NASHARUDDIN DI’CAH KETING’ PAS KELANTAN ???
Para perwakilan selain PAS Kelantan, mempersoalkan mengapa gambar Nasharuddin tidak dipamerkan pada poster dan banner sewaktu berlangsung Muka Tamar ke 56. Nasharuddin pantas memberi jawapan selamat bahawa beliau tidak mahu sebarang gambarnya terpampang sewaktu persidangan. Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS, Abdullah Abdul Razak berkata hanya gambar pemimpin tertinggi sahaja yang diberi keutamaan. Apakah Nasharuddin bukan salah seorang dari pemimpin tertinggi PAS?
Kemurkaan Nik Aziz masih belum terpadam kerana beliau merupakan pemimpin selain Haji Hadi yang bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS. Masih terngiang di kepala Nasharuddin bagaimana murkanya Nik Aziz sehingga beliau dicabar untuk keluar dari PAS dan terus menganggotai UMNO. PAS Kelantan yang malu malu alah dengan Nik Aziz wajib akur dengan ‘boss’ mereka dan menghentam Nasharuddin bagai esok harinya kiamat. Penyakit ‘Cah Keting’ UMNO sudah menular ke dalam kem PAS Kelantan. Nasharuddin masih belum mampu menghilangkan mimpi ngeri ‘Cah Keting’ ciptaan Nik Aziz.
LAPORAN KEWANGAN PAS 2009 JAHANAM !!!
Poket PAS kini sudah ‘tenat’ apabila mencatat defisit kewangan sebanyak RM 200,000.00 sewaktu pembentangan oleh Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli . Perbelanjaan Muka Tamar Perak 2008 berjumlah RM 38,000.00 meningkat mendadak kepada RM 100,000.00 sewaktu Muka Tamar 2009 di Selangor. Dr Hatta Mohd Ramli terpaksa ‘spin’ dengan menyatakan PAS Perhubungan Negeri memberi ‘fund injection’ sewaktu Muka Tamar Perak 2008. Apakah PAS Kelantan tidak mempunyai dana mencukupi untuk membantu persidangan kali ini? Atau mungkin wang sebanyak RM 4,000,000.00 sudah ’dicuri’ dari dana negeri untuk projek ’Fitnah UMNO 2008’? Dr Hatta mungkin ada jawapannya.
Begitu juga dengan penubuhan 5 Kompleks PAS Malaysia yang diwar war di Hulu Klang, Gombak, naik taraf Taman Melewar, Sungai Merang dan Paya Indah. Ke mana menghilangnya ’dana’ tabung tabung yang diwujudkan selama ini? Sangkaan kita, mungkin hasil kutipan dari tabung tabung ini digunapakai untuk mendirikan masjid masjid di Kelantan. Namun, persoalan yang nyata tidak ada satu pun masjid didirikan oleh PAS di Kelantan. Ke mana ’menghilangnya’ hasil kutipan? Dr Hatta Ramli mungkin tiada jawapan !!!
PAS PENERAJU PAKATAN HARAM ???
Satu retorik yang maha hebat dibangkitkan sewaktu Muka Tamar ke 56. Para perwakilan sebulat suara mahukan Nik Aziz menjadi Peneraju Pakatan Haram berdasarkan ’track record’ cemerlang Nik Aziz di Serambi Mekah. Jika diambil kira dari segi kemunduran ekonomi, pertambahan pusat maksiat, pusat penyelududpan utama dan pelbagai elemen elemen negatif lain, Serambi Mekah sudah patut digelar Serambi Mukah !!!. Mungkin itulah ’track record’ yang cemerlang pada pandangan mulia PAS.
Walaubagaimanapun Nik Aziz dengan rendah diri menolak cadangan perwakilan dengan beranggapan Anwar Ibrahim lebih layak menerajui Pakatan Haram. Dengan alasan itu juga, Anwar Ibrahim ditawarkan jawatan sebagai Mursidul Am PAS kerana moral (moral?), ketahanan (ketahanan? tahan lama mungkin, prestasi anu yang cemerlang) dan ketokohan beliau. Mungkin ’Mind Game’ Nik Aziz akan menjadi jika sekiranya Anwar Ibrahim keluar PKR dan menerajui PAS. Apakah ’rakyat’ PAS akan bersetuju dengan cadangan Nik Aziz agar Anwar Ibrahim menjadi Mursidul Am yang baru, walaupun sehingga kini belum ada yang membantah melalui media massa (mungkin takut ... mungkin terlalu tunduk kepada Nik Aziz).
Cukup hebat pemikiran agung Nik Aziz kerana Serambi Mekah tidak akan menjadi Serambi Mukah, sebaliknya menjadi Serambi Zionist !!! Di mana logiknya PAS yang hanya mempunyai 23 kerusi Parlimen akan menjadi peneraju, sedangkan PKR mempunyai 25 kerusi Parlimen dan DAP sebanyak 29 kerusi Parlimen. Takut nanti Al Syeikh Karpal Singh berkata ”Langkah Kerusi Saya Dahulu” ... Pakatan Haram masih belum didaftarkan, pakatan tinggal pakatan !!!
NON MUSLIM MENJADI CALON PAS ???
Seperti artikel UMWM sebelum ini, PAS masih lagi membisu dengan Perlembagaan PAS Fasal 3 dan 4, Fasal 9 dan Fasal 6. Keghairahan PAS dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menerima bukan Islam sebagai ahli dalam memastikan undi ke Putrajaya pasti akan memakan diri . Jika hanya setakat Majlis Syura PAS dan Haji Hadi melaungkan calon Non Muslim perlu menerima dasar PAS, berakhlak dan setia, bukankah ini sudah ’contradict’ dengan Perlembagaan PAS sendiri. PAS perlu mempercepatkan pindaan Perlembagaan sucinya agar sokongan Non Muslim bercambah bak cendawan di tepi sampah sarap. Pedulikan para perwakilan, undi sebenarnya lebih penting !!!
Pemimpin pemimpin PAS kini sudah ’terlepas cakap di saat akhir’ dan ’syok sendiri’. DHPP sudah pasti mengatur strategi untuk ’Cah Keting’ para pemimpin Melayu PAS mulai sekarang, strategi perlu betul dan dicampuraduk dengan lambakan wang ringgit untuk menjadi perwakilan. ’Rakyat PAS’ sekali lagi ‘dipanaskan bontot mereka’ dengan sikap ’brain dead with short term strategy’ Haji Hadi dan Majlis Syura PAS. Semakin terbukti ’matlamat menghalalkan cara’ menjadi wahid perjuangan PAS tanpa memikirkan pemimpin Melayu yang lebih layak untuk dijadikan calon. ”Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak kata ... DHPP sudah bersiap bersedia”. Mungkin ada lebih baiknya PAS menukar nama PARTI untuk meraih sokongan undi ke Putrajaya. Contoh terbaik, PMC ... ’PARTI MENGHALAKAN CARA’.
KOK HILANG PAS ???
KOHILAL sudah menjadi isu sensitif yang perlu di’tutup buku’ dengan segera. Dua kenyataan ‘brain dead’ dari Haji Hadi dan Mohd Amar Nik Abdullah masih belum menjawab ketidakpuasan hati perwakilan bahkan ‘rakyat PAS’. Amat tidak logik apabila pemimpin tertinggi ‘membasuh tangan seberapa segera’ sebelum tercetusnya letupan api mala petaka. Cubaan untuk menutup ‘lubang’ kelemahan melalui alasan alasan ‘budak tadika’ disangkal dengan kenyataan rasmi Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Mangsor Saad.
’Corporate Governance, Accountability, Transparency, Integrity’ beserta pelaburan tidak berhemah fakta sebenar berlakunya kerugian berjumlah RM 45,000,000.00. Kerugian ini sebenarnya adalah kerugian yang perlu ditanggung oleh 23,000 ahli di mana pelaburan mereka selama 20 tahun sudah ‘burnt into dust’. Amat malang bagi rakyat ingin menyandarkan kepimpinan ulama tersohor seperti ini untuk mentadbir negara jika politik dinafikan ada kaitan dengan ekonomi, harus dipisahkan.
Penafian sahaja tidak mampu mengembalikan wang pelaburan. Mustahil jika sekiranya salah kiraan menjadi ’Immaterial Financial Disclosure’. Seperti sudah sinonim apabila Laporan Kewangan PAS 2009 menjunam, wang kutipan dari tabung tabung ’hilang’ tidak dibahaskan dan kini kerugian besar KOHILAL. Apakah sudah ada tanda tanda penyelewengan kuasa, rasuah dan ’money game’ di dalam PAS. Tidak mustahil kerana juak juak PAS ini manusia juga ! ’Blinded by Ringgit Malaysia’ !. Para perwakilan dan ’rakyat’ PAS tetap ternganga jua.
LAWAK UDANG DI SEBALIK BATU !!!
Agak melucukan apabila Nik Aziz menegur sikap para perwakilan yang mengejek Perdana Menteri dan isterinya dengan alasan ia bertentangan dengan Islam. Nampak Nik Aziz cukup kesal dengan sikap tidak ‘Islamik’ pada Muka Tamar ke 56. Nik Aziz berkata gelaran buruk kepada seseorang tidak boleh digunakan dan haram hukumnya. Para perwakilan menjadi agak pening dengan fatwa ‘setengah masak’ Mursidul Am PAS ini. Tahun 1995, 1998, 2008, 2009 dibolehkan mencaci dan memaki, Tahun 2010 diharamkan pula? Cepatnya berubah! Agak skeptikal kerana Nik Aziz yang memulakan dahulu tradisi memaki hamun, berdoa yang bukan bukan juga dengan menggunakan alasan ianya ‘Islamik’. Nik Aziz kini sudah menjadi ‘Two Faces’ atau bermuka muka. Dengan perkataan yang lebih tepat, munafiq !
Apa sebenarnya Nik Aziz mahukan? Atau adalah segalanya kerana Perdana Menteri akan berkunjung ke Kelantan pada 16 Jun 2010. Kenyataan kenyataan yang kurang menyenangkan dari perwakilan mungkin akan ’menolak tuah dan buah tangan’ Perdana Menteri kepada Nik Aziz dan ’rakyat’ PAS. Nik Aziz cukup takut jika sekiranya UMNO akan mengambil peluang membuat ’bashing party’ kepada PAS. Rupa rupanya bukan disebabkan alasan sebagai seorang Islam, tetapi lebih kepada ’Menggunakan Ajaran Islam’. Cerdik rupanya tua nyanyuk ni! Nik Aziz kini sudah bergelar ’Pembela Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor’ ! Para perwakilan … tercengang …
PENGAJARAN DARI MUKTAMAR ke 56 ... KESIMPULAN ...
PAS semakin cerdik setelah mempelajari dan menghayati ajaran yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim melalui kitab tersohor Anwar Ibrahim ... ’How To Be A Chameleon’. Jika tahun lalu Haji Hadi bertempik tiba masanya ‘Islam Memimpin’ dan kini menjadi ‘Islam Adil Untuk Semua’. Semuanya adalah gara gara penubuhan DHPP yang akan menjanjikan sokongan, undi dan yang paling ‘wahid’ … menuju puncak ke Putrajaya!
Dasar memperjuangkan Islam kini menjadi momokan kerana PAS sudah liberal ! PAS sudah menjadi sekular malah lebih sekular dari UMNO ! Proses liberalisasi di dalam PAS menjadikan PAS terpaksa melupakan nasib Islam dan bangsa Melayu apabila diminta supaya lebih lantang memperjuangkan pengukuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dalam usul yang disampaikan oleh K Deepakaran, wakil DHPP. PAS tidak boleh lagi mendabik dada dan berbangga sebagai parti yang mempertahankan maruah Islam dan orang Melayu kerana dilihat terlalu berhempas pulas menyuarakan permasalahan Non Melayu dan Non Muslim. UMNO kini secara automatik sudah lebih layak bergelar Parti Memperjuangkan Islam dan Melayu.
Yang pasti, pengundi tradisi PAS sudah mula mengorak langkah beralih arah kepada UMNO. Tidak mungkin pengundi tradisi akan beralih arah kepada PKR dan DAP ! UMNO dilihat lebih menjamin nasib umat Melayu jika dibandingkan dengan PAS yang terus beralih arah kepada Non Melayu dan Non Muslim. Ironiknya, PAS sudah terlalu kabur pandangan demi sebuah undi yang maha hebat!
Mungkin selepas ini, Nik Aziz dan para ‘ularmak’ PAS di dalam saf Dewan Ulama PAS perlu menyelitkan nama nama mereka yang berada di dalam DHPP pada setiap bacaan doa. Tidak mustahil …
'Islam Fair For All' ... Retorik ! ... Penuh Retorik !
Sumber : Unit Media Wangsa Maju
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment