Monday, February 16, 2009

SKANDAL ADUN PKR BUKIT SELAMBAU : PEREMPUAN SIMPANAN

Salam Perjuangan

Sumber berita adalah DI SINI. Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletak jawatan, ramai orang tertanya-tanya apakah sebab-sebab sebenar yang mendorong beliau membuat keputusan tersebut.Pemimpin-pemimpin pembangkang menyebarkan dakwaan beliau diugut dan akan diculik oleh kerajaan Barisan Nasional.


Ada juga dakwaan beliau di tawarkan RM5 juta untuk melompat parti. Pelik bunyinya, orang yang diugut dan mahu diculik ditawarkan pula wang ganjaran. Yang selalu kita dengar, penculik yang akan meminta wang tebusan bukan orang yang menculik. Apakah misteri di sebalik semua dakwaan ini?.

Penduduk Bukit Selambau memang mengetahui rahsianya. Mereka sendiri yang menghantar memorandum kepada Sultan Kedah mendakwa Arumugam terlibat di dalam satu skandal iaitu bersekedudukan dengan seorang wanita sehingga melahirkan anak.
Difahamkan Arumugam sebenarnya tidak menghilangkan diri tetapi dikatakan berada dibawah perlindungan kepimpinan atasan PKR. Kepimpinan atasan PKR takut sekiranya dibiarkan skandal tersebut berlarutan, lama kelamaan ianya akan `meletup' dan memalukan lagi PKR yang sebelum ini telah dimalukan dengan skandal `sedekah seks'.
Apa bangsa pun pemimpin PKR sama... dipenuhi skandal terutama melibatkan SEKS dan HARTA... inikah yang di lolongkan sebagai negara kebajikan??? Kepada Rakyat bangun lah dan insaf jangan terus di TIPU....

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.