Thursday, February 26, 2009

ISLAM DI CABAR : PULAU PINANG TUBUH MAJLIS RUNDINGAN AGAMA



Salam Perjuangan...

Islam tidak habis habis dicabar... kenapa mereka-mereka yang bangsat ini semakin berani??? kenapa... biar saya jawab sebab orang Islam sendiri merelakan... orang Islam sendiri telah dicucuk hidung oleh orang kafir Harbi... PAS dan PKR dah menjadi BABI tunggangan DAP... marah lah... marah... penyokong Pembangkang boleh marah tapi inilah realitinya... fikir lah... kau sayangkan PAS atau Agama Allah - ISLAM. Apakah dengan menyokong PAS confirm kau dapat syurga walhal syurga dan neraka itu hak ALLAH... terang terangan PAS dan PKR bersekongkol dengan golongan kafir Harbi abis kalau kau sokong apakah itu akan dapat meninggikan martabat ISLAM...



Pertikaian tentang "Memeluk Islam" juga pernah diperbincangkan oleh Majlis Peguam pada 9 Ogos 2008. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal Perkara 3 iaitu yang berkaitan dengan Agama Islam.

Mengapa hanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja yang menyokong Forum Memeluk Islam diadakan?. Bertentangan dengan tindakan Salahuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR, Kulim Bandar Bharu) yang tidak menyokong forum tersebut.

Apakah Anwar terdesak untuk mendapatkan undi daripada bukan Melayu di Permatang Pauh ketika itu hingga sanggup menyokong penganjuran forum tersebut? Zulkifli Nordin mahu dikenakan tindakan disiplin kerana membantah forum tersebut. Apakah selepas ini akan ada lagi pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR berani membantah penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama di Pulau Pinang?



(Gambar: The Penang Global Ethic Project, sebuah projek KAF di Malaysia).
Shahbudin Yahya ketika menjadi Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Kondrad Adeneur Foundation (KAF) dari Jerman. KAF juga terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC). IFC telah menjadi satu isu sensitif di kalangan umat Islam di negara ini. Ianya jelas mencabar kedudukan Agama Islam sebagai mana yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Malaysia.

(Gambar: Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Jika begitu, apakah KAF terlibat sama mengembangkan IFC sampai ke Pulau Pinang?. Peter Scheir mengakui turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006).

Shabudin Yahaya (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP), menyatakan di Sungai Dua, Nibong Tebal pada 24 Februari 2009 mengenai penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Biarpun mahu disaman oleh Guan Eng, namun Shahbudin sekali lagi mengulangi bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh tentang Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama tersebut . “Jika majlis itu tidak ada (tidak wujud) mengapa ada pemimpin agama lain yang memberi respons kepada Majlis Agama sedangkan bagi membincangkan tentang agama Islam, kita telah ada majlis-majlis agama,” kata Shabudin Yahaya. Menurutnya, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) ada membuat kenyataan bersetuju dengan penubuhan majlis tersebut di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum yang ke-12.
Sekarang tepuk dada tanya iman... PKR & PAS atau ISLAM Agama Allah itu lebih tinggi dalam diri mu...
Jawabbbbbb..............

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.