Wednesday, August 4, 2010

PAS HALAL PERKARA SYIRIK - SIAPA NAK TANGGUNG DOSA???

PAS sokong kalimah Allah digunakan bukan Islam... Sekarang PAS turut ikuti dan halakan upacara syirik "Candle Light Vigil"... apa cerita ni???

Dulu PAS kecoh tentang amalan kerajaan letak bunga di tugu Pahlawan... sebab katanya syirik lah... sampai kerajaan sekarang buat keputusan amalan itu dihentikan...

Sekarang ni PAS HALAL kan Kalimah Allah digunakan orang bukan Islam - kerana dijangka disalahgunakan untuk memurtadkan org Islam... dan kini PAS halalkan uapacara syirik 'Candle Light Vigil'... cuba tengok tahap kesyirikan yang dibawa PAS masyaAllah jauh lebih hebat... itulah katanya "semua HALAL untuk PAS termasuk perkara yang salah ... semua HARAM bagi UMNO walau perkara yang dilakukan baik"

FIKIRKAN SEMUA...

Orang Islam Menyertai Candle Light Vigil! Apa Komen PAS?

Posted by Cucu Tok Selampit

Sedih melihatkan Bangsa Melayu Beragama Islam menyalakan api lilin dan menyertai upacara "candle light vigil" untuk memperingati 5o tahun Akta ISA diperkenalkan. Mungkin mereka jahil dengan hukum hakam Agama Islam atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian, tradisi yang boleh mengugat akidah Umat Islam seharusnya dielakkan. Masih banyak jalan dan cara untuk menangani perkara ini dan bukannya dengan menyertai upacara syirik ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Rujukan: e-Fatwa, JAKIM.
Mungkin Mursyidul Am PAS yang terkenal, Dato'Nik Aziz Nik Mat boleh menasihatkan umat-umat Islam yang menyertai perhimpunan haram ini semalam di beberapa tempat seperti Amcorp Mall, Petaling Jaya, Georgetown, Penang dan Ipoh, Perak agar menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan keimanan seseorang.

Atau fatwa yang sama dikeluarkan olehnya iaitu :

"Al Harammu Buatmu, Al Halali Buatku." - MOTTO PAS DALAM POLITIK!
.
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.