Alhamdullillah Dato' Ibrahim Ali Selamat Jalani Pembedahan
Ibrahim Ali selamat jalani pembedahan jantung
hMETRO : KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini hari ini.
Ketua Penerangan Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar berkata, Ibrahim berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kerumitan selepas pembedahan yang bermula kira-kira pukul 10 pagi tadi dan berakhir 4 petang.
"Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, isteri dan anggota keluarga Ibrahim serta anggota Perkasa turut berada di hospital semasa pembedahan itu berlangsung.
Ibrahim mengadu berasa tidak sihat sejak tiga minggu lepas namun hanya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital itu tiga hari lalu.-Bernama
mStar : Ibrahim Ali Selamat Jalani Pembedahan Jantung
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini, Isnin.
Ketua Penerangan Wira Perkasa Nurul Izham Anuar berkata Ibrahim berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kerumitan selepas pembedahan yang bermula kira-kira pukul 10 pagi tadi dan berakhir 4 petang.
"Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata isteri dan anggota keluarga Ibrahim serta anggota Perkasa turut berada di hospital semasa pembedahan itu berlangsung.
Ibrahim mengadu berasa tidak sihat sejak tiga minggu lepas namun hanya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital itu tiga hari lalu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment