Sunday, August 22, 2010

TELUR LIM GUAN ENG KECUT : MELAYU SUDAH MULA MENGAMUK

Tuhan balas 'cash' keangkuhan "Pinochio" Lim ... SB juga selamatkan


Baru-baru ini juga, seorang lelaki, Ali Ahmad Ariff, 63, terpaksa bersemuka dengan Guan Eng sendiri bagi mendapat penjelasan daripada mulut pemimpin itu sendiri mengenai beberapa isu khususnya yang melibatkan orang Melayu.

Lelaki tersebut yang juga dikenali Pak Ali sempat menepuk bahu kiri Guan Eng berikutan tidak puas hati dengan Ketua Menteri itu yang didakwa bersikap rasis dan menindas orang Melayu di negeri ini.

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP) di tingkat dua Menara Komtar.

Ingat dah kena sekali, dahlah. Rupanya kena lagi ...
Dan yang terbaru, kenderaan yang dinaiki Guan Eng diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau.

Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan.

Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam

Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.

Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang.

Pada masa sama, seorang lelaki yang sangat dikenali rakyat negeri ini memerhatikan Guan Eng dengan reaksi yang amat marah.

Justeru, pasukan Cawangan Khas yang menyaksikan perkara itu meminta pihak pengurusan masjid menasihatkan Guan Eng supaya pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dan beliau akur dengan permintaan itu.
Itulah angkuh sangat ...
The Star sebelum ini memetik kenyataan Guan Eng yang mempersoalkan kepentingan Cawangan Khas di negara ini dan mahukan agar unit khas berkaitan trauma dan serangan yang menguruskan hal keganasan seksual ditubuhkan.

Ketua Menteri itu dilaporkan berkata, adalah lebih baik jika anggota Cawangan Khas ditukarkan kepada Unit Keganasan dan Jenayah Seksual kerana ia memberi nilai yang lebih kepada kewangan negara selain menganggapnya sebagai penggunaan sumber yang lebih baik.

Cadangan itu dibuat Guan Eng ketika berucap menutup Persidangan Mengarus Perdana Gender: Keadilan Untuk Semua di sebuah hotel di Tanjung Bungah
Untuk faham peranan SB, sila baca seterusnya di Malaysia Instinct sini

Arif Ibrahim (ahli PAS kawasan Tanjong) yang sudah marah dengan Guan Eng bila gagal menyelesaikan masalah tanah perkuburan lot 21 dan 22 di Masjid Jelutong. Tanah itu pula sudah diberikan kepada syarikat lain untuk tujuan pembangunan. Tanah untuk kubur orang Melayu pun dirampas untuk tujuan membuat keuntungan oleh DAP. Ini bukan cara gerak kerja Umar Abdul Aziz. Cara Guan Eng ini cara kapitalis dan komunis.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.