Tuesday, November 22, 2011

NURUL IZZAH TEGUR ANWAR IBRAHIM JANGAN PUKUL MEMUKUL DENGAN WAN AZIZAH

Nurul Izzah menganjurkan perhimpunan aman bagi menunjukkan protes dan menyindir Papa beliau sendiri... Kerana Papa beliau dikatakan pernah memukul Mamanya sehinggakan pernah menjadi kes polis satu waktu dahulu? Adakah kes pukul memukul ini berlaku dan berulang lagi hinggakan Nurul Izzah menganjurkan perhimpunan sebegini...

ow! Terkelu lidah dengan protes terbaru Nurul Izzah. Protes beliau yang terbaru adalah mengenai "No Violence For Women" atau "Tiada Kekejaman Terhadap Wanita". Cuba lihat di dalam gambar di atas. Apakah yang beliau cuba sampaikan dengan "playcard"nya yang berbunyi, "Lelaki Sejati Benar-Benar Sayangi Anak Dan Isteri." 

ANWAR IBRAHIM... I KNOW WHAT YOU DID LAST TIME HE HE HE...





Monday, November 21, 2011

SELAMAT BERJUANG : PASUKAN HARIMAU MUDA TEWASKAN INDONESIA SANG GARUDA DI FINAL BOLA SEPAK SUKAN SEA

Kepada seluruh rakyat Malaysia mari ketepikan sengketa kita bersamalah kita memberikan sokongan dan mendoakan kejayaaan PASUKAN HARIMAU MUDA bagi menetang pasukan INDON sang geruda dalam penentuan pingat emas Sukan SEA. 

Tidak kira...
parti politik... PAS, PKR, DAP, UMNO, MIC, MCA dan sebagainya
Agama... ISLAM, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya
Bangsa... Melayu, Cina India, Campuran dan sebagainya
Negeri... N9, Kelantan Melaka, Kedah, Johor, Selangor dan sebagainya
Bahasa... Melayu, Cina, Inggeris, Tamil dan sebagainya

MARI KITA BERDOA DAN MEBERIKAN SOKONGAN KEPADA HARIMAU MUDA
Siaran Langsung : TV1, TV3 & Astro Arena
JAM : 8.00 malam











Harimau Muda





BOB LOKMAN KATA ORANG JOHOR RAMAI MURTAD DAN PAS WAJIB TAWAN JOHOR BERDAKWAH


Ya akulah calon SYURGA! org paling ISLAM! penyokong pas WAHID! siapa tak bersama aku KAFIR! tak beramal macam aku MURTAD! boleh keluar FATWA! boleh MENCARUT, CACI MAKI, BUAT FITNAH DAN MENGATA SERTA MENCELA... No Problem! KERANA APA??? dialah org PALING BERAGAMA ISLAM dan WARAK masa kini...

10,000 ribu audien dan pendengar ... masyaALLAH fenomena!

ceh! mana ada ramai tu... fenomena apa??? sebenarnya seperti di bawah ni je...

70 org adalah masa dia ceramah di kota tinggi...
 APAPUN BOB LOKMAN SUDAH SESAT... IA PERLU DIHENTIKAN!!!

Roadtour Bob Lokman di Pulau Pinang mengkafirkan rakyat Johor ,artikel Pisau 10 Nov 
Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.

Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain. 

Selanjutnya klik sini

Kemudian artikel kedua mendedahkan ucapan Bob Lokman yang sekali lagi menyerang rakyat Johor di lokasi berlainan....

Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram,Jam 5 pagi dah keluar dari rumah,7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"

Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qado, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"

Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad"

selanjutnya klik sini

 
BOB LOKMAN dah sasau dan sesat... mungkinkah dia sudah KUFUR atau MUNAFIK??? tingkah laku dan tutur bicara dia sesat dan makin menyesatkan... mungkin terpengaruh oleh JANJI SYURGA dari PAS... maka dia semakin extrem dan melanggar undang-undang... 

Fenomena ARTIS PICISAN macam Bob Lokman BIASALAH terjadi... masa muda BERGELUMANG DOSA dan tiba-tiba rasa nak insaf terus melompat cari jalan paling mudah untuk kes SYURGA... Nak nasihat sikit Bob Lokman... takut syurga yg ko cari tu bukan makin dekat malah makin jauh dengan dosa yg bertambah kau buat... PAS Bukan AGAMA! nak belajar agama cari guru dan menuntut bukan join parti politik haram jadah macam PAS!

BACA LAGI ARTIKEL DIBAWAH

Sumber:-

PANAS! FIXED DEPOSIT NURUL IZZAH 70.5 JUTA USD : SUMBANGAN DANA ASING+KORUPSI ANWAR

 
HEBAT! Ini menjelaskan kenapa Parti Keadilan & Pembangkang pada PRU lalu LEBIH KAYA dari BN dan UMNO dalam berbelanja waktu itu... sampai BN & UMNO kalah dalam eprang poster dan duit imbuhan kepada jentera... rupanya Anak beranak SETAN ni kaya raya simpan duit dalam Bank Yahudi.... Celako! Patutlah lepas ANWAT PELIWAT bebas mencurah-curah fund masuk ke kantung pembangkang... 
 
MAK BAPAK ANWAR or FAMILY KAYA RAYA KE???? abis mana dapat duit???? ce citer... ce citer... abis takkan Jin Aladin bagi Anwar duit??? Ingat dan cuba ingat lagi... fikirkan betapa KORUPSI, NEPOTISME dan KRONISME nya Anwar and the gang waktu berkuasa dulu... tak mustahil duit itu hasil KORUPSI Anwar and the GANG dulu... selain itu dana-dana asing dari NED dan sebagainya yg menyokong perjuangan Anwar turut dikatakan memainkan peranan dengan menyuntik dada bagi membantu pembangkang... dengan harapan Anwar dapat menumbangkan kerajaan dan menggantikan kerajaan sekarang (UBN) dengan rejim yg boleh dikawal kuasa asing yg menyalurkan duit untuk perjuangan sebelum ini....

KENAPA TAK PERCAYA???  Boleh tanya Nurul Izzah atau telefon Israeli National Bank

7. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) ... 3 yearsAccount No : C-719-418-210 (M) - Amount : USD13,000,000.00Date of opening account : 17/06/96 - Date of Maturity : 17/06/99

8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 yearsAccount No : F-817-200-11 (C) - Amount : USD 12,500,000.00 Date of opening account : 03/12/96 - Date of Maturity : 03/12/99

9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israel National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 5 yearsAccount No : G-211-922-718-2 (D) - Amount : USD 15,000,000.00Date of opening account : 12/07/97 - Date of Maturity : 12/07/02

10. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 1 yearsAccount No : F-3532-3310-501 (NG) - Amount : USD 15,500,000.00Date of opening account : 21/09/98 - Date of Maturity : 21/09/99

11. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 yearsAccount No : DA-9159-7211-819 (M) - Amount : USD 4,500,000.00Date of opening account : 20/05/96 - Date of Maturity : 20/05/99

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 yearsAccount No : ME-3138-5144-219 (A) - Amount : USD 10,000,000.00Date of opening account : 08/09/97 - Date of Maturity : 08/09/00 -

Jumlah keseluruhannya adalah usd70,500,000.00 atau lebih kurang rm282,000,000.00.

So apa kata Nurul Izzah? Nafikannya? Atau berdiam diri sahaja? Lihat contoh Tun Dr Mahathir bila dituduh oleh Bapa Izzah:

Amacam Izzah? Boleh buat macam Tun Mahathir?


SUMBER : http://www.papagomo.com/2011/11/nurul-izzah-nafikan-simpan-di-bank.html

Friday, November 18, 2011

DAKWAT KEKAL SUDAH KETINGGALAN : PAKATAN RAKYAT BERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA

WAJIB BACA! GEMPAR! Dalam tempoh 24 jam berlalu, tidak ada satupun blogger pakatan haram mampu mengulas pendedahan yang dilakukan oleh PAPA GOMO mengapa dakwat kekal perlu ditolak penggunaannya pada pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Begitu juga dengan portal media pakatan haram langsung tidak berani menerbitkan pendedahan betapa begitu mudahnya menghilangkan dakwat kekal tidak sampai 5 minit!



Apa yang mahu GWM dedahkan melalui paparan dibawah adalah hampir keseluruhan negara di dunia ini tidak lagi menggunakan dakwat kekal sebagai pilihan utama dalam proses pengundian yang adil dan bersih.

Penipuan (fraud) yang dilakukan pada pilihanraya pemilihan Presiden Afghanistan tahun 2004 dan 2009 membuka mata dunia bahawa penggunaan dakwat kekal tidak selamat dan relevan lagi untuk digunakan.












Bukan hanya pilihanraya di Afghanistan terlibat dalam pemyelewengan dan penipuan dengan menggunakan dakwat kekal, malah beberapa negara lain turut terlibat sama melakukan penipuan pada sistem pilihanraya melalui penggunaan dakwat kekal ... Filipina, Cameroon dan Mesir!










Hampir keseluruhan negara di dunia kini mula mempertimbangkan penggunaan sistem biometrik sebagai alternatif yang terbaik, relevan dan berkesan bagi menolak penipuan semasa pembuangan undi.

GWM kurang faham dengan mentaliti 'kelas ketiga' pemimpin pembangkang yang masih berdegil mahu menggunakan dakwat sedangkan negara-negara dunia ketiga, negara membangun dan negara maju lebih yakin dan beralih arah menggunakan sistem biometrik sebagai alternatif yang terbaik.


























Paparan di atas hanyalah sebahagian daripada beberapa ratus negara lain yang turut melakukan perubahan ke atas sistem pilihanraya dan beralih kepada penggunaan sistem biometrik.



GWM tertarik dengan cabaran yang dilontarkan oleh Ambiga BERSHIT 2.0 yang mahukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuktikan Sistem Biometrik lebih baik, diyakini, transparent dan satu-satunya alternatif terbaik untuk digunakan pada pilihanraya umum kelak.






Barangkali SPR boleh menggunakan kejayaan negara-negara yang dipaparkan dibawah ini sebagai bukti Sistem Biometrik adalah pilihan tepat malah terbaik dari menggunakan dakwat kekal.





















Persoalan ... mampukah Tuan Haji Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Ambiga menolak penggunaan Sistem Biometrik dengan bukti kejayaan negara-negara yang telah mengamalkan dan menggunakan sistem ini?


Negara mana yang masih lagi mengamalkan penggunaan dakwat kekal? ... Mengapa masih lagi mahu memperbodohkan rakyat?

TAHNIAH! SELANGOR TERBUKA PROMOSI MASAKAN BABI HARAM KEPADA UMAT ISLAM


Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia di mana sebuah kerajaan negeri dengan sengaja mempermain-mainkan sensitiviti masyarakat Islam. Bahkan ketika Sabah dipegang oleh PBS pada tahun 1990 dahulu pun, perkara sebegini tidak dilakukan.

Berbeza benar apabila DAP mendapat kuasa dan apabila mereka menjadikan PKR sebagai proksi di Selangor. Sensitiviti umat Islam diuji dan DAP cuba ‘memperkenalkan’ sesuatu yang selama ini menjadi taboo kepada umat Islam, kononnya untuk mengajar umat Islam di negara ini agar lebih berfikiran terbuka dan menerima kepelbagaian dengan mendidik mereka menerusi kebiasaan.

Itulah yang berlaku pada Julai 2011 apabila akhbar Selangor Times yang merupakan akhbar milik Kerajaan Negeri Selangor menyiarkan satu muka surat penuh promosi produk daging babi. Keluaran yang dimaksudkan adalah keluaran 1-3 Julai 2011. Ianya mengenai Restoran Tean Kitchen di SS2, Petaling Jaya yang menjual lapan jenis produk babi.


Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Negeri Selangor seolah-olah tidak sensitif dengan mempromosikan makanan tersebut pada ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa.
Promosi yang sama turut dilakukan oleh sebuah akhbar arus perdana. Walaupun akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut dan meminta maaf, namun berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Pakatan dalam isu ini, sememangnya mereka tidak pernah berminat untuk melihat keharmonian kaum dan agama berlangsung secara aman sebaliknya, Pakatan cuba memastikan umat Islam menerima pemaksaan nilai-nilai yang selama ini dibentengi oleh Perlembagaan dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Pakatan seolah-olah cuba mendidik, produk babi bukanlah satu kesalahan. Umat Islam di negara ini perlu menerima babi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Pakatan dan DAP mahu umat Islam di Selangor tidak marah, tidak jijik dan tidak bencikan babi.

Sumber : Unspinner

Wednesday, November 16, 2011

KOH TSU KOON LELAKI GENTLEMAN! UMUM TAK BERTANDING

















 

KUALA LUMPUR : Setelah berdepan dengan pelbagai pandangan dan kritikan terhadap kepemimpinannya, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, hari ini umum beliau tidak akan bertanding pada PRU13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi Khamis, beliau kini hendak tumpu perhatian perkuat parti berkenaan.

Kepemimpinan beliau dianggap malap setelah Gerakan ‘ melepas’ Pulau Pinang pada PRU12 lalu.Parti itu juga kalah kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandinginya.

"Saya telah putuskan tidak akan turut serta sebagai calon dalam mana-mana kerusi baik kerusi Parlimen atau negeri,"katanya.

Menurut Dr Koh beliau telahpun memberitahu keputusan ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya langkah ini juga bagi transformasi parti itu sebagai persiapan menghadapi PRU13.- AGENDADAILY. 17/11/2011 

TSU KOON TIDAK BERTANDING


Thursday, November 10, 2011

BIODATA TUN MAHATHIR MOHAMED

Biodata Tokoh: Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan.

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Sumber: Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.

BIODATA TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN

PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN

Pengerusi JKF Ke-5 (2005 hingga sekarang)
Latarbelakang Diri Dan Pendidikan
 
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor dilahirkan di kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang.  Bapanya Haji Husin seorang guru agama kampung dan ibunya Hajah Maryam seorang surirumah tangga.  Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tebing Tinggi dan kemudian menyambung  pelajarannnya di peringkat menengah di Sekolah Al-Junid Singapura.  Dorongan ibu dan bapanya yang ingin melihat beliau menjadi seorang  berpendidikan tinggi agama disamping minat beliau sendiri, maka pada tahun 1964 beliau menyambung pengajian ke Al-Azhar Al-Shariff atas biasiswa Al-Azhar pada peringkat awalnya dan seterusnya biasiswa Kerajaan Negeri Pahang. 
 
Pada tahun 1970, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Fakulti Usuluddin dan pada 1971, beliau juga telah berjaya memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Shams, Cairo. Selepas berjaya dari Universiti Ain Shams, beliau kembali ke Al-Azhar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam dan telah berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana pada tahun 1973.
 
Semasa pengajiannya di universiti Al-Azhar dan Ain Shams, beliau bergiat aktif dalam kegiatan dan kepimpinan pelajar sehingga dipilih sebagai Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Melayu Mesir dan seterusnya Setiausaha Agung gabungan pelajar-pelajar Asia Tenggara di Timur Tengah.
 
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor telah bertemu jodoh dengan Puan Sri Ramah Abdul Manan yang berasal dari Singapura.  Hasil perkongisan hidup, beliau telah dikurniakan empat orang puteri yang telah mendapat didikan sempurna daripada kedua ibu dan bapanya.  Anak pertama, Syahirah telah mendapat Ijazah Dr. Falsafah dalam bidang Undang-Undang Perbandingan dari Universiti KLEE, United Kingdom. 
 
Anak  kedua pula, Dr. Syaimak  mendapat Ijazah Doktor  Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Komputer dari Universiti Nottingham, United Kingdom.  Manakala anak yang ketiga, Syadiyah sedang menyelesaikan tesis PhDnya dalam bidang ekonomi dan muamalat di Universiti Cardif, United Kingdom, dan anak bongsu, Dr. Syadwa telah berjaya menjadi  Doktor dalam bidang perubatan dan sekarang berkhidmat di Hospital Ampang.
 
Kerjaya  Dan Sumbangan Kepada Masyarakat
 
Dengan berbekalkan Ijazah Sarjana dan Diploma Pendidikan, pada tahun 1974 beliau diterima berkhidmat sebagai tenaga akademik di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam  Universiti Kebangsaan Malaysia.  Pada tahun 1980, beliau dinaikkan ke jawatan Profesor Madya dan pada tahun yang sama juga beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah.
 
Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Al-Azhar dan pada tahun 1984 beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam.  Beliau merupakan anak Melayu pertama lulus di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam dari Al-Azhar.
 
Setelah kembali ke tanah air pada 15 Jun 1985, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sehingga 31 Januari 1987. Pada 1 Jun 1992, selepas beliau bercuti sabatikal, Abdul Shukor sekali lagi dilantik menjadi Dekan Fakulti Pengajian Islam sehingga 30 Mei 1998.  Beliau dinaikkan ke jawatan Profesor penuh di Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1993,.
 
Pada 1 Disember 1999, beliau diamanahkan untuk menerajui sebuah universiti baru yang dikenali sekarang sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai Naib Canselor pertama.  Peluang ini amat berharga kerana cita-cita beliau yang sangat mendalam untuk membangun sebuah pusat pengajian tinggi moden yang berteraskan Pengajian Islam, menggabungkan antara ilmu aqli dan naqli, kemahiran teori dan amali, serta mahasiswanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris disamping bahasa kebangsaan.  Selama 10 tahun beliau menerajui USIM, hasratnya untuk melahirkan satu pusat pengajian yang berpendidikan bersepadu telah terserlah dengan penubuhan lapan fakulti, dua institut dan tiga pusat termasuk pusat tamhidi.  Di antara Fakulti-fakulti yang telah ditubuhkan ialah termasuk Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.  Kesemua Fakulti ini adalah menggunakan pendekatan bersepadu.
 
Selepas beliau menamatkan khidmat sebagai Naib Canselor USIM, khidmatnya terus diperlukan. Pada masa ini, beliau mengetuai Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) disamping tugasnya sebagai  Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Majlis Raja-Raja.  Di samping dua tugas yang besar ini, beliau terus menabur khidmat di dalam beberapa jawatankuasa penting di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat kebangsaan, beliau dilantik sebagai
 
-           Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
-           Ahli Majlis Perundingan Islam JAKIM
-           Ahli Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
-           Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji
-           Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
-           Pengerusi Panel Syariah Kumpulan Silver Bird Berhad
-           Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji
-           Ahli Lembaga Penasihat Pensijilan Halal, JAKIM
-           Ahli Lembaga Saham Wakaf Negeri Pahang
-           Pengerusi Lajnah Tashih (Lembaga Semakan Pakar Tafsir Terbitan JAKIM)
 
Dalam bidang akademik pula,beliau sering dilantik sebagai Profesor Pelawat bagi kenaikan pangkat profesor dan profesor madya di beberapa universiti tempatan dan luar Negara dan juga menjadi penilai luar kepada tesis Master dan Ph.D di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam.  Di peringkat antarabangsa beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Akademik Fiqh Sedunia yang beribu pejabat di Saudi Arabia dan sekaligus merupakan wakil Malaysia di badan tersebut.  Dan sejak tahun 2004 sehingga sekarang, beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga International Syariah Research for Islamic Finance (ISRA) di bawah Bank Negara. 
 
Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat Pengajian Islam Sedunia dari tahun 1993 hingga 1995 dan Timbalan Pengerusi Persatuan Intelek Islam Asian pada tahun 1998 sehingga 2001.  Di samping itu, beliau juga pernah menganggotai beberapa jawatankuasa seperti Pengerusi Jawatankuasa Istilah Islam dan Panel Penilai Tamadun Islam dan Falsafah Dewan Bahasa dan Pustaka.  Ahli lembaga Pendidikan Islam (LEPAI) , Jabatan Perdana Menteri.  Ahli Lembaga Syariah KFC Holdings, Pengerusi Jawatankuasa Terjemahan Hadis Sahih Al-Bukhari, JAKIM dan juga Ahli Lembaga Pengurus Kolej Islam Pahang (KIPSAS).
 
Walaupun beliau sibuk dengan pelbagai jawatankuasa dan organisasi di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, bidang tujahan utamanya tidak pernah dilupakan iaitu beliau sehingga sekarang ini berjaya menghasilkan lebih dari sepuluh buah buku dan beberapa artikel dalam jurnal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Penulisan terakhir beliau dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam setebal 513 halaman yang diterbitkan oleh USIM. 
 
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor tidak jemu-jemu menabur jasa dan budi untuk meningkatkan pendidikan Islam dan memartabatkan agama  serta berbudi pada bangsa dan Negara.  Sumbangan beliau yang bernilai dalam bidang akademik  dan bukan akademik telah mendapat pengiktirafan  negara di mana pada tahun 1993, beliau dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota  Pahang  (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.  Pada tahun 1995, beliau dianugerahkan pingat Johan Setia Mahkota (JSM) oleh Yang di-Pertuan Agong. 
 
Pada Tahun 2006, beliau di kurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’ dan pada bulan Jun 2010 baru-baru ini sempena hari keputeraan DYM Yang di-Pertuan Agong, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.  Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan negara amat bernilai dan telah mendapat pengiktirafan tertinggi dari UKM dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Islam semasa Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti tersebut pada 4 Ogos 2010. Khidmat beliau yang tidak pernah mengenal erti penat serta komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan USIM juga telah mendapat pengikrafan dengan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen ke-8 USIM pada 25 September 2010.

Friday, November 4, 2011

ROSMAH TERUS JADI LIABILITI BURUK BALA BUAT PM NAJIB

Bercakap tentang RAMBUT KEMBANG si Wanita Pertama Malaysia itu, sememangnya tidak akan habis-habis. Daripada nasihat boleh bertukar menjadi kecaman. Daripada kecaman boleh bertukar menjadi fitnah. Daripada hal peribadi boleh bertukar menjadi hal kelayakan memilih pemimpin.

Rosmah di Makkah, sudah dua kali diuar-uarkan. Puak-puak Pakatan tidak terfana dengan 'perubahan' Rosmah dan Rosmah sendiri pun tidak pernah berpura-pura dengan dirinya dengan terus menampilkan RAMBUT KEMBANGnya walaupun gambar-gambar dia dan suaminya di Makkah begitu popular di dada-dada media, baik media cetak apatah lagi elektronik.

Sesuatu yang perlu disedari, jangan hanya kerana SAYANGKAN RAMBUT KEMBANG itu dan kedegilan serta keegoan tentang KUBUR KITA ASING-ASING, maka kerjaya suami selaku Perdana Menteri bertukar menjadi Ketua Pembangkang.

Ini zaman, zaman orang semua pakat celik maklumat sama ada maklumat itu datang menyerong atau pun maklumat yang pepat di luar rencong di dalam. Zaman wanita lebih sayangkan RAMBUT KEMBANG berbanding persepsi orang ramai, terutama sekali di kalangan wanita yang berkait dengan dunia politik, sudah lama berlalu. Kalau tidak, takkanlah ada wanita yang bertudung litup tetapi ditangkap basah dengan hanya tudung di kepala tetapi kemaluan dan dadanya tidak ditutup seurat benang pun.

Jangan fikir, disebabkan kurangnya teguran daripada kelompok yang dilihat banyak menyokong sebelum ini, maka ia akan berterusan sampai bila-bila. Ada masanya, letih juga dengan kerenah bodoh sebegini. Jangan fikir, “ahhhh... takkan rambut pula yang jadi isu,” maka ianya boleh disenyapkan.

Kejatuhan dan pembunuhan Ghaddaffi dimulakan oleh sekelompok mikrob boneka Amerika Syarikat dan kakitangan Zionis berwajah Arab dengan isu yang dianggap remeh dan fitnah. Begitu juga dengan Hosni Mubarak dan beberapa pemimpin Arab yang lain. Semuanya kerana isu kecil, remeh dan dilihat tidak membahayakan.

Perlu diingat, yang dikatakan ASSOBIYYAH itu ialah saling tolong-menolong kelompok sendiri melakukan kezaliman dan maksiat....

Baca seterusnya, klik sini

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.