Friday, June 18, 2010

PENDEDAHAN SEBENAR HABUAN 2 JUTA LOMPAT PARTI : ANWAR DICABAR KONSENSUS BEBAS

KONSENSUS BEBAS CABAR ANWAR...

Sumber : PakMie Blogspot

BUKTIKAN DAKWAAN MP DITAWAR RM 2JUTA

Anggota Parlimen Bebas dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti bahawa anggota-anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.

"Saya terdengar kat luar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang cabar yang melompat ini kononnya diberi RM2 juta, saya pula nak cabar Yang Berhormat kemukakan bukti...serta bukti 16 September.

"Saya minta penjelasan, dah dia cabar saya, saya cabarlah (dia)," katanya ketika mencelah perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) oleh Anwar (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta-juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.

"Tahniah...kereta baru, rumah elok...semua orang tahu, satu Pulau Pinang tahu, saya buat ucapan di luar tentang orang yang ambil wang ini, saya dah sebut di luar, saya akan keluarkan kenyataan mengenai orang perantaraan yang sediakan berjuta ringgit pada ketikanya nanti," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Zahrain berkata Anwar tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk membongkar dakwaan tersebut kerana Parlimen adalah tempat terbaik untuk berbuat demikian.

"Tadi dia ada cakap pasal rumah baru, kereta baru...dia pun ada. Ini dah jadi macam politik kebudak-budakan. Sekarang saya nak dia kemukakan bukti, kalau tidak tutup mulut jangan cakap," katanya.

Turut hadir, anggota konsensus Bebas yang lain iaitu Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim/Bandar Baharu dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Zahrain berkata jika gagal mengemukakan bukti, Anwar dianggap tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan wakil kepada rakyat.

ATAU DALAM BAHASA KASARNYA... PENIPU BESAR!
MUNAFIK!


Kalau nak tau la... biar aku cerita... sebenarnya selepas pilihanraya ramai rakan-rakan berjawatan di peringkat pertengahan (negeri) di temui YB-YB Pakatan mengoferkan diri untuk melompat masuk BN/BEBAS...

Tau apa yang tak sedapnya... mereka siap letak harga... tak kiralah YB tu Ustaz ke Dr. ke... tak ada maruah... ada yang minta 10 Juta... tapi penulis kagum sebab apabila mereka yang nak melompat ni dibawa kawan teman berjumpa pemimpin yang ada 'autoriti' - bercerita nak lompat tapi nak sikit 'token '... pemimpin yang 'ber-autoriti' ini tiba-tiba berubah muka.... secara tegas dan serius menolak lompat untuk dapat token... teman ingat lagi... 'kalau nak keluar... keluar dengan ikhlas kerana kebenaran... bukan kerana nak dapat duit dari UMNO'... malu alah YB yang nak melompat ni...

tapi mereka ni memang tak ada maruah... lepas perjumpaan dengan pemimpin yang 'berautoriti' tu terus mendesak kawan teman... siap bagi diskaun dari 10 juta turun 5 juta... turun lagi 3 Juta... turun sampai RM 500 K sahaja... tapi sebab prinsip dan ketegasan... kawan teman dah malas nak layan YB mata duitan tu... siap dia SMS semua " YB dah tak ada maruah ke? desak saya sampai macam tu" he he he... lepas peristiwa SMS tu redalah sikit dan akhirnya senyap...

KESIMPULAN

1. Isu
ganjaran 2 Juta kepada YB yang lompat oleh ANWAR BOHONG SAMA SEKALI... rakyat terus disajikan pembohongan demi pembohongan untuk tarik sokongan... sapa sokong kira bodoh lah sokong sebab atas dasar pembohongan...

2. Pemimpin UMNO tegas tidak akan menerima pemimpin lompat demi duit/ganjaran... Jelas Pemimpin 'autoriti'... 1. Ini perangkap Pakatan - kaitkan UMNO rasuah lompat parti... 2. YB lompat sebab duit ni tidak akan setia... sebab dia sanggup jual maruah demi ganjaran... hari ni dengan kita esok belum tentu... bahaya!

3. Dana UMNO lebih kepada usaha mengembalikan sokongan rakyat dengan fokus... penerangan... kebajikan... perkhidmatan... daripada labur 3 Juta pada pemimpin tidak ada maruah lebih elok wang disalurkan kepada rakyat banyak program/aktiviti yang kita dapat...

PENDEDAHAN STRATEGI PAKATAN

Maklumat lanjut dari risikan kawan teman memang Pakatan melaksanakan modus operanti cuba menjual YB Pakatan di negeri selangor... Perak... kepada UMNO/BN... dengan tujuan jika UMNO/BN termakan umpan ini... pendedahan akan dibuat kepada rakyat berserta bukti wang berkenaan bagi memburukkan lagi imej kerajaan UMNO/BN yang mana tujuan muktamat 'pemikir' strategi Pakatan Rakyat adalah untuk membunuh dan memusnahkan terus imej bersih UMNO/BN hinggakan rakyat percaya BN/UMNO korup dan tidak percaya sehingga UMNO/BN ditumbangkan terus pada Pilihanraya Umum akan datang...

ATAU dalam jangkaan mereka lebih awal lagi dengan kemasukan YB BN/UMNO sendiri yang melihat UMNO/BN sudah ditolak total rakyat... hasil ketakutan akibat melihat jangkaan impak isu yang bakal membawa UMNO/BN dalam siutuasi 'kapal atau karam' atau melompat kerana 'sogokan'/ 'ganjaran' ditawarkan Pakatan...

Pembunuhan imej UMNO/BN akan disokong tindakan strategik menerusi isu-isu yang disensasikan bagi mengekalkan momentum kebencian rakyat pada UMNO...
rakyat akan melihat betapa jijik, keji dan tidak bermaruahnya... UMNO LANTAS MENOLAK UMNO/BN SECARA TOTAL...

strategi ini dijangkakan berjaya - tu sebab kenapa Anwar hantar MP Pakatan ke Taiwan kejar MP BN/UMNO untuk tawar ganjaran masuk Pakatan... kemudian Anwar berani umum bakal rampas putrajaya... dari tarikh... ke tarikh... dan kemuncaknya 16 September... kerana menjangka strategi itu akan berjaya...

KUASA ALLAH

Sebaliknya apa yang berlaku??? tiada YB dapat ganjaran dari UMNO... tiada YB yang melompat akibat ganjaran... SEBALIKNYA YB Pakatan melompat keluar kerana maruah, kebenaran dan korupsi serta skandal dalam Pakatan sendiri....

Percayakah YB seperti Zulkifli Noordin - tegas, berprinsip dan perjuangan berlandaskan ISLAM sanggup melompat demi habuan??? logik? siapa kenal YB Zul pasti tidak percaya...

Strategi utama Pakatan tidak berjaya mendapat senjata terhebat... UMNO tak makan umpan bagi memerangkap UMNO seterusnya membawa isu terbesar itu bagi membunuh UMNO...

namun 'pemikir' Pakatan merasakan berlu mengambil jalan 2 iaitu meneruskan strategi susulan iaitu mencipta dan memainkan isu bagi mengelirukan seterusnya mengekalkan momentum rakyat bagi menyokong Pakatan... l

PEMBUNUHAN IMEJ KERAJAAN (UMNO/BN)

ihat saja... macam-macam isu dari fitnah ke atas PM... kes Tan Beng Hock (pembunuhan imej SPRM aka kerajaan), isu perkauman, isu kesamarataan, hak istimewa melayu, isu kecekapan Polis (Pembunuhan imej PDRM aka kerajaan), isu badan kehakiman (pembunuhan imej institusi kehakiman + kerajaan), kerajaan bersekongkol dengan Yahudi (APCO), pembunuhan imej kerajaan diperingkat antarabangsa... dan banyak lagi...

isu-isu ini dirangka dan di strategikan dengan begitu baik menerusi saluran media dan gerakan politik... ia merupakan sebuah gerakan tersusun dan terancang yang diaturkan secara halus dan sebuah gerakan ala-ala 'gestapo' - kalau nak tau boleh rujuk abg kickdafella modus operanti gerakan ala 'gestapo' ini... anda jangan terkejut jika saya nyatakan bahawa sumber dan jaringan luar negara turut dilibatkan bagi memastikan operasi gerakan ini mantap dan tersusun meliputi dalam dan luar negara...

KESIMPULAN

itulah sebahagian gambaran BESAR di sebalik isu-isu dan kekecohan yang timbul... anda mungkin ambil remeh... politik... namun jangan abaikan juga isu keselamatan negara... keharmonian, kesenangan dan kekayaan yang anda kecapi mungkin hilang jika kita salah meletakkan pemimpin bagi memimpin negara kita... nasib anak kita mungkin merana kerana sikap acuh tak acuh serta emosi yang keterlaluan dalam menyokong perjuangan berlandaskan pembohongan...

Fikirkan... kepada Allah berserah

1 comment:

PaKMie said...

Salam sahabat...

Tq kerana memberi ulasan yg baik sekali...

Salam perjuangan demi menegakkan kebenaran.

PakMie dan rakan2 Kota Bharu...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.