Friday, June 4, 2010

TERBUKTI PANETRASI ATAU LIWAT BERLAKU : KES ANWAR BRAHIM

Panetrasi berlaku, 2 dna dikesan - Malaysia Kini

Seorang pakar bedah dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan berlaku penetrasi.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Dr Mohd Razali Ibrahim berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.

Dr Mohd Razali, iaitu saksi pendakwaan kedua selepas Mohd Saiful, berkata semasa beliau dan dua lagi doktor menyiapkan laporan klinikal mereka pada 13 Julai 2008, tiada sebarang pendapat konklusif dibuat mengenai penetrasi seperti yang didakwa oleh mangsa memandangkan laporan itu disediakan tanpa analisis sampel daripada Jabatan Kimia.

Dua lagi doktor ialah pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Pakar forensik Australia, Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, hadir di mahkamah hari ini.

Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Dr Mohd Razali diminta membacakan laporan kimia itu buat kali pertama di mahkamah.

"Melihat kepada keputusan laporan ini, sejarah kes daripada Mohd Saiful, saya dapat mengatakan secara konklusif sekarang bahawa terdapat penetrasi yang konsisten dengan apa yang diberitahu oleh mangsa kepada mahkamah ini bahawa bahan pelincir digunakan semasa insiden itu dan ini mengakibatkan tiada kecederaan ditemui pada duburnya," kata Dr Mohd Razali.

Bilik khas

Anwar, 63, Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Terdahulu, Dr Mohd Razali, 37, yang bertugas dengan Jabatan Pembedahan HKL, berkata beliau menerima panggilan telefon pada 28 Jun 2008, mengenai kes itu dan diberi taklimat sebelum beliau mula memeriksa dubur Mohd Saiful.

Pemeriksaan itu dikendalikan dalam sebuah bilik khas di hospital berkenaan dengan kehadiran pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

Beliau berkata Dr Siew telah membantu beliau mengumpul empat sampel dengan dua daripadanya diambil dari rektum atas, satu dari rektum bawah dan satu lagi dari kawasan peri-anal.

"Saya menyerahkan kesemua sampel itu kepada Dr Siew sebelum dihantar ke Jabatan Kimia," kata Dr Mohd Razali.

Disoal selanjutnya oleh Mohamed Yusof mengenai sebab bahan pelincir digunakan semasa pemeriksaan itu, Dr Mohd Razali berkata ia adalah prosedur normal dan juga bagi mengelak sebarang kecederaan selanjutnya.

Saksi pendakwaan kedua itu turut memberitahu mahkamah bahawa liwat juga boleh berlaku tanpa mengakibatkan apa-apa kecederaan.

"Bagaimanapun, dalam kes ini, bahan pelincir digunakan dan sebab itulah kami tidak menemui sebarang kecederaan pada bahagian luar atau dalam dubur Mohd Saiful," jelas Dr Mohd Razali.

Air mani

Analisis makmal ke atas sampel itu yang dijalankan pada 11 Julai 2008 mendedahkan perkara berikut:

* tiada alkohol dan dadah lazim lain yang dapat dikesan dalam sampel darah pesakit,
* kehadiran air mani pada kapas kesat B5, B7, B8 dan B9 (sampel yang diambil oleh Dr Mohd Razali),
* tiada sumber asing DNA daripada kapas kesat yang diambil,
* campuran jenis DNA lelaki daripada kapas kesat B5,
* jenis DNA lelaki daripada dua individu daripada kapas kesat B7, B8 dan B9.

Pemeriks

aan dubur Mohd Saiful menunjukkan tiada parut atau rekahan pada kawasan luar dubur atau sebarang tanda kecederaan terbaru.

Pertikaman lidah turut berlaku antara pihak pendakwaan dan pembelaan apabila Dr Mohd Razali pada mulanya memberi keterangan dalam bahasa Malaysia, menyebabkan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, mengadu bahawa Wells akan berdepan kesukaran untuk mengikuti prosiding, tambahan pula laporan klinikal dibuat dalam bahasa Inggeris.

Mohamed Yusof berkata terpulang kepada saksi untuk memberi keterangan dalam apa jua bahasa yang beliau selesa dan ini menyebabkan Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu.

Apabila perbicaraan disambung semula, Dr Mohd Razali memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga pagi esok untuk membolehkan peguam yang mewakili Anwar berbincang dengan Wells.

- Bernama

ADA TEMBUSAN BERLAKU

Perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diadakan secara tertutup hari ini.

Bagaimanapun kali ini, ia hanya untuk selama kira-kira 13 minit untuk membolehkan peguam Karpal Singh memeriksa balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum orang ramai, termasuk wartawan dibenarkan semula ke galeri awam.

Ia bersambung dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil memberi keterangan.

Dua lagi doktor yang juga bakal memberikan keterangan ialah pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Pakar forensik Australia, Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, juga hadir di mahkamah hari ini.

Dr Razali memberitahu mahkamah bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur. Beliau menjelaskan prosedur pemeriksaan dengan sampel dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari. "Kedua-dua peralatan mesti disteril." Ketika memberi keterangan Dr Razali berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.


Ia bersambu
ng semula pada jam 11.26 pagi dengan Dr Razali menyambung keterangannya dalam bahasa Inggeris.Katanya, dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.

Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.

"Saya perhatikan terdapat lembapan."

Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.

Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.

"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.

Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmal jabatan kimia.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.