Thursday, May 10, 2012

PEMIMPIN DORAEMON PAKATAN - TAK BOLEH BACA DAN TULIS JADI AHLI MAJLIS

 

mStar hari ini melaporkan ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin menulis surat kepada pemimpin partinya bagi menyatakan pandangan. Beliau menggambarkan tempoh empat tahun kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dilihat sebagai satu ‘komedi kesilapan’.

Menurut Dr Cheah, terdapat ahli majlis tempatan yang dilantik oleh parti itu tidak boleh mengangkat sumpah jawatan kerana gagal membaca atau bercakap menggunakan bahasa Malaysia.

“Malah ada yang memboikot mesyuarat majlis tempat. Bukan itu sahaja, graduan yang berusia 23 tahun turut dilantik menjadi ahli majlis,” kata Dr Cheah menerusi surat setebal 12 muka surat yang dihantar kepada Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Menurut surat yang turut diperolehi dan didedahkan The Star pada Mei 9hb, Dr Cheah dinyatakan bahawa prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang digunakan sebagai slogan memancing pengundi pada pilihan raya sepatutnya dipraktik dan diamalkan parti itu. Selain itu Dr Cheah turut menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan ‘Ahli Parlimen berkuasa’ yang dilihat mempunyai ‘keputusan muktamad’.

Dr Cheah tidak menyebut mana-mana nama, tetapi blog Stop The Lies menyatakan orang yang dimaksudkan adalah Ronnie Liu, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab membiarkan rumah urut membiak seluruh Selangor.

Ronnie merupakan pemimpin DAP yang paling kuat rasuah dengan hubungan rapat dengan gangster triad dan mendapat sokongan dari Lim Kit Siang, dan anaknya Lim Guan Eng. Blog tersebut mendesak Dr Cheah mendedahkan pemimpin-pemimpin tersebut walaupun dia akan di “penggal kepala.”

Dr Cheah turut mendakwa  ahli Majlis Bandaraya daripada DAP gagal untuk mengambil tindak balas terhadap rungutan yang disuarakan rakyat serta gagal menghadiri mesyuarat bagi menangani pelbagai masalah. Selain itu, Dr Cheah mendakwa MBPJ telah meluluskan pengumpulan hutang kepada sebuah firma guaman yang dicadangkan oleh wakil PKR untuk RM15,000 tetapi kounselor seorang DAP telah lencongkan projek itu ke firma rakannya untuk nilai RM 55,000 sebaliknya.

 

ADUN MCA Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun menyuarakan dalam MCA Online bahawa dakwaan ini serius kerana satu penyalahgunaan wang pembayar cukai dan perlu disiasat MACC.

Menurutnya, ini ada kaitan dengan pendedahan yang pernah dibuat oleh blogger Raja Petra Kamaruddin bahawa hampir semua kerja guaman MBPJ diberi kepada ahli-ahli Majlis, Derrick Fernandez dan Latheefa Koya yang merupakan ahli PKR serta AP Subang, Sivarasa and Naib President PKR, N Surendran.
Ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh Pakatan dan perkara melibatkan dana awam harus dipandang serius.


Ketika dihubungi mStar melalui SMS, Pengerusi DAP Selangor, Theresa Kok pada mulanya enggan mengulas. Dalam blog beliau, Theresa selaku Pengerusi DAP Selangor hanya menafikan saranan Dr Cheah dan tidak menjawab dakwaan Dr Cheah dalam suratnya dan saranan YB Wong.

Menurut Theresa, Jawatankuasa DAP Negeri Selangor mengadakan beberapa siri perbincangan serius dalam memilih calun parti untuk jawatan kounselor MBPJ. Beliau menyatakan mereka yang dipilih mempunyai latarbelakang profesyenal dan wakil majlis yang berdedikasi dan efektif. Theresa tidak langsung memberi komen mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh ahli Majlis DAP dan PKR dalam Majlis MBPJ.

Jawatankuasa akan bertemu dengan Dr Cheah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai surat tersebut. Kemungkinan ramalan blog Stop That Lies bahawa Dr Cheah akan dipenggal leher ada kebenaran.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.