Wednesday, February 4, 2009

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK RUNTUH



Terkini : 3.30 Petang

Salam Perjuangan...

Penulis mendapat berita dari rakan di perak bahawa perkembangan terkini KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK RUNTUH di mana berita terkini ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi sebagai calon bebas akan mengumukan menyertai barisan nasional.

Manakala 3 lagi ADUN DAP akan menuruti langkah yang sama setakan ini pasti Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) akan menyertai bebas dan seterusnya bergabung dalam barisan nasional.

ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin pula kembali ke pangkuan UMNO, dan beliau kini berada di Kuala Lumpur bersama Dato’ Seri Najib... yang mana Dato' Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media jam 4.00 p.m di Putrajaya yang mana kesemua MP dan ADUN Barisan nasional telah dipanggil ke Putrajaya untuk turut hadir dalam sidang media ini...

Sidang Media MB Perak (dikatakan untuk tujuan pengumuman pembubaran DUN) pula ditunda berikutan tiada perkenan Sultan.

Jika perkembangan ini sahih, maka kedudukan kerusi sudah memihak kepada BN. BN 28 kerusi (kemasukan semua nasaruddin), PR 26 manakala Bebas 5 ( 3 DAP & 2 PKR). Dengan kemasukan bebas ke dalam BN, BN Perak akan mendapat majoriti 7 kerusi.... InsyaALLAH

Bersama kita berdoa Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang kerana telah banyak... terlampau banyak mengkhianati ISLAM & BANGSA MELAYU... Allah bersama kita.... amin



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.