Dr. Mahathir dibenar pulang beberapa hari lagi
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Hospital Epsworth, Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru berkemungkinan dibenarkan pulang beberapa hari lagi.
Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, doktor berpuas hati dengan keadaan Dr. Mahathir yang bertindak balas terhadap antibiotik dan fisioterapi yang diberikan.
"Doktor gembira dengan perkembangan ini dan melihat kemungkinan untuk membenarkan beliau pulang dalam masa beberapa hari lagi," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Dr. Mahathir tiba di Melbourne pada Khamis lalu untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne pada Sabtu.
Bagaimanapun kelmarin, Dr. Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth, pada pukul 9 pagi bagi rawatan jangkitan paru-paru.
Beliau kini dirawat di wad biasa dan diberikan antibiotik dan menjalani fisioterapi serta keadaannya adalah stabil.
No comments:
Post a Comment