Friday, July 30, 2010

PKR RASUAH : KETUA AMK SELANGOR SUDAH SAPU HABIS

GEMPAR..! Senarai Projek Rasuah Ketua AMK PKR Sgor..??

Wow! Sukar untuk dipercayai tetapi ianya benar benar berlaku..!
Blogmaster menerima sms daripada seorang Ahli Majlis yang juga seorang pimpinan PKR Negeri Selangor...

Isi kandungan sms yang menyenaraikan projek projek disapu bersih oleh Jonah @ Khairul Anuar Zainuddin Ketua AMK PKR Negeri Selangor. Haaah..! Ketua AMK Negeri Selangor pun sapu projek..? Pelik..! Dalam ceramahnya menghentam BN-UMNO dengan pelbagai tuduhan rasuah.. tetapi diri sendiri sebenarnya menjadi Penyamun Tarbus...

Beginilah kisahnya nasib rakyat negeri Selangor. Wakil rakyat PKR terlibat dengan memunggah kekayaan membenarkan perompak perompak pasir sehingga negeri kesayangan kita ini berlubang lubang jadinya... Ketua AMK Negeri pula kini dikatakan menjadi penyamun projek tempatan...

Inilah kandungan sms yang sedang disebarkan kepada semua Ketua AMK Cabang seluruh negeri Selangor..;

-message details - from : +6019*******, time : 00;12 date; 29/07/2010 - Slm kpd semua Ketua2 AMK Cabang. Saya mohon sdra2 tanya kpd sdra Jonah kemana duit yg dia dpt hasil dr projek-projek dibawah dimana beliau telah mnggunakan nama AMK negeri selangor bg mndptkn projek trsebut dn sepatutnya duit itu adalah utk tabung AMK negeri :
  1. Projek dr MBSA bernilai hampir satu juta [boleh rujuk sdra Haris Bakar/Pem Ketua Cabang S.Alam]
  2. Projek menurap jalan dr jalan dr MBPJ 1.8 juta
  3. Projek Billboard di MPAJ atas nama Pridana Media
  4. Projek Billboard di MBPJ juga atas nama Pridana Media
  5. Projek Billboard di MBPJ atas nama Redberry sdn bhd
  6. Yg terkini projek di MBPJ hampir satu juta juga kononnya utk AMK selangor. Banyak lg projek2 dr PBT lain tp saya akn bongkar satu persatu.
<<<<>>>>>

Demikianlah kisahnya semakin ramai menjadi Penyamun dalam kerajaan negeri Selangor. Kini rakyat dinegeri Selangor perlu menjadi hakim dan saksikan sendiri bagaimana rakusnya petualang petualang dari Pakatan. Apabila mereka menaiki pentas ceramah bukan main lagi kata nista dilemparkan pelbagai cemuhan kepada pimpinan UMNO-BN, tetapi natijahnya merekalah Penyamun Besar!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.