Tuesday, October 5, 2010

PAKATAN RAKYAT BAGUS : RUMAH TAJAAN UNTUK MISKIN DAN OKU

Inilah rumah bantuan PAS dan PKR kawasan DUN Sungai Rapat....cantiknya!!!!!!

Apa yang saya nak tunjukkan hari ini adalah hasil kerja PAS Batu Gajah bersama Ahli Parlimen Gopeng Lim Boon Chye yang menunjukkan perihatinnya kepada seorang OKU di Kampung Seri Rahmat Batu Gajah.

Bekas calon PAS DUN Sungai Rapat iaitu Radhi Zainon bersama Lim Boon Chye telah cuba menunjukkan mereka lebih baik dari YB Dato Hamidah ADUN Sungai Rapat dalam membantu masyarakat OKU. Apabila mendengar berita tentang bantuan rumah OKU cukup menggembirakan bagi Ahmad Sapaei bin Alang Umi seorang OKU yang tinggal di Kampung Seri Rahmat.

Apabila tiba hari pecah tanah bukan main PAS dan beberapa pemimpin DAP dan PKR datang sambil mengambil gambar bersama wartawan sinar dan dimasukkan dalam akhbar Sinar Harian.

Beberapa bulan kemudian kerja-kerja terbengkalai kerana dikatakan Lim Boon Chye tidak dapat menumpukan hanya seorang sahaja, beliau harus membelanja duit yang ada pada masyarakat cina juga.

Apabila rumah terbengkalai Lim Boon Chye mahukan acara perasmian rumah ini diadakan juga, maka datanglah wartawan mereka mengambil gambar rumah yang indah dan cantik dan inilah rumah OKU yang mereka rasmikan.Kemudian mereka mewar-warkan bahawa mereka pemimpin perihatin mendahului ADUN Sungai Rapat.

Beberapa minggu kemudian saya menemui OKU tersebut ingin mengetahui tentang rumah baharunya, OKU itu berkata "PAS tidak mampu untuk menyiapkan rumah tersebut". Hasilnya inilah dia rumah bantuan PAS dan PKR DUN Sungai Rapat.

Sumber
http://amieiedaluv.blogspot.com/2010/10/hadiah-rumah-utk-oku-daripada-pas-dan.html
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/10/awas-rumah-hantu-pas-batu-gajah-dan-lim.html#comments

NOTA:

Kalaulah depa memerintah malaysia... habislah kita... janji punya bagus macam nak rak... bila siap tengok-tengok HAMPAS! terbukti depa ni bab cakap no satu... bab tunai HAMPAS.. PUNAH! tengok saja janji depa masa pilihanraya umum lepas... berapa dah tertunai... konon lagi jaga kebajikan sebalinya makin kita kena cekik darah adalah...

HENTIKAN SOKONGAN PADA PAKATAN ATAU ANAK CUCU DAN GENERASI AKAN DATANG KITA MENDAPAT PADA... INSAFLAH!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.