Thursday, June 17, 2010

PENDEDAHAN HUDUD - RETORIK POLITIK PAS DEMI DAPAT SOKONGAN

Sumber : HUDUD DAN NEGARA ISLAM … PAS MENGAKU JUGA AKHIRNYA

Unit Media Wangsa Maju

Sesuatu yang cukup menarik telah berlaku pada Muktamar PAS ke 56 hari ini. Ucaptama dari Haji Hadi mengaku PAS telah gagal secara mutlak menubuhkan Negara Islam dan Perlaksanaan Hudud.
Yang mampu diucapkan hanya ’cuba’ untuk berbuat demikian di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang mengikut lunas lunas perlembagaan negeri.

Ucapan penuh retorik sekali lagi dilambungkan oleh Haji Hadi kepada para perwakilan PAS.


Seperti kelaziman, PAS menyalahkan Kerajaan terutamanya UMNO kerana kegagalan PAS melaksanakan hukum hudud. Lagu lama kembali didendangkan dengan irama yang agak berlainan ...

Yang peliknya, Kerajaan terutamanya UMNO dipersalahkan kerana tidak memberi ’green light’ perlaksanaan hudud di Kelantan kerana pelbagai halangan dari Pusat dan perlembagaan negeri yang sedia ada.


Apa bezanya dengan ’cuba’ untuk berbuat demikian di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mengikut lunas lunas perlembagaan negeri. Adakah lunas lunas perlembagaan di Kelantan berbeza dari Kedah, Selangor dan Pulau Pinang?

Sekali lagi ’purist rhetoric’ menjadi intipati menarik kembali sokongan perwakilan PAS dan orang Melayu. Apakah DAP sudah bersedia menerima ’buah tangan’ dari PAS.


Sanggupkah Khalifah Lim Guan Eng Umar bersekongkol dengan Haji Hadi untuk meneruskan cita cita PAS. Bagaimanapula dengan reaksi Al Syeikh Karpal Singh menerima berita hebat ini... Mungkinkah kata kata azimat beliau ’langkah mayat saya dulu’ akan sekali lagi berkumandang di udara di zon pakatan pembangkang.


Atau adakah Al Syeikh Al Juburi Anwar Ibrahim akan menikus kembali selama 6 bulan sehingga berita panas ini kembali reda. Tidakkah ini akan menyebabkan kemurkaan kepada Tuan Guru Al Syeikh Nik Aziz... Janganlah dilukai kembali hati orang tua ini, kasihanilah beliau ... kelak Tuan Guru Al Syeikh Nik Aziz akan kembali mendendangkan lagu ’Celako! Celako! Celako!’.

’Islam Fair For All’ … Retorik! ... Penuh Retorik!

SUMBER INSPIRASI : malaysiandigest.com
http://www.malaysiandigest.com/news/36-local/4546-pas-admit

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.