Friday, June 11, 2010

PENDEDAHAN : KENALI LITTLE NAPOLEAN PKR YG DIMAKSUDKAN WEE CHOO KEONG

Siapakah dia Little Napolean dalam PKR?

Ada 8 pemimpin yang merupakan key players dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Parlimen Wangsa Maju yang merupakan bekas ahli PKR, Wee Choo Keong pernah mengelarkan kesemua lapan mereka ini sebagai Little Napoleon.

Walaupun hubungan sesama mereka ada yang dingin, namun yang pasti, mereka ini yang juga dikenali sebagai G8 dalam PKR adalah kumpulan yang menentukan hala tuju parti itu. Ada pihak berkata bahawa Anwar juga merasai tekanan yang amat hebat daripada G8 ini.

Jika anda tertanya-tanya siapakah Little Napoleon atau G8 dalam PKR seperti yang pernah dimaksudkan Choo Keong, maka senarainya adalah seperti berikut;

1. Azmin Ali

2. Fuziah Salleh

3. Saifuddin Nasution


4. Tian Chua


5. Gobala Krishnan

6. Sivarasa

7. Zaid Ibrahim

8. Khalid Ibrahim

Dah 8, kenapa ada Kak Wan?
Tidak ... dia mangsa liwat pertama

Inilah Little Napoleon yang dimaksudkan oleh Wee Choo Keong.

Mereka ini adalah penentu dasar-dasar dalam PKR - Apa-apa sahaja berkaitan PKR ditentukan mereka berlapan.

Gelaran G8 yang diberikan kepada mereka adalah akronim kepada lapan negara ekonomi terbesar dunia. Simbolik kepada kuasa dan kedudukan yang dipegang G8 PKR itu.

Apa sahaja yang diinginkan oleh G8 ini akan disalurkan kepada Anwar melalui Azmin dan Anwar akan mengikut kehendak mereka.

Percaya atau tidak, mereka ini begitu berkuasa dalam PKR sehinggakan apa yang diputuskan Majlis Tertinggi PKR pun boleh berubah bila sampai kepada puak-puak ini.

Secara tidak langsung, mereka ini memiliki kuasa untuk mempengaruhi perjalanan PKR.

Kuasa tidak terhad yang dipegang 8 nama di atas itu adalah punca utama mengapa ramai pemimpin PKR lain keluar meninggalkan parti itu.

Satu contoh bagaimana kumpulan G8 ini mengusai PKR dalam dilihat beberapa bulan lalu apabila Kumpulan jawatankuasa disiplin PKR yang membincangkan mengenai sokongan terbuka Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (ketika itu dalam PKR), Zulkifli Noordin terhadap larangan penggunaan kalimah Allah.

Kesemua ahli jawatankuasa berkenaan dicalonkan oleh kumpulan G8 dan tujuan mereka bertindak demikian adalah untuk memastikan Zulkifli Noordin dibuang.

Dan pengaruh mereka semakin kuat sejak Anwar dibelenggu pelbagai masalah peribadi terutama kes liwat.

Jadi umumnya, Parti Keadilan Rakyat tidaklah seadil mana pun kepada rakyat...ia adil kepada 8 yang berkuasa dalam diam itu sahaja sebenarnya.....fikirlah sendiri.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.