Suasana depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kecoh seketika bila seorang lelaki Arab dipercayai warga Palestin kelar badannya dengan pisau kerana protes serangan tentera Israel keatas kapal konvoi misi kemanusiaan Gaza. Polis terus mengejarkannya ke hospital untuk rawatan. Sementara itu di pejabat perwakilan Bangsa-bangsa Bersatu di Kuala Lumpur,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengetuai rombongan 200 orang ahli pergerakan itu menyampaikan nota bantahan. Satu lagi sejarah hitam…
Kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi sejurus Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali selesai mengetuai kira-kira 300 orang wakil pelbagai NGO mengadakan demo depan kedutaan.
Mereka adakan demo itu mulai jam 11 pagi.
Ibrahim juga telah menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan itu.
Orang ramai telah bertindak segera untuk mengelak dari dia mencederakan lagi dirinya.Badan dan tangannya berlumuran darah.
Pada jam 12 tengahari pula seramai 80 orang dari pakatan rakyat diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sampai untuk menyampaikan nota bantahan.Turut serta Tian Chua,Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Turut serta Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.Nota berkenaan disampaikan kepada ketua perwakilan itu Kamal Malhotra.- 1/6/2010
Serangan flotila: Rakyat Malaysia protes... | ||
|
Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia itu, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.
Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.
Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang menyerahkan memonrandum dua muka surat itu berkata PBB perlu melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Israel kerana sering-kali mencabuli undang-undang antarabangsa.
Khairy juga menggesa Amerika Syarikat agar tidak bersekongkol dengan Israel kerana “dunia telah menyaksikan kekejaman mereka menyerang tanpa sebarang sebab di perairan antarabangsa”.
Beliau berkata Malholtra memberi jaminan bahawa memorandum berkenaan akan disampaikan kepada ibu pejabat PBB di New York hari ini, memandangkan Majlis Keselamatan sedang membahaskan perkara berkenaan.
Timbalan ketua pemuda Umno, Razali Ibrahim juga senada dan berkata "Buat kali pertamanya, PBB mesti bertindak".
Jika tidak, katanya, badan dunia itu akan kehilangan rasa hormat daripada masyarakat dunia.
Khairy
"Kami ingin menunjukkan bahawa rakyat malaysia bersatu menentang Israel. Ini bukan soal keagamaan tetapi isu sejagat.
"Langkah seterusnya ialah memberi tekanan kepada negara-negara kuasa dunia supaya tidak berpihak dengan Israel,” katanya.
Hadir sama adalah ketua pemuda MIC T Mohan dan perwakilan dari MCA dan PPP.
Kedua-dua protes berkenaan dipantau oleh sekumpulan polis yang ditugas memastikan ia dijalankan dalam keadaan terkawal.
Selain, bantahan jam 10 pagi tadi yang diketuai oleh NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA0, Majlis Perundingan Melayu (MPM)dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), terdapat dua lagi protes.
NGO Islam yang diketuai oleh Talian Hayat untuk Gaza atau Lifeline4Gaza berhubung pada jam 11 pagi tadi manakala PAS dan parti-parti pembangkang pula akan berada di sana pada jam 12 tengahari.
1 comment:
itu kata kita , itu suara hati kita ..berbagai kaum dan agama dalam satu suara , mengutuk tindakan Israel ,
nak tanya , apa pula kata anwar ? apa pula suara anwar ? dimana suara PKR , suara LIm guan eng ..kit siang , kapal sink , hamPASrael yg kononnya buat demo , bukan pula kutuk israel tapi kutuk kerajaan , ..
Post a Comment