Tuesday, October 12, 2010

NEGERI SELANGOR AKAN BANKRAP - PAKATAN GAGAL!


Salam Perjuangan,

Artikel ini dipaparkan bertujuan agar rakyat selangor sendiri dapat melihat bahawa perubahan kerajaan selangor dari BN kepada Pakatan Rakyat tidak memberikan kebaikan dan kesenangan sebagaimana janji pakatan rakyat semasa pilihanraya.

Malahan keadaan menjadi lebih buruk lagi berbanding selangor diperintah BN... terdapat 1001 kepincangan dan skandal yang telah didedahkan dan akan didedahkan yang menampakkan tembelang dan wajah sebenar pakatan rakyat yang rakus demi mengenyangkan diri sendiri bukan rakyat...

Belum terlambat... masih ada harapan... andainya kita sanggup berubah arah... peluang sudah kita berikan selama 1 penggal... dan kalau inilah hasilnya nescaya Pakatan Rakyat tidak layak dikekalkan... JOM BERUBAH!

dipetik dari : Gerakan Anti PKR

PAKATAN BANKRAPKAN SELANGOR ( BHG 1 )

ini adalah transkrip dan fakta ringkas pembentangan teks perbahasan belanjawan 2011 oleh ketua pembangkang selangor, ds khir toyo.

FAKTA 1 - ( DEFISIT )

tahun 2009 kerajaan negeri dibawah pentadbiran pakatan mengalami defisit berjumlah RM69.96 juta. jumlah ini berkemungkinan akan lebih besar jika skandal talam dalam isu 'round tripping' tidak dilakukan.

*defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan negeri melebihi pendapatan yang diperolehi*

FAKTA 2- ( PERBEZAAN AKAUN KERAJAAN NEGERI SEMASA PEMERINTAHAN BN DAN PAKATAN )

-2006 KERAJAAN BN
( baki akaun kerajaan negeri RM 72.51 juta )

-2007 KERAJAAN BN
( baki akaun kerajaan negeri RM 131.88 juta )

-2008 TRANSISI KERAJAAN DARI BN KE PAKATAN
( baki akaun kerajaan negeri RM 49.1 juta )

-2009 KERAJAAN PAKATAN - ( baki akaun kerajaan negeri..DEFISIT/RUGI RM 65.96 JUTA )

Berdasarkan kepada angka yang mudah di atas, siapa sebenarnya yang gagal mentadbir ekonomi selangor ? siapa yang kasi bankrap kantung kerajaan negeri selangor ?
FAKTA 3 - ( JANJI PAKATAN 'WE DO NOT SPEND MORE THAN WHAT WE HAVE'. BAHASA MUDAH KERAJAAN NEGERI AKAN BERBELANJA IKUT JUMLAH WANG YANG ADA ? )

benarkah janji tersebut ? kita perhatikan fakta ini.

-asal bajet kerajaan negeri tahun 2010 berjumlah RM 1.3 billion.

-namun pada april,julai dan november peruntukan tambahan telah diluluskan.

april RM 69 juta, julai RM 117 juta dan november RM 8 juta.

-maknanya bila bajet RM 1.3 billion dicampur dengan peruntukan tambahan sebanyak 3 kali, kerajaan negeri secara jelasnya pada tahun 2010 telah mengalami defisit sebanyak RM 194 juta. (2009 defisit RM 65. 96 juta)..

Apa petanda kepada petunjuk angka defisit ini ? ini maksudnya selangor makin bankrap !

FAKTA 4 - ( ANGGARAN PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI ANGAN-ANGAN KALID )

-kalid janji pendapatan kerajaan negeri tahun 2010 adalah RM 1.3 billion.

-setakat ni yang dapat RM 1.03 billion.

- lagi RM300 juta belum dapat lagi..hujung tahun dah dekat.

-duit dapat RM 1.03billion tapi dan belanja RM 1.494 billion.

-ini bijak urus ekonomi ke atau bengap urus ekonomi ?

FAKTA 5 - ( SELANGOR MUFLIS 2013 ? )

- defisit 2 tahun berturut-turut

- bila umum belanjawan tahunan, akan ada permintaan peruntukan tambahan.

-asyik tambah belanja tapi pendapatan tak de..tak ke bankrap namanya.

-slogan merakyatkan selangor wajar ditukar kepada memufliskan selangor.


FAKTA 6 - ( MENTERI BESAR SUKA BUKU TIGA LIMA )

- dulu menteri besar berhutang dengan bank islam hampir RM65 juta.

- sekarang selangor pulak terpalit dengan perangai buruk kalid gagap.

FAKTA 7 - ( NAJIB PUMP DUIT KEPADA KERAJAAN PAKATAN SELANGOR ? ) BUKTI KERAJAAN PUSAT (BN) TERLUS!

-ini benar. perhatikan fakta dibawah

-kerajaan persekutuan peruntukkan RM 563 juta kepada kerajaan selangor.

-daripada peruntukan itu, RM 480 dah sampai ke tangan kerajaan negeri.

apa fakta menarik yang wajib rakyat tahu daripada FAKTA 7 ?

1) kalau kerajaan persekutuan tak pump duit, maka defisit makin besar !

2) takde penganiyaan langsung dari kerajaan persekutuan kepada negeri selangor.

SEMOGA RAKYAT SELANGOR AKAN TERBUKA HATI, MATA DAN FIKIRAN BAHAWA MENYERAHKAN SELANGOR KEPADA PAKATAN RAKYAT ADALAH SATU KESILAPAN BESAR!

MASIH BELUM TERLAMBAT... JANGAN BIARKAN BALA DATANG BUAT KALI KEDUA... KERAJAAN SELANGOR PERLU DITUKAR!

JOM BERUBAH!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.