Baru sekarang Melayu Pulau Pinang sedar... dulu sanjungkan sangat DAP bertakbir layan kenyataan Lim Guan Eng dia mencontohi kalifah umar...
Macam Amerika masa tawan Iraq disambut macam wira... last-last tengok Iraq jauh lebih tragis dan menderita sekarang berbanding dibawah pemerintahan Saddam... kata orang tua "jangan mengharap sangat yang tak pasti kelak binasalah diri"... tu yang jadi kat penang dan Iraq...
"Mendengar guruh di langit air tempayan dibuang..bila guruh tidak kedengaran lagi hujan pula tidak turun.." - jadi bersyukurlah dengan yang ada sekarang... dari memilih sesuatu yang tak pasti yang akhrinya mendatangkan bencana... baik kekalkan yang sekarang dan cuba memperbaikinya sahaja...
UTUSAN - PULAU PINANG 9 Ogos - Dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kononnya mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran diumpamakan seperti sebuah drama.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, dakwaan tersebut merupakan satu pembohongan besar kepada rakyat.
"Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah sekat rakyat mencari rezeki sebaliknya akan bantu semua orang dan hanya menghalang perbuatan yang melibatkan maksiat seperti arak serta judi.
"Namun, Guan Eng yang kononnya mencontohi Khalifah Umar hanya sebuah drama saja, ia satu pembohongan besar kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika mengetuai kira-kira 200 orang yang berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan negeri menghalang peniaga Melayu beroperasi di Bazar Ramadan Komtar di sini hari ini.
Mingguan Malaysia semalam melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.
Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan kelmarin.
Sehubungan itu, jelas Mohamed Ghani, beliau mendesak pemimpin tertinggi Islam parti pembangkang seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menilai sendiri sikap kerajaan negeri yang diterajui DAP terhadap orang Melayu.
"Kami mahu Presiden Pas datang ke Pulau Pinang, tengok sendiri apa yang telah dilakukan DAP kepada orang Melayu.
"Adakah parti Islam seperti Pas mahu terus bersekongkol dengan parti sebegini yang jelas menzalimi orang Melayu Islam?" tegasnya.
Menurutnya, beliau baru menerima surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk duduk berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh peniaga terbabit.
No comments:
Post a Comment