Friday, May 4, 2012

AL-FATIHAH : ISLAM DAN MELAYU KEHILANGAN ANWAR IBRAHIM SELAMANYA

AL-FATIHAH... Sama-sama kita sedekahkan semoga roh beliau aman.... Kita telah kehilangan Anwar Ibrahim selamanya... Anwar Ibrahim pergi tak kembali... Beliau pergi selamanya... Ini merupakan satu kehilangan besar buat ISLAM dan MELAYU

 Jenazah ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim... tokoh pemimpin yang suatu ketika dulu begitu ikonik kepada pelbagai lapisan masyarakat... terkenal lantang bersuara... hebat pidato nya... malah membawa imej ISLAM MADANI... hero kepada perjuangan PALESTIN dan disanjung oleh dunia ISLAM sebagai pejuang WAHID agama ALLAH dan ummah... 

malah perjuangannya begitu tulen dan sejati demi menegakkan syiar ISLAM dan memartabatkan bangsa MELAYU... siapa tidak kenal Anwar Ibrahim ketika itu... idola dan sanjungan malah kalau masuk AF atau Mentor pasti Anwar tetap jadi JUARA!

Kisah penyingkiran dan pemenjaraan Anwar IBrahim menjadi titik hitam... yang berkembang d idalam setempayan susu yang akhirnya mencemar keseluruhan kebaikan beliau... rupanya disebalik kesucian warna putih tersembunyi sisi gelap ANWAR IBRAHIM... rupanya ada UDANG dalam MEE... sandiwara Anwar terbongkar... dan sejak itu Anwar Ibrahim berdendam kesumat dengan UMNO, BN dan Kerajaan... ramai beranggapan b ahawa Anwar Ibrahim akan kembali seperti dahulu... sebagai pejuang tulen, "bersih" dan mendokong ISLAM serta MELAYU....

Anwar NAZAK...

Sayangnya Anwar Ibrahim kini bukan Anwar yg kita kenal dulu... Anwar semakin hari semakin NAZAK... semakin menjauhi dan meninggalkan "kita"... dia sudah berubah sepenuhnya... tiada lagi dalam kamus beliau sebuah perjuangan tulen demi ISLAM dan MELAYU... sebaliknya... perjuangan beliau berlandaskan KUASA... tujuan utama PUTRAJAYA... semua kaedah dan cara HALAL... malah sanggup bersekongkol dengan KAFIR HARBI dan mendapatkan bantuan LUAR walaupun menyedari akan berlaku campurtangan asing dan membahayakan negara...


Penghormatan terakhir kepada ANWAR IBRAHIM... selamat tinggal

Akhirnya hari ini "kita" kehilangan ANWAR IBRAHIM... selamanya... AL-FATIHAH... semoga roh Anwar Ibrahim bersemadi aman bersama perjuangan baru beliau... tidak lagi bersama ISLAM dan MELAYU... tanggal 3 Mei 2012 menjadi detik ingatan kita kehilangan ANWAR IBRAHIM... selamanya... Moga Allah mencucuri Rahmat kepada beliau dan roh beliau tenang berjuang disamping DAP, KAFIR HARBI dan Ideologi LIBERAL beliau... Amin

 
ANWAR IBRAHIM diusung untuk dihantar untuk perjuangan bersama DAP dan Fahaman LIBERALISME

BACA ARTIKEL : Sumber Berita Harian
2012/05/03
- Anwar rela jadi kuda DAP

Ketua Pembangkang akui lebih mempercayai Kit Siang, tak kisah dipergunakan

IPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO. 

“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Najib (Perdana Menteri) kata Anwar ini bahaya kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, dia akan dipergunakan oleh DAP, oleh orang Cina. 

“Ada saya kisah? Saya tidak kisah jika terima nasihat dan pandangan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana saya lebih yakin dan percaya dengan beliau daripada UMNO... saya tidak bersikap apologetik (tidak akan menyesali mengenai perkara itu).

“You can quote me on this (Awak boleh petik kata-kata saya) dan jadikan ia sebagai headlines (berita utama) esok,” katanya merujuk kepada pemberita yang hadir pada ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di sini, malam kelmarin.


Turut menyampaikan ceramah adalah Kit Siang, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming serta Setiausaha pakatan pembangkang Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik.


Kira-kira 3,000 penyokong pembangkang menghadiri majlis ceramah itu yang diadakan di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Perak dengan majoritinya terdiri daripada ahli PAS dan DAP.

Konvensyen sehari itu turut mengemukakan lima resolusi dan empat ketetapan yang antara lain menyatakan komitmen untuk merampas kembali Perak pada PRU-13.

Anwar juga mendakwa UMNO kini sudah tidak lagi memainkan sebarang isu, sebaliknya menggunakan taktik bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.


Katanya, beliau lebih banyak menumpukan serangan terhadap UMNO kerana mendakwa hanya parti itu yang masih ada kuasa dan sokongan berbanding parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.


“Orang tanya kenapa tidak sebut MCA? Saya tidak menyebut MCA, MIC, GERAKAN, sebab parti itu sudah tidak relevan lagi,” katanya.


Beliau juga memuji golongan muda yang terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 kerana tidak lagi takut terhadap pihak berkuasa, sebaliknya berani tampil untuk menuntut kebebasan dan hak bersuara.


“Kalau dulu bila ada orang ambil gambar peserta perhimpunan, masing-masing tunduk dan cepat-cepat tutup muka... tetapi anak muda sekarang lebih berani bila ada helikopter dan paraglider polis ambil gambar mereka... mereka tidak kisah pun,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

al-fatihah..nak kencing kan kubor dia sekali tak?

Anonymous said...

kencingkan aje kubur dia....haus sangat kot...

Anonymous said...

Mau berak sekali atas kuboq dia ....jom kite wat demo ,, dudok berak beramai2 atas kuboq dia...

Yahoooo..yabedabedoooo....

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.