Friday, October 22, 2010

TEKINI : MALAYSIA KINI MENANG, UMNO KALAH!

Benarlah kata orang yang orang melayu mudah mengalah. Benarlah kata orang melayu mudah lembut.

Bagi penulis mengalah dan berlembut... atau tidak tegas, penakut dan bacul... kalau rumah kita sendiri pun kita tak berani kawal apatah lagi berhadapan dengan dunia luas diluar sana... malas nak kata apa-apa... Setiausaha Agung and Setiausaha Kerja UMNO sama-sama kayu!

Sebelum ini sekretariat Perhimpunan Agung Umno 2010 amat tegas sekali dalam soal pengeluaran pas media. Katanya tiada sebarang pas media dikeluarkan kepada sebarang media eletronik (media baru) termasuklah blogger-blogger pro Umno seperti saya.

Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ketegasan pihak sekretariat tidak kemana. Setelah dua hari diasak oleh malaysiakini akhirnya mereka mengalah dan seterusnya mengeluarkan pas media untuk malaysiakini semalam.

Mkini diberikan pas media AGM Umno

Buat kali pertama, Umno akhirnya mengeluarkan pas media kepada Malaysiakini bagi membolehkan wartawannya membuat liputan sempena perhimpunan agung parti itu.

Bagaimanapun, hanya dua pas dikeluarkan kepada portal berita bebas itu walaupun sebanyak 15 permohonan dibuat untuk empat seksyen berlainan bahasa dan laman videonya.

Difahamkan beberapa lagi akhbar dalam talian turut diberikan pas yang sama pagi ini.

Bagaimanapun, bagi media arus perdana, difahamkan hampir kesemua yang membuat permohonan telah diberikan pas berkenaan.

Semakan dengan sekretariat Umno memberikan gambaran tiada lagi pas media akan dikeluarkan kepada Malaysiakini.

Pas itu diperoleh apabila insiden terbabit dilaporkan beberapa media semalam. Manakala Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin pula berkata akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Semalam, lapan wartawan Malaysiakini diminta keluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu.

Semua mereka diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu, seperti diarahkan oleh setiausaha agung

Menurut pegawai terbabit, arahan tersebut dikeluarkan terus dari setiausaha agung Umno.


Syabas malaysiakini, anda memang hebat !

Hidup Malaysiakini !

Sumber RBF - Umno Kalah , Malaysiakini Menang

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.