Monday, August 23, 2010

KHATIB MENGAKU DOAKAN LIM GUAN ENG : BUKAN FITNAH UMNO SEPERTI DAKWAAN PAS

Posting Asal : Khatib Mengaku Doakan Guan Eng

Pada 22 Ogos 2010, Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Kubang Buaya Bagan) mengakui mendoakan nama Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat dalam Sinar Harian (baca sini). Zakaria Ahmad mengakui bahawa beliau membaca nama Guan Eng sejak dua tahun lepas dalam khutbah Jumaat.

Mujahid Yusof Rawa menyatakan ianya adalah fitnah,
manakala Malik Kassim pula menyatakan ianya adalah perkara tidak waras.

Ini bukti pengakuan dari khatib sendiri. Mengapa Exco Agama Islam Pulau Pinang tidak tahu perkara ini? Ianya sudah berlaku sejak dua tahun lepas bukannya baru berlaku.

Siapa Zakaria Ahmad ini? Khatib ini juga adalah penceramah bebas PAS.

Zakaria berkata perkara ini dipolitikkan dan dijadikan sensasi. Ini bukan isu politik. Ini perkara yang bersangkutan yang agama dan kedaulatan raja Melayu. Ianya bukan boleh dipolitikkan oleh penceramah PAS dalam khutbah Jumaat.

Zakaria perlu membezakan antara tugas di masjid dan
uniform parti sebagai penceramah bebas. Eloknya Zakaria mengakui kesalahan.

Usahlah terlalu membela DAP. Guan Eng dan Karpal Singh sampai sekarang mereka menentang pemerintahan Islam yang mahu dibawakan PAS. Dasar pun mereka tolak, usahlah terlalu percaya dan berharap dengan DAP. Mereka layak digelar pembohong selagi tidak mengakui perkara sebenar yang berlaku dalam doa khutbah di Pulau Pinang. Khatib sudah mengaku, bohong apa lagi. Ini bukan fitnah, ini memang berlaku

SUMBER : Angin Perubahan

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.