Salam Perjuangan
Apa yang dapat disimpulkan Pakatan Rakyat sendiri yang menggali kubur... menempah jalan maut buat mereka... sudah lama sebenarnya timbul perselisihan faham yang maha hebat di antara ADUN DAP, PKR & PAS yang kini semuanya telah terbongkar. Tengok saja rentetan cerita betapa tidak profesionalnya Pakatan Rakyat, MB termasuk Anwar menggunakan taktik licik dan kotor menyuruh setiap ADUN menandatangani surat perletakan jawatan bertarikh kosong sebagai ugutan.... cuba merencana agar DUN dibubarkan... membelakangi Sultan yang akhirnya memakan diri...
Sebelum ini sibuk Anwar jaja nak ke putrajaya... dah hampir tumbang BN lah... sekarang Anwar terpaksa jilat balik ludah sendiri dengan kahak-kahak hijau nya sekali.....dan terbukti Anwar ni macam tin kosong bunyi kuat isi tak ada... Janji.. pelbagai Janji di berikan... tapi tidaksatu pun berjaya dikotakan... kini biarlah Allah SWT mentakdirkan ... Tumbangnya Pakatan Rakyat Perak sebagai suatu petanda bakal tumbangnya gerakan pimpinan munafik bernama Anwar ini nanti... tunggu sahaja kerana operasi masih berjalan....
Kepada ADUN... tunggu kami di Negeri Sembilan dan Selangor ya... jumpa, berbual, makan... seterusnya melompat lebih tinggi he he he...
Sumber UTUSAN 5/2/2009 - Jamuluddin, Mohd. Osman sokong BN
PUTRAJAYA 4 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas memutuskan menyokong Barisan Nasional (BN) kerana percaya mereka tidak lagi diperlukan oleh Pakatan Rakyat (PR) serta diperlakukan seperti musuh oleh kerajaan negeri Perak.Sehubungan itu, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) mengumumkan untuk menyokong BN yang dilihat lebih relevan membela nasib rakyat di negeri itu.Jamaluddin berkata, segala-galanya bermula selepas beliau menegur sikap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dianggap satu kesalahan.
''Walaupun ada beberapa perkara saya tidak setuju dengan Nizar tapi tidak sampai peringkat hendak tinggalkan parti, sebenarnya saya bercuti sakit sejak Rabu hingga Ahad lalu.''Waktu itu saya tidak mahu terima panggilan termasuk dari isteri, tetapi saya terkejut apabila Speaker menghantar surat peletakan jawatan saya.''Atas tindakan itu saya rasa berlaku keganjilan tanpa saya dimaklumkan atau berpeluang mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, kedua-dua ADUN bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Hee Yit Foong dari DAP menyertai sidang akhbar khas bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keluar parti dan menyokong BN. Bekas Exco yang menghadapi tuduhan rasuah itu turut menafikan dakwaan kononnya ditawarkan sejumlah wang untuk menyokong BN.''Saya tidak bercadang untuk sertai mana-mana parti tapi setelah semua ini berlaku saya ambil tindakan untuk jadi wakil rakyat Bebas, saya yakin mampu beri komitmen kepada rakyat.
''Saya tidak fikir saya sertai mana-mana parti pun saya boleh menang kerana rakyat menerima saya berdasarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Behrang," katanya.Ditanya mengapa tidak menyertai UMNO tetapi menyokong BN, Jamaluddin berkata, beliau perlu mencari 'rumah baru' selepas dihalau keluar dari 'rumah sendiri'. ''Saya tidak pernah jumpa dengan Timbalan Perdana Menteri sebab saya rasa tahap dia tinggi, soalan tentang bila hendak sertai UMNO biar masa menentukan," katanya.
Sementara itu, Mohd. Osman berkata, beliau belum terfikir untuk menyertai UMNO kerana yakin masih boleh berkhidmat sebagai wakil rakyat walaupun atas tiket Bebas. ''Saya tidak ada perancangan untuk masuk UMNO, sebagai wakil Bebas lebih beri peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat sebab tidak ada kekangan daripada mana- mana parti. ''Walaupun Bebas, jiwa saya cenderung menyokong BN, saya akan fikir kemudian (untuk sertai UMNO), Insya-Allah," katanya.
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment