Monday, October 18, 2010

BAJET 2011 - PERKARA SAYA TIDAK SETUJU

Salam Perjuangan,

Berikut antara perkara yang tidak setuju dalam pembentangan Bajet 2011:

1. Menara Warisan Merdeka - 100 Tingkat

Saya tidak berapa faham kenapakah kita memerlukan perancangan untuk membina bangunan mega yang terbaru yang dijangka siap pada tahun 2015. Untuk apakah kita perlu menghabiskan RM5 billion untuk membina 100 tingkat Menara Warisan Merdeka. Apakah DS Najib mahu meninggalkan tinggalan struktur konkritnya untuk diingati oleh Rakyat apabila beliau bersara kelak atau apakah beliau mahu mengatasi monumen Menara Berkembar Petronas yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir? Kita mengalami kesesakan yang maha hebat di Lembah Klang. Dengan pembinaan 100 tingkat bangunan untuk diduduki oleh beberapa ribu orang pekerja dengan ratusan kenderaan yang bakal memenuhi jalanraya, adakah kita sudah bersedia?

Kenyataan Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen yang berkata, tindakan kerajaan mengumumkan projek mega seperti pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat itu perlu bagi memastikan Malaysia dapat terus membangun. Katanya, “Jadi untuk kita sekarang, satu bangunan 100 tingkat akan meletakkan kita di peta kemajuan.” Saya agak kecewa kenyataan ini keluar dari mulut seorang Menteri. Apakah dengan ada bangunan 100 tingkat, kita sudah berada di peta kemajuan sedangkan ada Rakyat yang tidak cukup makan? Mungkin beliau ingin membodek DS Najib kerana telah memberi peruntukan lebih kepada kementeriannya untuk mempromosikan perlancongan negara. Jadi bolehlah beliau memulakan perancangannya untuk melancong bersama suami tersayang.

2. Program Pendidikan dan Pengasuhan Kanak-kanak (PERMATA)

Saya rasa pelik kerana terpaksa berkongsi pendapat yang sama dengan rata-rata MP Pembangkang apabila PERMATA telah mendapat RM111 juta sementara Sekolah Agama Rakyat (SAR) hanya memperolehi RM90 juta. Saya merasakan pengumuman ini merupakan “hadiah” DS Najib untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang mahu lebih dikenali dengan gelaran "The First Lady". Ramai yang akan berkata, kenapakah kita mempertikaikan peruntukan kepada kanak-kanak kecil yang cemerlang. Alasan saya, berapa kerat anak-anak kita yang dapat masuk ke dalam program PERMATA. Apakah tujuan peruntukan yang bertambah RM11 juta daripada peruntukan RM100 juta yang diberikan pada tahun 2010 untuk segelintir kanak-kanak berbanding kanak-kanak yang bersekolah di sekolah-sekolah bantuan Kerajaan, SRJK dan SAR? Apakah rasionalnya pula PERMATA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Pelajaran?

3. RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris.

Untuk apakah Kerajaan menghabiskan sebanyak RM213 untuk panggil Mat dan Minah Saleh dari UK dan Australia yang dianggap guru jati daripada luar negara untuk pertingkat Bahasa Inggeris. Guru-guru tempatan tidak berkelayakan kah? Ini satu penghinaan kepada guru-guru Bahasa Inggeris di Malaysia. Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

4. Menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Dewan gamat seketika apabila DS Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan termasuk duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan. Beberapa MP Pembangkang kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Saya merasakan MP Pembangkang bertindak sedikit nakal dalam hal ini. Mana mungkin The First Lady membeli belah di dalam negara. Semua orang tahu beliau lebih suka membeli barangan-barangan berjenamanya di luar negara. Buat lawak lah tu!

PALING UTAMA - Saya ingin bertanya pembaca-pembaca sekalian, kalau tidak silap saya, inilah pertama kali bajet pertahanan tiada di dalam bajet 2011.

Kalau soalan bodoh seperti saya, kalau kita tidak bajet, bukankah kita tidak boleh belanja. Takkan kita terlepas pandang perkara sebesar ini?

Kesimpulannya, memang banyak insentif-insentif dan galakan-galakan menarik di dalam Bajet 2011 namun saya tidak pasti sama ada Bajet 2011 betul-betul dapat mencapai matlamat temanya iaitu "Mentransformasi Malaysia Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi." Apakah ini bajet untuk Rakyat sekiranya RM65 juta diperuntukkan untuk membaik pulih kediaman Perdana Menteri. Juara Raja Lawak Nabil ada berkata, Lu fikirlah sendiri...

Ubah Suai
Petikan dari : cucu tok selampit

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.