Thursday, October 21, 2010

BEKAS MUFTI PERLIS MOHD ASRI : BUKTI UMNO PARTI TERBUKA


Malam tadi terserempak dengan bekas Mufi Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

Pada mulanya agak terkejut dengan kehadiran beliau di sana. Maklumlah beliau sering sahaja mengkritik Umno secara terbuka. Ditanya tentang kehadiran beliau di sana.

Dijawabnya, “Umno sebuah parti yang terbuka,walaupun saya sering mengkritik mereka, tetapi mereka tetap menjemput saya. Saya rasa kalau parti lain dah jemput saya jika saya membuat begitu kepada parti mereka”


Dr.Asri juga berkata, beliau tidak ada masalah dengan Umno dan kritikan-kritikannya selama ini adalah kiritikan membina dan Umno harus melihat dari sudut positif.

Inilah bukti tentang suburnya demokrasi dalam UMNO...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.