Tuesday, August 17, 2010

RAJA PETRA SEBAR FITNAH BANTU TEAM PEGUAM TANGGUH BELA KES ANWAR LIWAT

Hidup gaya barat ermmm... semua terbuka dan dibuka he he he... patut tak kisah apa Islam ajar... Fitnah itu biasa bagi RPK! MASIH MAU IKUT & PERCAYA KA???

Si blogger Upahan PKR, Raja Petra Kamaruddin (RPK) sekali lagi sekali lagi mengunakan tektik dan isu yang sama yang pernah beliau lakukan sebelum ini dengan mewujudkan skandal dan hubungan sulit di dalam "team" pihak pendakwaraya.

Fitnah RPK sebelum ini dengan mengadakan cerita skandal "hubungan sulit" di antara saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Penolong Pendakwaraya Farah Azlina Latif.

Dakwaan tersebut menyebabkan kes liwat Anwar Ibrahim TERTANGGUH LAGI apabila pihak peguam tangguh menggunakan isu skandal atau hubungan sulit tersebut untuk menggugurkan kes berkenaan ( tak takkan dapat just taktik untuk tanggu).

Kali ini beliau telah memulakan skandal fitnah terbaru terhadap Peguam Negara, Abdul Gani Patail. Di dalam posting blognya bertajuk "Okay, what about this affair then?", RPK telah mendakwa Abdul Ghani mempunyai hubungan romantik dengan "AG Chambers' Head of International Affairs", Azailiza Mohd Ahad. RPK mendakwa hubungan Abdul Ghani-Azailiza bukan lagi satu rahsia. Dakwaannya, Abdul Ghani dan Azailiza kerapkali membuat lawatan ke luar negeri dan tinggal sebilik. Baca blog RPK, Malaysia-Today untuk fitnah selanjutnya.

Teknik yang digunakan oleh Blogger Upahan PKR yang juga merupakan banduan dalam buangan ini amat mudah untuk dibaca. Beliau akan cuba mewujudkan dan mengada-adakan satu hubungan sulit di dalam kem pihak pendakwaraya atau melibatkan Jabatan Peguam Negara.

Dengan ini beliau dan sekutu-sekutu peguambela-peguambela Anwar Ibrahim hanya perlu menunggu Peguam Negara dan anak buahnya untuk "melompat". Sekiranya mereka melayan dakwaan tersebut, sudah pasti banyak masa yang akan dihabiskan untuk membicarakan skandal atau hubungan sulit ini. Banyak lagi masa mahkamah akan terbuang dan perbicaraan akan tertangguh dari sehari ke sehari dan dari sebulan ke sebulan. Yang keduanya, Anwar Ibrahim tahu beliau tidak akan memenangi kes liwatnya jika dibicarakan secara adil. Dengan itu, si pengecut ini akan cuba mengugurkan kes liwat beliau dengan mewujudkan hubungan sulit dan skandal seperti Saiful-Farah dan Ghani-Azailiza.

Kenapakah Rakyat Malaysia masih percayakan apa yang ditulis oleh blogger upahan Raja Petra Kamaluddin yang fasik dan munafik ini. Lihatlah kehidupannya. Seorang penagih arak tegar yang tidak pernah mengenal tikar sembahyang, isteri sendiri berpakaian tidak senonoh dan telah beberapa kali membuat cubaan hendak membunuh diri. Anak pula jangan cakaplah. Kalau ada anakpun merupakan seorang banduan.

Cakap seorang fasik dan munafik inikah yang hendak kita pegang? ISLAM TAK AJAR BEGITU KECUALI ISLAM ANUTAN PAS... Jangan bimbang kalau anda tak nak ikut prinsip PAS iaitu "Niat menghalalkan cara" tinggalkan PAS laksanakan taubat 'Nasuha' kembalilah pada Islam sebenar...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.