Sunday, February 1, 2009

BN KALAH LAGI DI KT: JADIKAN PENGAJARAN PRK AKAN DATANG

Salam Perjuangan...

Kekalahan demi kekalahan...apakah kini UMNO dan BN terkena badi atau sinonom dengan nama KEKALAHAN??? Faktor apa? Calon? Isu Semasa? Mood Rakyat? JENTERA HAMPAS? Perpecahan??? banyak lagi namun sebenarnya...

Persoalan ini harus dijawap bukan oleh rakyat tapi kepimpinan BN dan UMNO... perangai Wakil Rakyat BN dan UMNO tetap macam dulu... susah nak ditemui... busy mesyuarat lah tp sebenarnya sibuk kumpul kekayaan lah... lepas tu tunjukkan kemewahan berlebih-lebih... Masih amalkan rasuah dalam pemilihan PARTI... cakap besar dan teramat yakin... perkara-perkara sebegini buat rakyat makin meluat dan benci pada UMNO menyebabkan masih tiada perubahan dalam pemikiran rakyat untuk kembali menyokong UMNO...

Saya hanya golongan Marhaen yang terpinggir dari kepimpinan UMNO bukan kerana saya mengkhianati UMNO tapi pemimpin yg ada takut kehadiran orang macam saya... kumpulan profesional yang sanggup bekerja keras... seorang idealis dan mampu bercakap bakal menggugat jawatan mereka... akhirnya dengan taktik halus kumpulan ini dicantas awal-awal dan dipinggirkan... bukan kah itu satu kerugian pada UMNO. Golongan yang tidak mendapat tempat ini akhirnya berpaling menyertai PAS, PKR atau DAP... kembali sebagai pengancam UMNO... betapa bodoh dan mementingkan diri pemimpin UMNO ni...

UMNO perlu berubah bukan sekadar idea dan cakap-cakap tapi berubah betul betul kerana Allah, Melayu dan Malaysia... kena kembali kepada rakyat dan emmahami isi hati rakyat seterusnya berkhidmat dengan sebaiknya... UMNO juga bagai hilang taring memperjuangkan nasib melayu... jadi pada siapa rakyat ingin mengadu??? Kaum Cina dan India pula semakin ramai yg pro Pakatan Rakyat sebab rasa Pakatan Rakyat bagi mereka macam-macam walhal yg diberikan itu mengadai hak melayu... mana pembelaan? jangan biar semakin ramai ahli UMNO sendiri benci kepada UMNO... jangan biar kebencian itu bertukar kepada pengkhianatan yg menjahanamkan UMNO keseluruhannya...

Kalau Pemimpin UMNO terus begini bukan sahaja UMNO akan tewas akhirnya tetapi dikhuatiri Malaysia akan didominasi oleh kepimpinan cina Harbi yg nescaya akan membuat perancangan licik dan teratur meminggirkan melayu seperti apa yg berlaku di Singapura...

Berubahlah... punyalah ramai think-tank dan pemimpin takkan benda simple macam ni tak boleh buat? ni mungkin di perak bakal ada pilihan raya kecil... apakah nasib UMNO akan berulang? adakah akan kalah lagi?

Bangkit lah berjuang.... demi ISLAM, MELAYU & MALAYSIA

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.