Friday, February 20, 2009

SUDAH GILA - SPEAKER DUN PERAK V.SIVAKUMAR : GANTUNG MB DAN EXCO BN


Salam Perjuangan...

Polis panggil saksi isu 'gantung' MB Perak- Sumber UTUSAN

IPOH 20 Feb. - Polis akan memanggil beberapa saksi untuk dirakamkan percakapan mereka berhubung laporan polis bersabit isu penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, tindakan itu perlu berikutan wujud kewajaran pihaknya membuat siasatan terhadap 10 laporan polis yang dibuat setakat ini.

"Polis mengesahkan telah menerima 10 laporan polis bersabit isu penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri oleh Speaker DUN Perak.

"Daripada 10 laporan tersebut, lapan dibuat di Perak manakala dua lagi di luar negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Rabu lalu, Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.Menurut Zulkifli, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 124/120 B Kanun Keseksaan iaitu menyerang Ahli Parlimen dan lain-lain untuk menghalang kuasa serta pakatan jenayah.

Kepada rakyat Perak jangan terikut-ikut emosi dan berfikir secara waras... jangan dilayat tindakan"GILA" dan "BODOH" pemimpin Pakatan Rakyat ni... dah lah nampak sangat kemaruk kuasa... lagi gila sanggup jadi bodoh dan buat muka tembok buat usul yang tak masuk akal... dengan membelakangai DYMM Sultan Perak...

Bekas MB ( Nizar) sah ketanjung rambutan... di ikuti Speker DUN Perak... lepas ni harap-harap tokeh besar dia pulak yang masuk... he he he mungkin masuk dan merasmikan pusat mental yang bakal di tubuhkan di PUTRAJAYA... he he he - termakbul hasrat pemimpin agung Pakatan Rakyat duduk di Putrajaya...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.