaku.

‘‘Jika amalan politik wang tidak dibendung, UMNO boleh musnah dan berkubur,’’ katanya.
Rais yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden masih belum melepasi kuota kelayakan jawatan itu sebanyak 20 pencalonan.


Beliau hanya memperoleh enam pencalonan setakat ini selepas 66 daripada 191 bahagian yang bersidang.

Anwar Tangguh Kerajaan Baru : Alasan Raih Simpati

Sumber Akhbar SINAR 24 Oktober 2008

Nota :

Anwar terus menerus melakukan lagi pembohongan untuk memastikan rakyat terus terperdaya menyokongnya kononnya perubahan kerajaan bakal berlaku...

Apapunya pemimpinlah yang suka bermain wayang, dan menipu secara terang terang terangan dan yang sedihnya ada rakyat yang masih percaya segala janji Anwar ni...

Ikutilah berita ini bersama ulasan (kaler biru)... kalau ada yg masih mahu terus menyokong pemimpin munafik ini silakan... silakan terus melayan aksi lawak yang terbaru dihidangkan oleh pelokon terkenal ini...

Isu ekonomi negara lebih penting

KUALA LUMPUR - "Cukuplah mengenai isu ini, kami sedang berusaha ke arah itu. Kami mahu ia menjadi satu kejutan,” itulah yang diluahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya wartawan mengenai pelan peralihan kuasa kerajaan persekutuan yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada awal Disember nanti.
(Dulu kata sebelum ogos 2008 selepas itu 16 September sekarang sebelum AidilAdha selepas ini bila pulak??? mungkin lepas ni pada Hari Valentine 2009... selepas itu tak jadi lagi pada Hari jadi Anwar pula... dan tak jadi lagi sempena tahun baru 2010 pulak... tak jadi lagi alamat sampai bilalah penuh janji-janji palsu... kesian penyokong Anwar pun tertipu buta-buta dan percaya pulak tu... iskh iskh)

Beliau berkata demikian kerana menyifatkan perkara yang lebih penting sekarang adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara daripada terus terjerumus dalam kemelesetan pasaran kewangan global.“Jangan bercakap mengenai isu ini lagi, kerajaan hanya buat jenaka terhadap isu ini,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet Pakatan Rakyat 2009.
(Bukan kerajaan jadikan bahan jenaka seluruh negara jadikan isu ini bahan jenaka... Anwar dah dapat 32 kerusi dari IKEA & Courtmamonth... angkat sumpah tp depan gambar Agong shj... Anwar terkena penyakit "gila kuasa" dan macam-macam lagi... yelah kemaruk sgt nak jadi PM)

Selain itu jelasnya, PR tidak terburu-buru untuk melakukan peralihan kuasa kerana masih banyak isu lain yang lebih penting.“Disebabkan masalah ekonomi semakin teruk, kita mesti bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan negara selamat,” ujarnya.
(Konon bekerjasama dengan kerajaan... apa kerjasama tu??? Anwar terus memburukkan malaysia di luar negara hinggakan ramai pelabur bimbang nak melabur di malaysia... hingga negara kita menghadapi tekanan ekonomi. Nasib baik ekonomi dan kewangan negara begitu kukuh...apakah itu kerjasama yg Anwar maksudkan???

Konon pentingkan ekonomi negara konon sebenarnya itu alasan agar rakyat terus terbuai kononnya pertukaran kerajaan akan berlaku... kalau rakyat terus sokong dan percaya dengan pembohongan demi pembohongan Anwar ni... iskh iskh kesian merelakan diri terus di tipu)

Tambahnya, selain beberapa pilihan peralihan kuasa yang telah gagal, beliau menyifatkan pilihan peralihan kuasa melalui Perlembagaan Negara yang sah untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar juga telah ditolak Perdana Menteri.
(Apa punya Cerita ni PM tolak apa??? Bila bincang PM tak pernah bincang dengan Anwar si badut pun...Atau pasal surat dari Anwar yang konon minta PM serah kuasa secara aman ke??? ini kes bohong besar... surat yang Anwar bagi PM isinya hanya surat umum yang minta kerajaan jaga ekonomi, kestabilan hubungan kaum, perpaduan negara dan tak ada langsung sentuh minta PM buat penyerahan kuasa pada Anwar sebab si badut dah ada 30 ahli parlimen nak masuk pembangkang...


JELAS ANWAR PEMBOHONG BESAR... kalau betul dah ada cukup ahli parlimen yang nak join jadi badut, buatlah usul undi tak percaya di parlimen Anwar pun tahu prosedur betul kalau nak tumbangkan kerajaan melalui proses di Parlimen... KENAPA TAK BUAT??? kalau betul memang dah ada saya pasti anwar dah bertindak silap-silap buat demo di PUTRAJAYA... betul tak???

Sebenarnya tak ada! tak wujud! INI SEMUA PEMBOHONGAN demi terus mengekalkan momentum sokongan pada Anwar si badut. Yang pasti rakyat dah makin sedar... percayalah pembohongan demi pembohongan disertakan fitnah akan di lakukan Anwar dan pembangkang... kepada rakyat cukuplah untuk merelakan diri terus ditipu.. anwar memang sebegitu dari dulu... tinggalkan sebuah perjuangan kosong ini...)

Sementara itu, mengulas mengenai peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menyifatkan UMNO tidak akan kukuh di bawah kepimpinan Najib.“Najib tidak akan mengukuhkan UMNO, beliau hanya jadi Presiden UMNO tetapi tidak akan menjadi Perdana Menteri yang disokong rakyat,” kata Anwar.
(Abis kalau ganti dengan Anwar negara jadi lebih baik ke? alamat jahanam negara pastinya hak-hak org melayu akan digadaikan kepada DAP... Ekonomi pula dibuka seluasnya kepada sahabat baik Anwar yg membantunya selama ini AMERIKA jahanam ekonomi kita dijajah pulak... huru-haralah negara gamaknya...


Apakah kita mahu mempertaruhkan nasib anak cucu dan generasi mendatang kepada org sebegini... baru menang di beberapa negeri tengok mereka sudah naik tocang banyak hak melayu tergadai tengok perak dan selangor... Cina selamba persoal macam macam dai bab agama hinggalah hak keistimewaan melayu... Anwar jadi PM alamat kiamatlah Malaysia)

Terdahulu, pada 9 Oktober lepas, Anwar telah membuat kenyataan di Kota Bharu bahawa beliau meletakkan sasaran baru peralihan kuasa pada Hari Raya Korban Disember nanti.
(Teruskan bermimpi... teruskan percaya kepada hikayat yang melalaikan bangsa melayu untuk bersatu dari bangun mempertahankan hak mereka... teruskan... hingga janji hanya tinggal janji.


Sedarlah Anwarlah perosak perpaduan bangsa melayu dan pengkhianat sebenar melayu yg sanggup menjual hak bangsa melayu demi menagih sokongan supaya dia menjadi pemimpin... Anwar telah menghalakan apa jua cara demi berkuasa walau haram disisi islam... pemimin yang taksub sebeginikah anda nak letakkan nasib anda dan keluarga anda??? sedarlah sebelum terlambat...)

Thursday, October 16, 2008

PKR : RASUAH & SEX DIHALALKAN DEMI DAPAT & KEKAL KUASA

Sumber Mymassa

Nota: Kalau rakyat tak nampak juga drama dan manipulasi oleh mereka-mereka yang berjuang demi merampas kekuasaan negara dengan menghalalkan apa jua cara termasuk yg haram dalam ISLAM tak tahulah nak kata apa... fikirlah sedalamnya...

Sebelum ini penulis ada mengulas tentang Skandal Seks & Rasuah ‘Tanah’ Pakatan Rakyat Perak yang hangat diperkatakan. Zul Hassan, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan Fairul Azrim Ismail telah mengaku melakukan zina dan dengan jahilnya menyamakan habuan seks dengan amalan sedekah yang sangat dipandang tinggi dalam syiar Islam.

Dalam ulasan penulis di artikel sebelum ini, penulis dapat mengagak betapa barisan kepimpinan Pakatan Rakyat akan memberikan seribu satu alasan dan bentuk penafian demi menghalalkan kelakuan dan perangai buruk mereka. Lebih jahat lagi mereka-mereka ini menuding jari kepada pihak kerajaan tanpa mahu mengaku hakikat dan fakta yang sebenar.

Fakta bahawa mereka telah melakukan zina nampaknya cuba dialihkan dengan tudingan jari bengkok mereka itu ke arah kerajaaan. BPR dipersalahkan dengan segala bentuk tohmahan. Ada fitnah menyatakan pegawai BPR bersekongkol dengan kerajaan. Macam-macam!

Bila kena atas batang hidung mereka, pelbagailah alasan nak melepaskan diri. Dan dalam masa yang sama secara fakta sebenarnya mereka telah menerima rasuah berbentuk seks. Itu fakta yang perlu semua pembaca pegang.

Beberapa siri reaksi pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan betapa mereka masih lagi mahu menipu rakyat dengan tidak mengaku bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Reaksi pemimpin PKR yang lain pula dilihat cuba untuk mempertahankan perbuatan yang jelas sangat salah dari segi hukum Islam mahu pun moral.

Mari kita lihat reaksi pemimpin Pakatan Rakyat dalam menegakkan benang yang basah.

Reaksi Timbalan Pengerusi PKR Perak

“Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan'''

Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

''Saya boleh komen setakat itu sahaja,'' katanya pada satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.”(Dipetik dari BERNAMA, 26 September 2008) (
klik di sini)

Reaksi Ketua Umum PKR

Lebih buruk lagi apabila perangai jahil hukum hakam agama pemimpin PKR ini seakan direstui oleh Ketua Pakatan Rakyat iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui petikan kenyataannya iaitu:


“Pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang dalam Islam," katanya. (Dipetik dari mSTAR 26 September 2008) (klik di sini)

Beginikah caranya mengulas sesuatu yang jelas salah dalam Islam? Inilah cara yang selalu digunakan oleh pemimpin PR apabila berdepan dengan segala kesalahan. Mereka akan mengalihkan isu tersebut dengan sesuatu yang dianggap lebih baik.

Rakyat yang cerdik pandai akan dapat mengesan modus operandi mereka ini. Namun bagi rakyat yang terlalu taksub, penulis percaya akan termakan dengan segala bentuk pemesongan (divert) dari isu pokok iaitu pemimpin PR tersebut telah melakukan zina dan menerima rasuah seks.

Tiada nampak baiknya dengan mengaku dan pengakuan itu pula diagung-agungkan sebagai sesuatu yang mulia. Perlakuan zina dan rasuah pula sudah jadi perkara kedua. Kepada semua pembaca, penulis ingin mengingatkan bahawa kesalahan zina dan rasuah bukan boleh ditutup dengan keberanian pengakuan. Pengakuan berani itu pula nak diagungkan.

Bagi penulis, pengakuan tersebut adalah disebabkan terdapatnya bukti kukuh BPR. Jika BPR tidak mempunyai bukti berbentuk gambar dan sebagainya maka dengan mudah pemimpin PR ini cuci tangan dengan senyum simpul kejayaannya memperbodohkan rakyat.Jangan pula selepas ini pemimpin PR mendakwa tidak cukup 4 orang saksi yang tidak fasik maka tiada kes untuk dibicarakan. Dan BPR pula diseret dengan tuduhan khazaf di Mahkamah Syariah. Haru!

sumber: http://kembarapolitik.blogspot.com/

ISLAM DICABAR : MANA PEMBELAAN UNTUK AGAMA ISLAM???

Petikan dari Mymassa

Nota : Apa sudah jadi??? Islam dicabar secara terbuka dan terang-terangan oleh golongan kafir harbi... Apakah PAS telah membutakan mata demi kekuasaan dengan menggadaikan prinsip "MEMBELA ISLAM" & terus membenarkan diri diperkudakan dan dinodai oleh DAP... Dunia akhir zaman... Islam terang-terangan terus dicabar tanpa pembelaan yg utuh & Islam juga sanggup digadaikan dan dijadikan alat untuk mendapatkan kekuasaan (PAS)...

Renung-renungkan, selamat berjuang

Timbalan Pengerusi DAP Pernah Bangkitkan Isu Azan

Apakah PAS terlupa bahawa DAP pernah membangkitkan isu azan?




Dr Siti Mariah Mahmud (AJK PAS Pusat, Ahli Parlimen Kota Raja) telah membuat laporan polis berhubung isu azan di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi, 11 September 2008. Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir Toyo mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Berikut adalah surat berkenaan petisyen azan di Masjid Bandar Kinrara, Seksyen 5, Puchong.


Seramai 186 orang menandatangi petisyen ini mengadu tentang pembesar suara di masjid terbabit.

"Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ. Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam." ujar Steven Ee (wakil penduduk yang menulis surat bantahan) kepada Malaysiakini.

Apakah masjid tersebut menggunakan pembesar suara yang berlainan untuk azan Subuh dan bacaan ayat Al-Quran sebelum Subuh?

Baca ulasan Tan Seng Giaw berkenaan azan blognya.



"Today (25 October, 2005) while debating the budgetary allocation for the Prime Minister's Department such as RM225,905,000 for Jakim, I asked the department to interpret azan which arises from a revelation through a dream. Azan is from al-i'lam (announcement) or an-nida (call). I hope Jakim will interpret the term as it appears in the Koran such as Surah IX Repentence,3; Surah XXII The Pilgrimage,27; Surah V The Table Spread, 58; Surah XVIII The Children of Israel, 110 and The Story of Bukhari and Muslim.

Surah IX Repentence, 3: "And a proclamation from Allah and His messenger to all men on the day of the Greater Pilgrimage.....". Surah XXII, The Pilgrimage, 27: "And proclaim unto mankind the Pilgrimage....." Surah V, The Table Spread, 58:" And when ye call for prayer....." Surah XVIII, The Children of Israel, 110: Say (unto mankind): Cry unto Allah, or cry unto the Beneficent, unto whichsoever ye cry (it is the same). His are the most beautiful names. And thou (Muhammad), be not loud voiced in thy worship nor yet silence therein, but follow a way between."

Dewan Pemuda PAS pernah mengecam DAP berkenaan dengan isu azan dalam satu artikel yang ditulis oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dalam Harakahdaily pada 17 April 2007.


Beliau kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini.

Tan Seng Giaw juga pernah memprotes tulisan jawi pada papan tanda nama jalan bersama dengan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.Tan Seng Giaw pernah membangkitkan isu azan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007.

Apakah ini sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan 'Interfaith Council' (IFC)?. Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut.

Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan? Apa pandangan orang orang PAS ? Sama pendirian dengan Dr Mariah atau mengikut pandangan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan?

Thursday, October 9, 2008

PAK LAH BERUNDUR : KEGAGALAN PAK LAH KERANA PENASIHAT

Khairy : Ekonomi, Stategi & Segala-Galanya

Anuar Zaini : Politik

Patrick Lim : Kontraktor
Kamaludin : Pentadbiran


Kalimullah : Media Dan Penerangan


Petikan dari blog dunia Tiger KISAH SERIBU SATU NASIHAT (1)

Seperti yang saya jangka, selepas Paklah mengumumkan hasratnya "mengundurkan diri" semalam, ramai yang akan memuji beliau terutama tindakannya yang mengutamakan kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ramai yang menyifatkan Paklah seorang pemimpin yang baik tetapi kritikan terhadap sebarang "kelemahannya" berpunca daripada mendengar salah nasihat daripada orang tertentu. Bagi mereka Paklah mendengar daripada "punahsihat" bukannya penasihat.

Oleh itu, tidak hairanlah selepas ini banyak tulisan atau pandangan terutama daripada blogawan yang akan melondehkan siapakah "punahsihat" ini yang dikatakan telah meranapkan kerjaya politik seorang ahli politik veteran.

Buat permulaan, ikutilah tulisan seorang blogawan - Maharaja Blogger.

Hari ini (8 Oktober 200) terbukti Abdullah Badawi tidak lagi mendengar nasihat orang orang yang kerana nasihat mereka telah membawa kepada keruntuhanya, yang memaksanya berundur secara terhormat dalam keadaan yang tidak popular.

Seluruh rakyat mengangkat topi memberi hormat kepadanya kerana pada akhirnya beliau mendengar suara mereka dan kata hatinya sendiri dan tidak lagi mendengar nasihat seorang dua.

Beliau ternyata membuat keputusannya sendiri apabila mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO yang menjadi jambatan kepada jawatan Perdana Menteri.

Beliau sedar sokongan yang ditunjukan kepadanya pada saat saat terakhir menjelang pengumumannya yang bersejarah itu adalah dipentaskan.Amat jelas bahawa penasihat pernasihatnya telah mengetahui lebih dahulu keputusan itu apabila Portal Berita Malaysian Insider yang dikendalikan oleh Kalimullah Hassan sahabat karib kepada menantu Abdullah , Khairy Jamaluddin telah pun membayangkan bahawa Abdullah tetap akan berundur demi untuk kepentingan perpaduan party dan kestabilan ekonomi negara.

Penasihat penasihat ini telah berusaha sehingga saat terakhir untuk memujuk Abdullah Badawi supaya jangan berundur tetapi bila Abdullah membuat keputusan mereka menuding jari kepada orang lain sebagai penghalang Abdullah berhenti yang mereka sifatkan sebagai gulongan yang terpaksa bergantung kepada Abdullah dari segi kepentingan diri, perniagaan dan kedudukan.

Merekalah yang menguruskan penyokong penyokong untuk mengunjungi Abdullah di Sri Perdana dan juga berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri dan di luar dewan pertemuan dengan pemimpin pemimpin BN untuk meneriakan sokongan dan meminta Abdullah jangan berundur.

Dengan itu tangan mereka sendiri yang telah kotor dengan dosa dosa yang membawa kepada kemarahan orang kepada Abdullah tersembunyi.

Sekian lama mereka telah menggunakan media perdana NST,Berita Harian dan TV3 untuk memperjuangkan isu isu sensitif yang menyinggong perasaan pemimpin pemimpin UMNO dan orang Melayu dan membangkitkan perasaan Hindunisme dibawah kebebasan baru yang mereka sendiri dorongkan kepada Abdullah.

Berapa ramai anak anak Melayu yang telah meninggalkan NST kerana merasa terhina dengan penguasaan yang ditunjukan oleh wartawan wartawan India dan keturunan India .

Bahawa keberanian Hindraf mencemarkan kesucian Hari Raya yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah hasil pembinaan kebesaran dan keagungan Hindunisme menerusi promosi pemberitaan,penulisan dan keterbukaan NST sehingga kaum minority di negara ini merasa lebih besar dari gulongan majoriti , sehingga isu kuil menjadi lebih penting dari isu azan dan masjid.

Akhbar akhbar lain hanya mengambil isyarat dari akhbar ini untuk menjalankan kempen yang sama kerana NST diketahui sebagai mempunyai hubungan paling rapat dengan kuasa tertinggi.Beberapa rencana yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider menjelang pengumuman pengunduran Abdullah, telah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak turut bertanggungjawab diatas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu dan juga kekalahan yang memalukan di Permatang Pauh.

Najib juga dituduh berkonspirasi dalam usaha untuk menyingkirkan Abdullah Badawi lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan. Perlu disebutkan selepas Pilihanraya Mac lalu, apabila kekalahan besar BN di pertanggungjawabkan kepada Abdullah ,tiba tiba NST menyiarkan permohonan maaf Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishamuddin Onn kerana menghunus dan menjulang keris yang menakutkan orang bukan Melayu.Tindakan Hisham ini diikuti dengan rencana pengarang muka hadapan serentak di NST dan Berita Harian (terjemahan dari NST) yang menunjukan Hisham turut bersalah menyebabkan orang bukan Melayu menolak BN dan bukan hanya kerana kesilapan dan kelemahan Abdullah.

Hisham terpaksa mematuhi arahan"Ketua" meminta maaf bagi kali kedua tetapi telah menjual maruahnya sebagai Ketua Pegerakan Pemua UMNO Malaysia . Siapakah yang memberikan fikiran kepadanya untuk berbuat demikian?.Tanyalah dengan Hishamuddin.Demikianlah kuasa penasihat penasihat Abdullah Badawi yang mengatasi kuasa menteri kerana didodorongkan oleh keghairahan untuk menunjukan bahawa Abdullah Badawi lebih baik dari Dr.Mahathir dengan memberikan demokrasi baru, kebebasan dan keterbukaan yang tidak terbatas kunonnya mengikut aliran globalisasi , menganjurkan Monsoon Cup untuk menyaingi FI dan projek raksaksa Koridor Selatan ,Utara dan Pantai Timur untuk menyaingi Purtra Jaya.

Tetapi tindakan yang tidak berasaskan kematangan dan kebudakbudakan tidak membantu menaikan imej Abdullah Badawi sebaliknya lebih banyak menghakiskan kewibawaannya dan semakin menjauhkannya dari dasar dan inspirasi nasional dan kejatian diri parti dan rakyat di akar umbi. Melihat keburukan hubungan kaum yang meningkat maka dalam ucapan Selamat Hari Raya baru baru ini Abdullah telah mengumumkan pengunduran dari euphoria kebebasanyang diberikan. Katanya kebebasan perlu dikawal.

Tidak cukup dengan kerosakan ini , pada saat saat terakhir Abdullah Badawi hendak mengumumkan untuk tidak mempertahankan kedudukannya , penasihat penasihat telah mengatur sokongan yang menampakan seolah olah Abdullah terpaksa bergantung di dahan rapuh , selain dari sokongan orang orang "masakan segera", juga disebutkan oleh akhbar mereka sokongan dari UMNO bahagian yang di ketuai oleh bekas Menteri Besar Kedah Syed Abdul Razak yang karier politiknya dimusnahkan oleh TV3 sendiri.

Mereka jugalah yang menasihatkan Mohd Zahid Hamidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mencabar bakal calun Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin setelah mereka pasti bahawa Abdullah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan Najib akan mengambilalih. Zahid memberitahu rakan rakannya beliau diarahkan.

Mereka menyangka ini suatu kebijksanaan politik tetapi inilah suatu kerakusan dan kebodohan politik yang tidak ada taranya yang dengan jelas menampakan perbuatan untuk membalas dendam kepada Muhyiddin yang berani mencetuskan kebangkitan UMNO untuk meminta Abdullah berundur lebih awal.

Strategi yang diatur ini mudah dibaca dan akan menyebabkan orang ramai mempunyai prasangka buruk terhadap tangan yang mudah nampak walaupun tersembunyi.

Seorang lagi yang menjadi mangsa hukuman politik mereka ialah Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor yang sejak sebelum pilihanraya telah menjadi sasaran utama kecaman dan serangan dari TV3 atas berbagai isu . Sekarang dengan jelas di ketahui sebabnya ialah oleh kerana Toyo telah dijangka akan menjadi pencabar hebat kepada Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Maka itu pengaruhnya mesti dikikis dan dibunuh lebih awal.

Sesungguhnya dosa penasihat penasihat ini terhadap Abdulah Badawi, terhadap Barisan Nasional, terhadap pemimpim pemimpin UMNO dan khusususnya parti UMNO sendiri sangat besar.

Mereka telah mencemarkan karier politik Abdullah Badawi,mereka menghancurkan tunggak perpaduan yang diletakan oleh Perdana Menteri Kedua ,Tun Abdul Razak dan meruntuhkan kemuliaan dan maruah bangsa yang dibina oleh Dr.Mahathir Mohammad.

Dosa mereka akan luput dari pandangan dalam masa yang berlalu tetapi kemusnahan yang mereka lakukan akan mengambil masa yang amat panjang untuk diperbaiki dan dibangunkan semula.

Abdullah Badawi telah mewarisi dari tangan Tun Dr.Mahathir sebuah negara yang mantap , makmur , mewah , bermaruah dan rakyat yang berada dalam semangat yang cukup tinggi tetapi Najib Tun Abdul Razak akan mewarisi sebuah negara yang berada dalam krisis keyakinan , perpecahan dan ketidak tentuan politik dan ekonomi.

(Renungan Rimau : Zainal Kassim atau C-BOK pernah menulis mengenai siapa itu sebenarnya "penasihat". Layarilah blog beliau.)

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.