Tuesday, August 3, 2010

KES ANWAR LIWAT TANGGUH GUNA FAKTOR TEKNIKAL HUBUNGAN ROMANTIS SAIFUL UNTUK GUGUR KES

LIVE- Kes Liwat Tangguh Anwar Pohon Gugurkan Kes Kerana Hubungan Romantis Saiful dan DPP!

Anwar Ibrahim hari ini memohon kepada mahkamah agar mengetepikan tuduhan liwat dikenakan ke atasnya ekoran pendedahan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan menjalin hubungan romantis dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh memaklumkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa satu permohonan telah dibuat pagi ini sambil mendakwa pasukan pendakwa diketuai Penguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah berkompromi dalam soal integriti ekoran dakwaan hubungan Saiful dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Farah Azlina Latif.
Karpal berkata pihaknya mendapati ada kesalahan dilakukan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Ekoran hubungan (romantis) itu, integriti pendakwa telah dikompromi," kata Karpal di mahkamah pagi ini.

Perbicaraan kes liwat disambung semula buat kali pertama hari ini sejak hubungan kedua-dua mereka terdedah dua minggu lalu.
Kes itu ditangguh sebelum ini kerana Karpal kurang sihat.

Karpal berkata keseluruhan pasukan pendakwaan seharusnya "berundur" memandangkan apa yang berlaku sekarang boleh memberi kesan ke atas kes dihadapi Anwar.

"(Oleh itu) tuduhan ke atas Anwar perlu diketepikan," kata Karpal sambil menambah, timbalan pendakwa raya adalah sebahagian daripada pasukan pendakwa.
"... (dengan) mengadakan hubungan (romantis), ada kemungkinan Saiful mengetahui keseluruhan siasatan," kata beliau.

Mohd Yusof pula mendakwa dakwaan itu "tidak berasas sama sekali."
Pasukan peguam Anwar mengemuakkan satu surat yang diterima daripada Jabatan Peguam Negara minggu lalu menjawab permintaan mereka akan diperjelaskan dakwaan hubungan kedua-dua Saiful dan Farah Azlina.

Sumber Bernama

PENULIS DAH KATA DAH SEBELUM INI ISU HUBUNGAN SAIFUL DENGAN AHLI PASUKAN PENDAKWARAYA AKAN JADI SENJATA... ANWAR AKAN CUBA CABAR TEKNIKAL KES UNTUK PERMOHONAN PENGGUGURAN PENDAKWAAN...

DAH KATA ANWAR LICIK... BARISAN PEGUAM TANGGUH DAN PEGUAM GUGUR AKAN BERMATIAN CUBA GUGUR ANWAR LIWAT... KALAU BETUL ANWAR TAK LIWAT ORANG KENAPA TAKUT... ALLAH PASTI BERPIHAK PADA YANG BENAR... KATA ISLAMIK... ISLAM MADANI... PUIHHH!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.