Duit Judi Kuda: Guan Eng Terus Berbohong
26 September 2010, Lim Guan Eng mengemaskini Twitternya dengan menyatakan "UMNO jahat seribu jahat keluarkan lesen judi bola nak aniayai" (baca sini). DAP yang jahat sebenarnya, mengakui menerima duit judi. Namun selepas pengakuan tersebut membuat mereka rugi dari segi politik, maka DAP menyalahkan pihak Utusan dan UMNO sebagai jahat.25 September 2010, Guan Eng akui dalam Twitternya "Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi,". Guan akui terima duit hasil judi dari lumba kuda.
Surat bertarikh 9 Julai 2010, mendedahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menerima duit hasil judi lumba kuda. Faridah Hani bt M.Yacob (Setiausaha Sulit Kepada Guan Eng) telah diarahkan oleh Guan Eng untuk menulis surat makluman kepada Encik Leow Khin Ming (Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Batu Gantung Road) berhubung penerimaan RM500,000 kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.Bukan sedikit, jumlahnya setengah juta disumbangkan kepada Guan Eng untuk memudahkan Guan Eng membeli undi dan simpati rakyat dengan RM100 di peringkat bawahan. Hari ini Guan Eng bising menyalahkan orang lain. Apakah selepas ini Guan Eng mahu menyalahkan SUSK yang menulis surat tersebut? Bila tembelangnya pecah, Guan Eng menuduh orang lain jahat.
SUMBER : ANGIN PERUBAHAN
No comments:
Post a Comment