Friday, June 11, 2010

AHLI PALIMEN 'USTAZAH PAS' : SANGGUP UGUT DEMI TUTUP PRESTASI RENDAH

'Pegawai' ahli Parlimen buat aduan terhadap majikan

KOTA BHARU 10 Jun - Seorang kerani hari ini membuat aduan polis mendakwa majikannya, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, mengugutnya kerana cuba mengemukakan laporan tentang prestasi majikannya kepada Pas pusat.

Lelaki berkenaan, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 35, yang mengaku sebagai pegawai khas kepada Anggota Parlimen tersebut membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada pukul 10.30 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan selama 1 jam 15 minit itu dibuat, beliau mendakwa, majikannya mengugutnya melalui perbualan telefon dengan isterinya, Salwati Mohd Ariffin, 34, pada 5 Jun lalu.

Katanya, beliau mula berkhidmat dengan Siti Zailah awal Januari lalu.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di muktamar ke-50 Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah berkata, Ahmad Syauqey bukan pegawai khasnya tetapi kerani di pusat khidmat rakyat Parlimen Rantau Panjang.

Katanya, tugas kerani itu dipegang oleh isteri lelaki itu yang mengambil alih tugas tersebut tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Ahmad Syauqey berkata, satu salinan laporan "pemerhatian" ke atas majikannya juga diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh pada 1.40 tengah hari selepas Muktamar Muslimat berhenti bersidang untuk makan tengah hari. - BERNAMA.

ULASAN :

Inilah wajah sebenar ahli PAS. Walau bertudung labuh atau berkopiah depa semua tetap manusia yang ada nafsu shahwat, keinginan terhadap keduniaan harta pangkat dan kekayaan... mereka tidak maksum...jadi ingatlah PAS ialah parti politik dan bukan AGAMA! yg harus diikut secara buta tuli... yang salah tetap salah jangan kerana sebab PAS... sanggup memutar belitkan Alquran & Al Hadis semata-mata kerana hendak menghalalkan perbuatan mereka... ingatlah Allah maha kaya dan berkuasa...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.