Thursday, June 10, 2010

AJARAN ISLAM ACUAN NIK AZIZ NIK MAT

KITAB RUJUKAN PAS KARYA NIK AZIZ ... UMNO DIHARAMKAN MEMBACA !!!

Kitab ini adalah khas untuk rujukan para Ahlul Bahlul PAS sahaja. Di Dalam kitab ini mengandungi ajaran ajaran Al Syeikh Nik Aziz yang perlu dijadikan panduan dan ikutan kita para Ahlul Bahlul PAS.

Mari kita selidiki dan mendalami maksud ajaran ajaran Al Syeikh kita untuk renungan kita bersama. Semoga kita beroleh kejayaan yang sepatutnya.


AJARAN 001
Maksudnya: Kita tidak boleh menghalang penjualan arak kepada bukan Islam kerana ia akan dikhuatiri menjejaskan peluang kita untuk memenangi undi. Jangan disulitkan masalah kecil untuk kebaikan bukan Islam.


AJARAN 002
Maksudnya: Kita dibenarkan untuk mengambil cukai hasil dari penjualan arak, lesen anjing, (judi dan pelacuran masih belum diwartakan lagi) demi kepentingan umat sejagat. Hasil cukai boleh digunakan untuk tujuan pembangunan dan modernisasi.


AJARAN 003
Maksudnya: UMNO, MIC, MCA, DAP, PKR, KIMMA, IPF, PBS dan sebagainya ternyata adalah haram kerana mereka bukan Islam dan tidak menghormati Islam secara keseluruhannya. Wajib kita menolak kesemua parti yang disebutkan kerana mereka bukan PAS (golongan terpilih).


AJARAN 004
Maksudnya: Di dalam Al Quran disebutkan hanya mengikuti dan mengundi PAS layak diberikan syurga. Hanya PAS sahaja yang ada disebutkan didalam Al Quran.


AJARAN 005
Maksudnya: PAS sudah mempunyai perjanjian dengan para Malaikat dan atas dasar itu PAS akan tetap memerintah Kelantan selagi perjanjian ini tidak dimungkiri. Didalam perlembagaan PAS juga sudah dinyatakan perjanjian ini. PAS kini berjuang untuk menegakkan negara Islam.


AJARAN 006
Maksudnya: Ini adalah ajaran yang terpenting didalam kitab rujukan ini. Kita diwajibkan menentang, melawan, membunuh UMNO kerana itu adalah jaminan jika mati, mati kita adalah mati syahid. Tidak ada jalan lain untuk mati syahid melainkan dengan melawan UMNO denagn bersungguh sungguh.


AJARAN 007
Maksudnya: UMNO adalah parti untuk orang orang kafir kerana pentadbiran yang dijalankan oleh para golongan UMNO berunsur kafir semata mata.


AJARAN 008
Maksudnya: PAS boleh menerima kembali DAP kerana mereka sanggup bekerjasama dengan PAS kerana kedua dua parti ini bersetuju secara dasar untuk tidak menubuhkan negara Islam. Dengan ini AJARAN 003 tidak boleh digunapakai untuk DAP. Al Syeikh Nik Aziz sudah mewartakan bahawa DAP tidak tergolong didalam AJARAN 003.


AJARAN 009
Maksudnya: Ajaran ini adalah kesinambungan dan tambahan kepada Ajaran 006 dan Ajaran 007. Maka ajaran ini disifatkan merangkumi kedua dua ajaran yang telah disebutkan.


AJARAN 010
Maksudnya: Ini adalah ibu segala ajaran yang telah diwartakan oleh Al Syeikh Nik Aziz. Ajaran ini sebagai merungkai kembali AJARAN 005. Ajaran ini juga akan 'superseded' ajaran yang telah dikeluarkan terdahulu iaitu AJARAN 005.



AJARAN 011
Maksudnya: Kesemua Ahlul bahlul PAS perlu akur kepada ajaran ini kerana DAP sudah menjadi rakan sekutu pilihan. Ahlul bahlul PAS tidak dibenarkan sama sekali mengingkari ajaran ini.


AJARAN 012
Maksudnya: Ajaran ini adalah pelengkap kepada AJARAN 009, AJARAN 010 dan AJARAN 011. PAS tidak lagi akan memperjuangkan negara Islam kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada DAP. Walaubagaimanapun, AJARAN 005 masih dipakai kerana Al Syeikh Nik Aziz masih belum menghapuskan AJARAN 005 atas sebab perjanjian dengan para Malaikat.


AJARAN 013
Maksudnya: Ajaran ini disifatkan sebagai 'temporary period' atau tempoh sementara kerana undi adalah segala galanya bagi PAS. Ajaran ini masih lagi dilihat sebagai tergantung sifatnya.


AJARAN 014
Maksudnya: Dibenarkan untuk PAS mengajak MIC dan MCA kerana dilihat lebih Islamik dari UMNO yang ternyata berunsurkan kafir semata mata. Walaubagaimanapun AJARAN 003 masih digunapakai kerana Al Syeikh Nik Aziz masih belum mewartakan AJARAN 008 kepada MIC dan MCA secara keseluruhannya.

Ajaran ini juga mengisytiharkan bahawa selain dari para Malaikat, Syaitan juga adalah tergolong didalam golongan terpilih PAS. Ahlul Bahlul PAS diminta untuk sentiasa mengingati ajaran ini untuk panduan.



AJARAN 015
Maksudnya: Diharuskan Ahlul Bahlul PAS untuk mencerca, memaki hamun, mengejek, mencarut (dari segi perkataan dan perbuatan) kerana tidak ada unsur unsur syak dan salah didalam ajaran Islam. Ajaran ini juga dilihat sebagai salah satu kaedah untuk menghalakan cara didalam PAS.


AJARAN 016
Maksudnya: Para Ahlul Bahlul PAS dibenarkan sama sekali berdoa untuk membutakan mata sesiapa sekalipun, demi undi yang cukup berharga. Ajaran ini dikeluarkan oleh Al Syeikh Nik Aziz tatkala duduk bersendirian bersama Syaitan.



AJARAN 017
Maksudnya: Tidak ada didalam perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud kerana Al Syeikh Nik Aziz sudah mewartakan bahawa tidak ada paksaan di dalam Islam. Ajaran ini hanya akan terhapus jika sekiranya PAS ditakdirkan memerintah negara.


Sekianlah anak anak Ahlul bahlul PAS untuk minggu ini. Diwaktu dan masa yang lain lagi kita akan merungkai kembali kitab rujukan ini untuk difahami dan diikuti oleh setiap Ahlul Bahlul PAS.

Wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Pastikan kitab rujukan ini tidak terjatuh kepada para golongan tidak terpilih iaitu UMNO.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.