Monday, August 16, 2010

PESTA ARAK DI SELANGOR BULAN RAMADHAN : MANA PAS DAN HASAN ALI MINUM SAMA KA???



PAS Beri Kelulusan

Dalam sibuk sibuk Hasan Ali mengatakan Noh Omar alim-alim kucing kita mungkin menjangkakan sesuatu tindakan akan diambil oleh Exco Agama Selangor ini sekurang-kurangnya masa pusat-pusat hiburan ini ditutup lebih awal.Kalau sebelum Ramadhan pusat tersebut ditutup pukul 3 pagi mungkin Hasan Ali boleh menasihatkan sparing partner beliau Ronnie Liu supaya ditutup lebih awal.

Walaupun tahap kebacaulan Hasan Alu terhadap Ronnie Liu terselah dalam isu arak sebelum ini sekurang-kurangnya beliau mengambil sedikit iktibar diatas desakan daripada Noh Omar.Antara kebaikkan yang boleh diambil kira adalah kurangnya risiko kemalangan terhadap orang-orang Islam yang keluar mencari makanan untuk bersahur.Kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pelajar UITM yang dilanggar oleh Adun Sekinchan yang dilaporkan didalam keadaan mabuk ketika memandu.

Sekiranya pusat-pusat maksiat ini ditutup pukul 3 maka berduyun-duyun keluar pendokong Hasan Ali dan mereka-mereka ini sudah tentu didalam keadaan huru hara selepas meneguk air setan yang menjadi punca Hasan Ali dimarahi Ronnie Liu.Pada masa yang sama akan keluarlah anak-anak bujang Islam beramai-ramai mencari tempat untuk bersahur di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan untuk menjamu selera.Dalam pada itu pendokong Hasan Ali juga menuju ketempat yang sama tetapi dengan cara pemanduan yang berbahaya penangan air setan junjungan Ronnie Liu.

Cuba kita bayangkan apakah akan terjadi kepada anak-anak bujang Islam andai mereka dilanggar oleh pendokong Hassan Ali dan Ronnie Liu ini.Tidakkan ini akan menjadi satu risiko kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk bersahur.Jangan bercerita perkara diluar bulan Ramadhan kerana majoriti mereka yang keluar sehingga subuh tidak seramai ketika bulan Ramadhan.

Itu baru bercerita tentang risiko untuk bersahur, apa yang aku ingin katakan sebenarnya adalah sikap biadap dan kurang ajar pemimpin Pakatan Selangor yang membenarkan penganjuran pesta arak yang dijadualkan akan diadakan di Asia Gate Subang pada 12 Ogos.Apa yang lebih menarik adalah masa untuk diadakan pesta bir tersebut diadakan adalah hampir dengan masa berbuka puasa untuk orang-orang Islam.Adakah tiada lagi masa yang sesuai untuk diadakan pesta bir ini? Adakah mereka ini cuba bermain dengan sentimen agama seolah-olah mahu membuktikan bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang Islam Selangor?

Apakah tidak akan ada orang-orang Islam yang bertaraf kaki mabuk hadir dimajlis itu nanti? Apakah tujuan pesta arak percuma ini diadakan dibulan puasa dan waktu yang hampir dengan masa berbuka?

MANA ISLAM YANG PAS SELANGOR CANANGKAN TU???
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.