Friday, June 11, 2010

PARLIMEN KECOH : PEMBANGKANG BUAT CERAMAH KUTUK KERAJAAAN

Parlimen atau Dewan Rakyat sepatutnya dianggap mulia oleh semua wakil rakyat.

Bagaimanapun, sejak tsunami pilihnaraya umum Mac 2008 pemimpin atau wakil rakyat dari parti pembangkang kerap menyalahgunakan Parlimen demi mencapai agenda politik masing-masing.

Tengahari Rabu, Parlimen sekali lagi kecoh dengan tindak tanduk Ahli parlimen pembangkang mengambil kesempatan mengadakan ceramah menghentam kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Insiden tegang di bilik rehat VIP Dewan Negara itu menggambarkan seolah-olah pembangkang yang sudah menguasai kerajaan dan mereka bebas berbuat apa mereka suka tanpa mempedulikan peraturan dalam kawasan bangunan Parlimen.

Semuanya gara-gara tindakan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran menjemput sekumpulan 50 orang ahli dikatakan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke bangunan Parlimen jam 12 tengahari.


Pihak pengurusan Parlimen membenarkan Wakil Rakyat itu menggunakan bilik rehat tersebut kerana menyangka jemputan wakil rakyat terbabit adalah bagi tujuan perbincangan isu meritokrasi dan biasiswa membabitkan kaum India.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berucap dalam majlis itu dikatakan menghentam kerajaan serta BN dan cuba menanamkan perasaan benci ahli-ahli NGO yang hadir kepada kerajaan.

Kebetulan, beberapa Ahli Parlimen dari Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berada di ruang tetamu luar bilik rehat itu sedang berbincang dan terdengar bekas Menteri Besar Perak itu mengecam kerajaan.

Antara Ahli Parlimen yang berada di situ Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Datuk Ismail Kassim (BN-Arau), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Menurut Idris, beliau mendengar dengan jelas pemimpin pembangkang itu mengecam kerajaan.

Beliau mendakwa, antara lain Nizar menyatakan kerajaan hari ini tidak boleh dibenarkan terus memerintah kerana menzalimi rakyat dan turut mengecam UMNO.

“Ahli Parlimen Bukit Gantang turut menyebut perkataan celaka dan menyumpah seranah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya ketika mengadakan sidang media selepas insiden tersebut.

Idris berkata, beliau masuk ke bilik rehat tersebut untuk menegur kenyataan Nizar manakala Bung Mokhtar masuk ke Dewan yang masih bersidang untuk mencelah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Idris turut dikecam oleh Nizar dan Kulasegaran malah ada ahli NGO terbabit menghalau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu keluar dari bilik tersebut dengan alasan perjumpaan itu tertutup dan pemimpin UMNO tidak diundang.

Ketika ini berlaku tolak menolak dan pertikaman lidah sebelum pihak kawalan keselamatan Parlimen serta anggota polis datang mententeramkan keadaan.

Menurut Idris, beliau bukan menganggu perjumpaan itu seperti didakwa oleh pemimpin pembangkang tetapi mahu menegur tindakan mengadakan ceramah politik di tempat yang tidak dibenarkan.

“Saya mahu mempertahankan kemuliaan dewan ini (Parlimen). Saya juga nak ingatkan pihak terbabit jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” katanya.

Sementara itu Bung Mokhtar menjelaskan, Dewan Rakyat tidak sepatutnya dicemarkan orang luar dan kecewa tindakan ahli parlimen Ipoh Barat mengadakan perjumpaan politik di Parlimen.

Katanya, ada perkataan berunsur rasis disebut dalam perjumpaan dan ketika kekecohan tersebut.

“Saya sudah mengemukan usul kepada Speaker untuk menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat siapa punca kejadian tersebut dan mahu mereka yang terbabit dikenakan tindakan sama seperti insiden beberapa Pemuda UMNO yang didenda kerana dikatakan cuba menghalang wakil rakyat pembangkang,” katanya.

Kulasegaran pula menjelaskan ianya hanya satu perbincangan mengenai rasa tidak puas hati berhubung kuota biasiswa JPA dan kemasukan ke kolej matrikulasi antara kaum di negara ini, dan pihaknya telah cuba mengadakannya di bilik lain di Parlimen tetapi dimaklumkan tiada bilik kosong, kecuali ruang rehat anggota Dewan Negara.

"Ini adalah tempat yang rakyat boleh datang, bukan hanya terhad kepada mereka yang tertentu," katanya yang mendakwa telah menjemput wakil MIC untuk menghadiri perbincangan itu tetapi tidak ada yang hadir.

Antara pemimpin pembangkang yang berada dalam perjumpaan itu adalah Lim Kit Siang serta Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu, Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mendengar usul tersebut meminta masa untuk mendapatkan laporan berhubung kejadian itu sebelum membuat keputusan.

Bekas Pengerusi BNBBC yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Seri Shahrir Samad turut kecewa melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang berbuat sesuka hati berceramah di dalam premis bangunan Parlimen.

Beliau yang juga bekas menteri dan sudah lama menjadi Ahli Parlimen berkata dimasa lampau hal-hal ‘ luar biasa’ seperti ini tidak pernah berlaku.

“ Jangankan di kawasan rehat Dewan Negara malah di kawasan letak kereta Parlimen sesiapapun tidak boleh berceramah baik dari pembangkang ataupun Barisan Nasional.Dalam pagar kawasan Parlimen ada peraturan dan mesti dihormati.

“Ruang berceramah bagi Ahli Parlimen dalam kawasan ini ialah di dalam sidang Dewan Rakyat,”ujarnya.

Dipetik dari Agenda Daily

Ini bukan kes pertama, tahun 2008 Gobalakrishnan pernah membawa geng-geng hindraf menyambut hari jadi di bangunan parlimen.
.
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.