Ini adalah gambar "photoshop", kononnya gambar Perdana Menteri Malaysia,
DS Najib Tun Razak, yang dikehendaki oleh Interpol. Fitnah ini mula
tersebar di laman sosial Facebook, juak-juak keldai pembangkang.
Ini ditambah dengan kenyataan daripada pemilik Facebook berkenaan seperti berikut:
"SILA SEBARKAN MAKLUMAT RAHSIA INI. Admin harap sila baca sampai habis
seluruh artikel ini. Ini dari orang dalam di MOF sendiri. Negara
Malaysia bakal digadai oleh PEMERINTAH yang berkuasa sekarang, admin
tidak pasti ianya benar atau tidak!"
CTS tidak pasti sama ada hendak ketawa atau menangis membaca fitnah
terbaru yang CTS sifatkan sebagai "Fitnah Dari Longkang". Kalau benarlah
PM kita mempunyai waran tangkap seperti di atas, sudah pastilah PM
tidak akan berani ke luar negara. PM semalam dan hari ini berada di
London. Beliau akan bertolak ke New York selepas lawatan rasminya di
London. Agak-agak kenapa polis Interpol tidak menahan beliau di sana?
Cukup-cukuplah Pakatan Haram dengan Fitnah longkang. Politik tohmahan
dan fitnah seperti ini amat memualkan. Kalau tidak percaya cakap CTS,
boleh rujuk laman "Wanted Persons" oleh Interpol, di sini.
Cinicin DS Rosmah USD24 juta, anak-anak PM berbelanja di Australia,
sekarang PM kena waran tangkap oleh Interpol, tak tahulah apa pula
fitnah tahap longkang puak-puak Pakatan Haram selepas ini.
No comments:
Post a Comment