Tuesday, August 10, 2010

PENIAGA MELAYU DITINDAS - SUDAH BERMULA DAP GUNA TEORI TERSUSUN SINGAPURA PINGGIR DAN RAMPAS PULAU PINANG DARI MELAYU

Sekumpulan peniaga Melayu memprotes tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melarang mereka berniaga di gerai masing-masing dalam bangunan Komtar sewaktu bulan puasa.

Kumpulan tersebut, yang diketuai Persatuan Peniaga Komtar (KMA), berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di tingkat tiga awal pagi ini.

Kira-kira 10 anggota polis memantau keadaan di situ tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Seramai 27 peniaga terbabit, mendakwa bahawa pengerusi jawatankuasa pemulihan Komtar dan ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat keputusan melarang mereka berniaga di gerai masing-masing.

Mereka berkata, mereka hanya dimaklumkan mengenainya semalam, ssedangkan mereka sudah membuat persiapan untuk berniaga dalam bulan puasa.

Naib pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, jika masalah itu tidak diselesaikan hari ini, mereka akan mengadakan demonstrasi yang lebih besar.

"Kami mahu bertindak langkah demi langkah. Jika terlalu ramai orang, sukar untuk mengendalikan situasi," katanya.

Menurutnya, perhimpunan sewaktu hujung minggu akan disertai lebih ramai orang. Kurang daripada 100 orang menyertai perhimpunan hari ini.

Pengerusi biro ekonomi Pemuda Umno negeri, Aziaan Ariffin menuduhkan kerajaan negara mendiskriminasi peniaga kecil Melayu.

"Selepas kerajaan negeri merobohkan gerai penjaja Melayu, sekarang ia menghalang pula peniaga Melayu daripada mencari makan," katanya kepada wartawan.

"Ini menunjukkan bahawa para pemimpin DAP mengamalkan pilih kasih dan memaparkan sikap yang sangat rasis. Pemuda Umno Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," katanya.

Sementara itu, pengurus kanan PDC Properties, Mohd Bazid Abdul Kahar pula berkata, keadaan tersebut tidak ada kena mengenai dengan soal perkauman. - Tetapi lebih kepada menjalankan keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (DAP lah yang buat keputusan! BODOH)
.

1 comment:

Melayu Pasir Gudang said...

Aku tak faham apa yang di tunggu lagi oleh KDN nie. Tidakkah tindakan-tindakan ini semua menimbulkan ketidaktenteraman kepada awam banyak bukti-bukti yang telah nyata kearah pengasingan Pulau Pinang dengan Malaysia, apa lagi tungguuuuuuu. Atau istiharkan darurat aje.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.