KUALA LUMPUR 1 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra memulakan usaha menyelamat sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam serangan kejam rejim zionis ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza, semalam.
SEPANG 1 Jun - Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Israel ke atas kapal Mavi Marmara semalam hingga mengorbankan 19 orang aktivis pro-Palestin dan mengorbankan puluhan yang lain.
Seluruh dunia kutuk Israel
ANKARA 1 Jun - Israel menghadapi gelombang kemarahan masyarakat dunia berikutan tindakan komandonya menyerang kapal bantuan ke Genting Gaza semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang aktivis pro-Palestin yang menyertai 'Flotila Pembebasan Gaza' terbunuh.
BAITULMAQDIS 1 Jun - Israel hari ini memberi amaran akan menghalang semua kapal bantuan kemanusiaan 'Flotila Pembebasan' dari memasuki perairan Genting Gaza.
KAHERAH 1 Jun - Presiden Mesir, Hosni Mubarak hari ini mengarahkan pembukaan sempadan lintasan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Genting Gaza, lapor agensi berita MENA .
BERITA HARIAN - 3 JUN 2010
SEPANG 1 Jun - Wisma Putra mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal Mavi Marmara yang diserang oleh tentera Israel semalam selamat tetapi kini ditahan oleh pihak berkuasa rejim itu di Haifa.
KUALA LUMPUR 1 Jun - Dua kakitangan Astro Awani , Ashwad Ismail, 26, (wartawan) dan Samsul Kamal Abdul Latip, 43, (jurukamera) dilaporkan berada dalam keadaan selamat ketika ini.
IPOH 1 Jun - Anggota konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang juga Ahli Parlimen Parit, Mohd. Nizar Zakaria, 41, memohon rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mereka berikutan serangan yang dilakukan oleh tentera Israel.
SHAH ALAM 1 Jun - Pasukan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) Malaysia yakin 12 sukarelawan Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel di atas kapal Mavi Marmara di Lautan Mediterranean pagi semalam berada dalam keadaan selamat.
ALOR SETAR 1 Jun - Keluarga kepada seorang krew Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang terlibat dalam serangan Israel terhadap kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza semalam, mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan wartawan muda tersebut.
SUMBER MALAYSIA KINI 3 JUN 2010 SINGAPURA 1 Jun - Menteri-Menteri Luar negara Teluk dan Asia Tenggara mengutuk sekeras-kerasnya dan menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan komando Israel menyerang flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
SHAH ALAM 1 Jun - Kerajaan diminta menggunakan pengaruh diplomatiknya bagi merangka pelan tindakan berhubung keganasan tentera Israel menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mengorbankan sejumlah aktivis pro Palestin.
KUALA LUMPUR 1 Jun - Seluruh dunia harus mendesak Amerika Syarikat (AS) supaya tidak menjadikan alasan kedudukannya sebagai sekutu rapat Israel untuk menyokong perbuatan ganas rejim itu yang menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
KUALA LUMPUR 1 Jun - Kapal MV Rachel Corrie yang menyertai Flotila Pembebasan kini lebih bersemangat untuk meneruskan pelayaran ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk Palestin yang menderita dikepung oleh rejim Zionis Israel.
KUALA LUMPUR 1 Jun - Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini perlu membahaskan usul khas bagi membincangkan kekejaman Israel apabila tentera rejim zionis itu menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
KUALA LUMPUR 1 Jun - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi mendesak Presiden, Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman Israel.
PUTRAJAYA 1 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon keselamatan semua anggota misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kekejaman dan kejahatan Zionis Israel terserlah lagi apabila pada 31 Mei lalu, pasukan komandonya melakukan serangan ke atas kapal Turki, 'Mavi Marmara' yang ketika itu dalam pelayaran misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) sehingga mengakibatkan 19 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang lain cedera terkena tembakan tentera laut negara Yahudi itu.
Kapal Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu, akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa...
Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan...
Wisma Putra hari ini mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata...
BERITA HARIAN - 3 JUN 2010
Isu subsidi belum muktamad: PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum memuktamadkan keputusan mengenai isu pengurangan atau pemotongan subsidi yang dinikmati rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang meneliti bentuk tindakan yang wajar diambil. [+]Wisma Putra diarah usaha bawa pulang sukarelawan
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Kementerian Luar sudah diarah melakukan sebarang usaha untuk membawa pulang sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LLAG) yang kini ditahan di Israel. [+]Solat hajat, qunut Nazilah
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah bermula malam tadi bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. [+]Pemuda BN hantar memo kepada PBB
KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) semalam menghantar memorandum bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza, kelmarin. [+]PAS gesa sidang khas Parlimen
KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan mengadakan satu sidang khas Parlimen hari ini 24 jam bagi membincangkan isu berkaitan keganasan tentera rejim zionis yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. [+]Rachel Corrie elak risiko
KUALA LUMPUR: Kapal Rachel Corrie yang membawa enam rakyat Malaysia menyertai misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza enggan mengambil risiko dan akan berpatah balik jika misi mereka dihalang oleh tentera Israel. [+]
- BAITULMAQDIS: Israel menghantar pulang berpuluh-puluh aktivis tetapi masih menahan beratus-ratus lagi semalam, sehari selepas komandonya membunuh sembilan orang apabila mereka merempuh masuk ke sebuah kapal bantuan yang dalam pelayaran ke Gaza. [+]
Aktivis wanita Turki, bayi kembali dari tahanan
ANKARA: Seorang wanita Turki bersama bayinya berusia setahun adalah antara sekumpulan aktivis ditahan pihak berkuasa Israel dari sebuah kapal menghantar bantuan kemanusiaan yang selamat pulang semalam. [+]Mesir arah buka sempadan Rafah
KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam mengarahkan pembukaan sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Semenanjung Gaza, lapor agensi berita MENA. [+]Khamenei sifat Israel penjenayah
TEHERAN: Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan serangan Israel terhadap sekumpulan kapal yang membawa bantuan ke Gaza sebagai perbuatan jenayah dan kejam. Beliau menuduh Washington dan sekutunya di Eropah kerana memberi sokongan kepada penjenayah terbabit dari segi politik, ketenteraan dan kewangan. [+]Israel ancam halang kapal
BAITULMAQDIS: Israel memberi amaran akan terus menghalang semua kapal bantuan daripada mendekati Gaza yang ditawan, sementara aktivis pula berikrar untuk merempuh halangan walaupun misi terbaru mereka berakhir dengan pertumpahan darah. [+]
- TINDAKAN kejam Israel sekali lagi menerima kutukan keras masyarakat dunia apabila komandonya melakukan serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan - Mavi Marmara, yang mengorbankan 19 sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), di luar perairan Gaza awal pagi kelmarin. [+]
Sampai bilakah Israel dibiar terus mengganas
TENTERA Israel mengganas lagi dan kali ini menyerang kapal Mavi Marmara, sebahagian daripada flotilla membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Serangan ini dilakukan di perairan antarabangsa. Israel kini dihujani kritikan daripada seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, sekutu rapat negara Yahudi itu. [+]Mamat - apa tindakan kuasa besar?
SELURUH dunia mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel yang menyerang sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) di luar Pantai Gaza pagi kelmarin. Sukarelawan ini tidak berdosa, malah mereka membawa mesej keamanan dan kemanusiaan. Anehnya, jika umat Islam yang melakukan tindakan seperti itu, mereka terus dianggap pengganas. [+]Tentera, rejim haram Israel pengganas sebenar
'MY name is Ashwad, I'm not a terrorist'. Ini mungkin perkataan pertama yang patut diucapkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, serta jurugambarnya, Samsul Kamal Abdul Latip, apabila komando Israel menyerang dan melepaskan tembakan ke arah sukarelawan kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, Ahad lalu. [+]
No comments:
Post a Comment