Friday, May 25, 2012

AZMIN ALI DI BELASAH PENDUDUK PROTES KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MUSNAH PADANG BOLA PKNS DEMI KEKAYAAN KRONI


KELANA JAYA, 24 Mei 2012 - Sesi dialog diantara penduduk Kelana Jaya, PKNS dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, malam semalam, 23 Mei, menjadi agak tegang apabila rata-rata penduduk yang hadir dengan lantang menolak pelan pembangunan di tapak Kompleks Sukan dan Padang PKNS Kelana Jaya.
 
Walau bagaimanapun, wakil penduduk Tuan Haji Hashim berjaya bertindak untuk menenangkan keadaan . Namun sesekali masih terdapat suara-suara yang mencelah menyatakan ketidak puasan hati mereka semasa sesi penerangan dilakukan.

  alt

Pada mulanya penganjur bertindak agak tegas dengan hanya membenarkan nama-nama penduduk tertentu untuk masuk ke dalam dewan. Namun penganjur dialog akhirnya terpaksa akur apabila keadaan semakin tak terkawal dan ada desakan daripada wakil penduduk yang berada di dalam dewan untuk membenarkan pihak media yang berada di luar turut sama berada dalam majlis sesi dialog itu.

alt
 
Wakil PKNS yang hadir ialah YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS itu sendiri Othman Omar , ahli Dewan Undangan Negeri (Seri Setia) , YB Nik Nazmi yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis, manakala yang lain yang turut hadir ialah konsultan-konsultan dan peguam yang terlibat dalam projek pembangunan di dalam kawasan padang PKNS Kelana Jaya.
 
Penduduk yang hadir dalam sesi dialog mendakwa tujuan sebenar dialog diadakan adalah usaha PKNS dan pemaju untuk berkompromi dengan penduduk bagi menerima cadangan pembangunan yang diubahsuai bagi kepentingan penduduk setempat.
 
Namun kehendak majoiriti penduduk ialah untuk mengekalkan padang bola dan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya tanpa ada apa-apa lagi pembangunan lain.
 
Pembinaan bangunan Paradigm Mall sahaja telah memburukkan lagi keadaan trafik di kawasan itu. Sekiranya pembangunan dilaksanakan di Kompleks Sukan dan padang bola PKNS Kelana Jaya , masalah trafik akan menjadi lebih teruk .
 
Hal ini diakui sendiri oleh salah seorang konsultan yang bertanggungjawab mengenai trafik di kawasan itu. Menurut beliau, buat masa sekarang tiada penyelesaian untuk masalah trafik di kawasan itu.
alt
 
Sesi dialog besama penduduk menjadi semakin panas apabila penduduk meluahkan masalah yang mereka hadapi sekarang dan apa yang mereka jangkakan apabila pembangunan di kawasan itu diteruskan.
 
Rata-rata penduduk di sekitar kawasan itu berpendapat padang bola SS7 Kelana Jaya itu merupakan sebahagian dari hidup mereka . Kewujudan padang bola dan kawasan hijau disekitarnya antara faktor mereka membeli rumah di kawasan itu dan kualiti hidup yang mereka impikan semasa ia mula dibangunkan sekitar tahun 80-an.
 
Penduduk meluahkan rasa kekecewaan mereka apabila PKNS hanya berdialog dengan mereka selepas projek ini dimuktamadkan. Dua isu yang timbul ialah
keadaan trafik yang teruk pada waktu puncak dan pembinaan pencakar langit di kawasan yang berhampiran dengan perumahan yang bakal mengundang pelbagai permasalahan yang lain.

alt
 
YB Azmin Ali yang berada dalam Lembaga Pengarah PKNS menjelaskan bahawa , kerisauan penduduk ini telah dibawa kepada pengetahuan Menteri Besar dan mereka dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini . Mengakui bahawa keadaan kesesakan trafik yang sedia ada tidak ada penyelesaian, YB Azmin Ali memaklumkan projek akan ditangguhkan sehingga ada penyelesaian.
 
Beberapa orang penduduk mencelah dengan memberitahu apa yang mereka mahu amat mudah iaitu hentikan terus projek pembangunan ini atau pindahkan saja pembangunan ini di tanah yang lain.
 
Tiba pada satu ketika , salah seorang penduduk meninggikan suara meminta kepastian dari YB Azmin Ali untuk hanya menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ mengenai status pembangunan projek di kawasan itu tanpa perlu berdolak-dalih lagi dengan pelbagai alasan.
 
YB Azmin Ali sebaliknya menjawab bahawa penjelasan beliau telah selesai dan terus mengambil tempat duduk.

alt
 
Sesi dialog berakhir tanpa ada apa-apa kata putus . Beberapa orang di luar dewan kelihatan menggantungkan kain rentang menunjukkan bantahan mereka terhadap pembangunan projek di padang bola PKNS Kelana Jaya.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.