Kronologi PAS Sabotaj Fiesta Kelantan
sumber : http://darulehsantoday.blogspot.com/Sabotaj 1 :
Berberapa hari sebelum berlangsungnya fiesta kelantan, pihak penganjur iaitu Red Carpet Worldwide (RCW) telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari exco kerajaan negeri kelantan takiyuddin yang meminta pihak penganjur membayar sewa stadium, permit banner dan banting dan segala deposit menggunakan padang awam.
Menurut takiyuddin sekiranya pihak RCW tidak membayar segala wang deposit itu, pihak MPKB dan Perbadanan Stadium tidak akan membenarkan fiesta itu di adakan. sedangkan RCW telah membayar segala wang deposit dan duit sewa stadium itu kepada mpkb dan pihak stadium sebulan sebelum tarikh perasmian di buat, segala resit penerimaan wang ada dalam simpanan pihak pengurusan RCW. ini sabotaj pertama kerajaan pas kelantan.
Hari Perasmian.
Sabotaj 2
10 pagi: Segala banner dan banting telah di rampas oleh pihak mpkb atas alasan tiada permit dikeluarkan untuk menggantungnya,
walhal terang-terang pada banner itu di tampal nombor permit yang di keluarkan oleh mpkb, tetapi kenapa mpkb masih nak rampas banner dan banting itu?
Sabotaj 3
7 petang: Lampu stadium masih belum di pasang, stadium bergelap, yang terang hanya di pentas utama dan pentas acara, menurut cakap-cakap dari mereka yang datang, selalunya lampu stadium akan menyala pada jam 6.30 petang,
tapi kenapa sampai jam 8 malam lampu masih lagi belum di pasang, mungkin kerajaan pas kelantan nak bagi peluang kepada couple yang datang dan duduk di tempat gelap untuk buat ringan-ringan kut.
7.30 petang: Hujan sudah mulai turun, lampu utama stadium masih belum di pasang, orang ramai yang datang semakin memenuhi ruang kosong di pentas utama.
Sabotaj 4
8.20 malam: Satu persatu lampu di barisan hadapan pentas utama dipadamkan dan kemudian seluruh lampu pentas utama di padamkan hanya yang tinggal sebiji dua sahaja yang menyala,
tidak tahu kenapa tapi menurut pihak RCW dan petugas media, yang memadamkan lampu itu ialah petugas Perbadanan Stadium Kelantan (PSK), lampu utama stadium masih belum di nyalakan.
Sabotaj 5
8.40 malam: Semua power supply di tempat media tingkat atas tidak berfungsi, ini cukup menyusahkan pihak media yang datang untuk membuat liputan.
9.00 malam: Lampu utama stadium di nyalakan, setelah ramai pengunjung yang datang telah pulang. hujan masih lagi turun tapi dah slow sikit.
9.15 malam: Mungkin kerana jijik melihat perangai kepimpinan pas kelantan yang mensabotaj fiesta kelantan, datuk najib pulang dengan hampa, tempatnya di ambil alih oleh tok pa (mustapa mohamed) untuk merasmikan fiesta kelantan.
Sabotaj 6
10.00 malam: Tok Pa naik ke pentas utama, dan acara di perasmian fiesta kelantan, di mulakan dengan bacaan doa, sebaik sahaja mahadzir lokman selaku pengacara majils ingin memulakan acara, tiba-tiba semua pembesar suara dalam stadium di matikan dan segala sistem elektrik di pentas acara turut mengalami ganguan yang sama.
10.35 malam: acara fiesta kelantan selamat di rasmikan walaupun pas kelantan mensabotaj acara itu.
17 Jun 2010
Sabotaj 9
10.00 pagi: mungkin tidak puas hati acara perasmian fiesta kelantan dapat juga di jalankan, pas kelantan sekali lagi menggunakan mpkb untuk menggangu acara itu, awal-awal pagi lagi pihak pengurusan di ganggu oleh mpkb, kali ini sasarannya ialah, x-treem park di hadapan Kelantan Trade Cantre.
pada asalnya pihak RCW telah mendapat kelulusan untuk membina x-treem park itu dari mpkb, segala bayaran berkaitan sewa jalan itu telah di bayar kepada mpkb, tetapi semalam, dengan muka tak malu mpkb, meminta penganjur membongkar semua peralatan di x-treem park itu, kononnya mpkb akan memberikan tapak lain,
tetapi sampai kami pulang, pihak mpkb masih gagal untuk memberi tapak gantian seperti yang di janjikan, duit dah ambik tapi....
Aku akan updatekan lagi sekiranya laporan penuh fiesta kelantan aku dapat, bukan apa cuma kita nak tengok macam mana busuk perutnya pas kelantan menggagal dan mensabotaj satu event yang cukup banyak memberi menafaat kepada rakyat kelantan yang pas sendiri pun tak mampu nak buat selama 20 tahun mereka memerintah di sana. END
NOTA :
INILAH BUKTI PAS BUKAN PENGAMAL ISLAM SEBENAR... ISLAM ADALAH ALAT TUNGGANGAN BAGI MEREKA UNTUK BERKUASA... BUKAN DIJUNJUNG TINGGI SEBAGAI PRINSIP PERJUANGAN...
PERCAYALAH... BIBIT-BIBIT PAS SUDAH SEMAKIN JAUH DARI ISLAM TELAH NAMPAK KETARA DENGAN SANGGUP BERSEKONGGOKL DENGAN KAFIR HARBI (TERANG-TERANG MEMUSUHI ISLAM) ... DIAKHIRNYA NANTI LIHATLAH... PAS AKAN GADAI ISLAM KESELURUHANNYA UNTUK DAPATKAN KUASA...
ADAKAH ISLAM MENGAJAR UNTUK BERSIKAP DAN BERTINGKAH LAKU JIJIK SEPERTI INI??? SABOTAJ AMALAN RASULULLAH? AJARAN ISLAM?...
TEPUK DADA TANYA IMAN...
.