Friday, February 6, 2009

PAKATAN RAKYAT DAN SI DERHAKA NIZAR: MENGAMUK GILA BABI, MERUSUH & HILANG AKAL

Salam Perjuangan

Jelas inilah wajah dan belang sebenar pemimpin Pakatan Rakyat... Dahlah Menderhaka kepada Sultan siap nak mengamuk lagi... kenapa dulu waktu DAP nak geran tanah bagi orang cina dan rendahkan taraf mufti negeri Nizar tak mengamuk... macam hilang akal gamak nya si Nizar ni... ups! lupa baru naik Camry sebulan dah nak kena tarik mana tak mengamuk... Apapun baca dulu petikan dibawah :-

Utusan : Mohammad Nizar masuki pejabat 9.43 pagi
06/02/2009 11:12am
IPOH 6 Feb. - Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama beberapa Exco dilihat memasuki pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pukul 9.43 pagi ini dan kemudian meninggalkan pejabat itu pukul 10.38 pagi. - Utusan : Sah gila talak Nizar ni... jelas dah awak dah tak jadi MB... nak masuk ekrja juga, agaknya last-last minit nak simpan ka, sorok ka, musnahkan ka fail-fail sulit bukti nanti kantoi pulak kata Anwar ko datang jelah kerja... atau Nizar dah insaf nak kerja kuat last day sebab 10 bulan dulu tak nak kerja kuat sibuk membela kaum cina...


Utusan : Mohammad Nizar diarah keluar dari Bangunan Perak Darul Ridzuan
06/02/2009 11:55am
IPOH 6 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak yang sah diarah keluar dari pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini. Beliau diarah keluar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.06 pagi ketika Mohammad Nizar sedang mengadakan sidang akhbar di pejabat Menteri Besar sebelum Abdul Rahman masuk dan meminta semua yang berada dalam bilik termasuk termasuk wartawan keluar.


Tindakan Abdul Rahman itu menaikkan kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pakatan pembangkang yang bertindak menyerbunya tetapi berjaya dihalang oleh anggota polis. - Tu dia Nizar datang bawak gengstar & penyamun masuk Pejabat MB - sah mentaliti Pakatan Rakyat mentaliti rimba.. mentaliti orang tak bertamadun.. oarng jalanan "Anwar Kata"

Malah, Mohammad Nizar sempat menjerit `What the hell' bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri itu.Mohammad Nizar bersama beberapa `Exco kerajaan negeri' kemudiannya keluar meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada pukul 10.40 pagi. - Utusan
: Peh! nizar dah mula mengamuk... tulah lantik MB yg biasa panjat tiang pasang bendera... mana ada budi bahasa dah, mulut main celupar je caci maki orang. Nasib baik Nizar kata `What the hell' kalau dia kata " What the F**K going on" amacam... puas Ulamak (Ular Dalam Semak) PAS berhujah menghalalkan tindakan dia...


UTUSAN : Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak
06/02/2009 12:51pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.


Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan - Sah Nizar tekena virus "GILA BABI" semasa melawat ladang babi di KEDAH dan SELANGOR... dah lah menderhaka... nak saman SULTAN PERAK... masyaALLAH, ha nampak sekarang semua betapa gilanya kesemua pemimpin pakatan rakyat... gila apa??? semua orang Pakatan Rakyat ni GILA KUASA... KETAGIH KUASA... bayangkan kalau seluruh negara jatuh ketangan mereka... rasa-rasa apa akan jadi kepada nasib anak cucu kita... org gila kuasa pasti nak kekal berkuasa selamanya... ALLAH nak beri kita petunjuk ni... marilah kita insaf dan bersyukur seterusnya tinggalkan perjuangan demi pemimpin GILA KUASA & KETAGIH KUASA seperti pakatan rakyat ni...

KITA TENGOK SIAPA MANGSA SEBENAR KEDEGILAN NIZAR INI??? SIAPA YANG MENDERITA???

Berita Harian: 2,000 penyokong pakatan berarak ke Istana Iskandariah (kata seratus ribu...)

KUALA KANGSAR: Kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat berarak dari Masjid Ubudiah, di sini, selepas selesai solat Jumaat jam 2.15 petang tadi ke Istana Iskandariah. Tindakan mereka berarak ke istana berkenaan bagi membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar baru Perak serta pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Anggota Unit Pencegah Rusuhan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan kumpulan terbabit. - lihat sendiri... mangsa adalah rakyat, pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mengadaikan dan mengorbankan pengikut mereka untuk menjadi kambing hitam perjuangan mereka... penunjuk perasaan ini akan ditangkap diheret kemuka pangadilan... ada ke Anwar? ke Azmin? ke Khalid Ibrahim? ke Karpal Singh atau Nizar sendiri pergi bersama-sama mereka baring atas jalan raya... atau baling batu kepada polis... tak ada sebab mereka golongan superior pemerintah "suci" kerja kotor biar pengikut berkorban...

Maklumat teman dapat kebanyakannya penunjuk perasaan ini adalah orang luar datang dari selangor dan pulau pinang manakala rakyat perak sendiri syukur kerajaan bertukar... kenapa org luar pula yang nak lebih-lebih... Jelas Anwar dan Pemimpin PR lebih rela negara huru-hara dan lebih mementingkan kuasa berbanding kesejahteraan... keamanan... dan kebajikan (janji Pakatan Rakyat) keseluruhan rakyat... Moga Allah membantu kita yg berada di pihak yang benar mengalahkan golongan munafik ini... Allahhuakber!

Renung-renungkan Teguhkan Pendirian Teruskan Perjuangan... Allahuakbar!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.