KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Friday, February 6, 2009
TAMPARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT : PERAK TUMBANG DALAM IMPIAN KE PUTRAJAYA
Salam Perjuangan
Edit dari sumber UTUSAN - Tamparan kepada pembangkang
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Tindakan lompat parti yang selama ini dianggap 'penawar' bagi pembangkang untuk merealisasikan impian menubuhkan kerajaan sebagai usaha ke PUTRAJAYA oleh Anwar Ibrahim akhirnya menjadi 'racun' seperti yang berlaku kepada kerajaan negeri Perak hari ini. Kalau masih ingat hinggakan MP pembangkang mengejar MP BN ke Taiwan kononnya nak memujuk MP BN menyertai Pakatan Rakyat. Waktu itu Pakatan Rakyat menanggap tindakan sedimikian adalah demokratik...
Perkembangan politik di negeri Perak ternyata memberi tamparan hebat kepada pakatan pembangkang yang selama ini mengharapkan pendekatan lompat parti sebagai jalan mudah untuk membentuk kerajaan. Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pakatan pembangkang, pendekatan lompat parti adalah tindakan yang demokratik dan tidak salah kerana mereka sentiasa mahu menarik orang dari Barisan Nasional (BN) terbukti dengan kejadi di TAIWAN, siri perjumpaan Anwar dan MP BN di Sabah & Sarawak.
''Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan BN buat seketika waktu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebutkan ia sebagai satu tindakan yang demokratik kononnya tanda UMN & BN Perak tidak lagi relevan & sebagainya... termasuk Nizar sendiri berkata semua perlu menghormati pendirian beliau (ADUN Bota) - tindakan lompat parti.
''Maka, kini dia tidak boleh berhujah lagi kerana inilah perkara yang mereka harap berlaku selama ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Foto Kerjasama Bidang Penerangan Malaysia-Negara Brunei Darussalam di sini hari ini.
Namun kini apa sudah jadi... kenapa Pakatan Rakyat macam lembu naik minyak... kata haram lah... tak demokratik lah... dan kata-kata keji lain... dulu mereka juga yang halalkan... betul tak??? terbukti dengan kenyataan Anwar dan pemimpin pakatan lain menghalalkan lompat parti sebagai jalan menuju PUTRAJAYA dan jalan singkat mendapat kuasa...
Apakah kalau mereka yang lakukan itu HALAL dan kalau selain mereka lakukan tindakan sama HARAM pula hukumnya??? Lihat betapa munafiknya pemimpin Pakatan Rakyat ini... cukuplah kita ditipu dengan pembohongan demi pembohongan... kita jangan biar diri kita terus diperbodohkan... belum lambat untuk kita berani berubah...
Teruskan Perjuangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment