Thursday, February 5, 2009

SAH KINI BARISAN NASIONAL TUBUH KERAJAAN BARU PERAK

Salam Perjuangan

Sah kini Barisan Nasional akan menubhkan kerajaan baru di perak. Saya dimaklumkan seorang rakan bahawa Dato' Seri Najib akan mengadap mohon perkenan DYMM Sultan Perak pada jam 9.00 pagi ini untuk membentuk kerajaan baru di negeri Perak.


NAJIB Tun Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar khas di Putrajaya, semalam, bagi mengumumkan Barisan Nasional akan menubuhkan kerajaan baru negeri Perak. Sidang akhbar itu turut dihadiri Jamaluddin Mohd. Radzi (kanan), Hee Yit Foong (dua dari kanan), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (tiga dari kanan) dan Nasarudin Hashim (tengah).

Kini berakhirlah sudah kemelut yang melanda dan menekan Bangsa Melayu selama hampir 10 bulan... dan menamatkan sebuah kerajaan boneka DAP yang diyakini akan membuka lembaran baru dalam pemerintahan perak... Syukur dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana membantu perjuangan mengembalikan semua kemuliaan ISLAM dan MELAYU di Perak...

Rakan-rakan saya di Perak dalam perbualan telefon menyatakan ramai rakyat Perak mengadakan sujud syukur dan berita ini disambut dengan linangan air mata kerana bersyukur diberikan peluang kedua oleh Allah... betapa mereka menyesal mengundi Pakatan Rakyat yang terang-terang selama 10 bulan memerinta telah banyak menghakis dan menyerahkan Hak Melayu & Islam digadaikan demi mengikut telunjuk Kafir HARBI DAP. Rakan penulis juga memberi tahu Jumaat minggu ni kalau nak makan pisang puas-puas datang le ke Perak sebab ramai yang nak buat sedekah pisang di masjid sebagai tanda syukur bersedekah tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak...

Apa yang penting kini rapatkan ikatan ukhwah dikalangan Ahli ADUN BN dan perbaikilah segala kerosakan yang ditimbulkan... berkhidmat sebaiknya insyaALLAH berkat kesungguhan itu nanti bersama bukti perkhidmatan cemerlang kepada rakyat... peristiwa hitam Perak tidak akan berulang lagi... Biar itulah kali Pertama dan Terakhir Pakatan Rakyat menguasai PERAK... amin


BERITA LANJUT
1. Sumber UTUSAN 5/2/2009 - BN kuasai Perak

Barisan Nasional (BN) peroleh majoriti mudah untuk ambil alih kerajaan negeri Perak ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan pakatan pembangkang meninggalkan parti masing-masing bagi menyokong BN.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas.

ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO.
BN kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi penubuhan kerajaan baru. Nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.
2. Sumber UTUSAN - ‘Berhenti jika hilang keyakinan’ : Keyataan Sidang Media Dato' Seri Najib Tun Razak
3.00 Petang 4/2/2008

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera,Saya ingin memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menubuhkan kerajaan. Ini adalah kerana semalam, tiga wakil rakyat iaitu ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk memaklumkan mereka telah keluar parti masing-masing.

Hari ini juga, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim telah berjumpa dan memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah kembali bersama UMNO. Mereka semua telah memberi mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Perak untuk mencalonkan nama Menteri Besar. Mereka juga memberi aku janji akan bersama dan memberi sokongan kepada YAB Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Pada hari ini juga, keempat-empat wakil rakyat telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.
Justeru Fasal XV1 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama dengan anggota exconya.Sejajar dengan perkembangan ini, saya akan menghadap Ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak.

– DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.