Wednesday, October 27, 2010

PROJEK "LITTLE INDIA" : ANCAMAN 1MALAYSIA

Little India?

Apakah 1Malaysia Hanya Retorik Semata-Mata?

Posted by Cucu Tok Selampit
Hari ini Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Perdana Menteri India, Mr Manmohan Singh akan merasmikan projek Little India, satu kawasan di Brickfields yang akan dijadikan "perkampungan" orang-orang India yang memaparkan budaya dan adat resam di Malaysia.

Persoalan yang saya timbulkan adalah kenapa kita memerlukan atau memberi perhargaan kepada Perdana Menteri India untuk bersama-sama merasmikan Little India. Apakah mesej sebenar yang kita hendak sampaikan? Apakah Rakyat berbangsa India di Malaysia masih ada ikatan dengan Negara India? Dalam Kerajaan melaung-laungkan 1Malaysia, Rakyat menjadi keliru dengan perkara sebegini.

Apakah yang akan terjadi pula sekiranya kaum-kaum lain turut memaksa Kerajaan untuk mengiktiraf mereka. Apakah Perdana Menteri atau Presiden China terpaksa turun untuk merasmikan Little China di Jalan Petaling misalnya atau Masyarakat Portugis di Melaka mahukan Perdana Menteri Portugal atau Cristiano Ronaldo merasmikan Little Portugal di Melaka? Ini belum lagi kalau kita hendak melayan masyarakat Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Afrika di sini. Mahu kelam kelibut jadinya.

Jangan salah sangka. Saya menyokong penuh projek Little India ini. Projek ini dapat mencantikkan kembali kawasan sekitar Brickfields yang dulunya kotor, dapat mengurangkan gangsterisma dan kejadian jenayah dan paling penting ianya dapat dijadikan kawasan perlancongan yang menarik yang memaparkan adat resam pelbagai kaum di Malaysia yang pelbagai.

Laungan 1Malaysia bagi saya adalah satu luangan dan slogan yang retorik. Kerajaan gagal memahami masyarakat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dan Agama yang tidak mungkin akan meninggalkan adab budaya dan sosio politik semata-mata mahu menyahut seruan Kerajaan menjadi SATU.

Apakah keseluruhan Rakyat Malaysia fasih berbahasa Kebangsaan. Apakah kita mahu menjadi satu bangsa seperti bangsa Indonesia yang mempunyai pegangan Pancasila yang sama sehinggakan tiada nama India dan Cina di sana melainkan nama Indonesia? Apakah kaum Cina dan India mahu mengorbankan SRJK (Cina)dan SRJK (India) untuk mewujudkan Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS)?

Kita kena berpijak di bumi yang nyata. Kita harus terima perbezaan semua kaum di Malaysia dan jangan ada sesiapa cuba menafikan hak mana-mana kaum selaras dengan Perlembagaan Negara. Tidak perlu kita merojakkan kesemua kaum di Malaysia. Asalkan perpaduan utuh seperti mana yang kita kecapi selama ini, saya sudah merasa bersyukur. Tak perlu 1Malaysia lah apalah yang sekadar omongan kosong orang-orang politik.

1 comment:

Unknown said...

Salam...
1.Tersirat dan tersurat....

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.